Hello peeps ! *lambai lambai tangan*

 

Semalam aku berkesempatan menonton Premiere Screening Madagascar 3 Europes Most Wanted. Terima kasih Nuffnang. Firstime kot Nuffnang ajak aku tengok Premiere Screening. Sebelum nie ehsan tiket orang je. Hahaha.

 

Madagascar 3 akan menemui penonton pada 7 Jun ini. Mesti peminat fanatik Madagascar yang menampilkan si Alex, Gloria, Marty dan Melman dah tak sabar nak tengok kan? Begitu juga kurasa pada Screening semalam. Screening start pukul 9.30, 8.30 aku dah beratur ambik tiket. Hehehe.

 

Episod kali ini mengisahkan tentang liku-liku hidup yang terpaksa dilalui Si Alex, Gloria, Melman dan Marty untuk pulang ke New York. Konon diorang rindu akan Theme Part Zoo tempat tinggal lama diorang la nie. Untuk pulang ke sana, Mereka perlu mencari 4 ekor penguin super pandai tu.

madagascar 3_penguin Tadaaa. Mempersembahkan 4 ekor penguin yang sangat bijak. Celik teknologi sangat korang. Haha. Sampaikan kereta kebal pun kau boleh tukarkan menjadi kapal terbang. Haha. LOL !

 

Kekecohan berlaku di hotel yang didiami Si Penguin sehinggakan pemilik hotel terpaksa mengupah geng Pemburu Haiwan yang sangat hebat gila. Diketuai oleh wanita yang sangat kental, pakar dalam segala hal dan hodoh. Aku ulangi, hodoh ! Haha.

 

madagascar 3_pemburu haiwanWanita ini sangat hebat ok. Dia mengejar Alex sampai ke New York tahu. Dia mampu menghidu bau binatang. Mampu memberi kesembuhan kepada geng-geng dia hanya dengan menyanyi lagu yang sangat sumbang. Mampu menunggang motosikal sehingga atas bangunan. Mempunyai kepintaran luar biasa sehingga Penguin yang pintar pun cuak dengan dia.

*Part wanita nie keluar memang habis riuh satu panggung gelak !

 

Apabila kenderaan yang ditunggangi Alex rosak teruk hancur berkecai akibat melarikan diri dari Pemburu Haiwan, mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk sampai ke New York. Alternatif tersebut adalah dengan menyertai CIRCUS ZARAGOZA.

 

Banyak watak baru diperkenalkan melalui CIRCUS ZARAGOZA seperti harimau belang yang hebat menyusutkan badan ketika mengharungi gelung kecil dengan hanya memakai minyak zaitun, cheetah betina yang mempunyai sepasang mata yang comel, beruang yang pandai bawak superbike dan seumpamanya.

 

Madagascar 3_circus zaragoza

Inilah kereta api CIRCUS ZARAGOZA yang akan membawa mereka ke New York. Pelbagai konflik berlaku di dalam CIRCUS ZARAGOZA apabila ketua circus tersebut Si Harimau Belang mengalami mimpi ngeri dan semangat yang hilang untuk beraksi di CIRCUS ZARAGOZA.

 

Alex memainkan peranan dalam menyedarkan kembali ahli-ahli circus tersebut supaya beraksi di circus seperti seperti dahulu.

 

Mampukah Alex memberi sinar baru kepada CIRCUS ZARAGOZA?

 

Berjayakah Pemburu Haiwan yang diketuai seorang wanita yang kental dan hodoh itu memburu Alex sekaligus membunuh Alex dengan suntikan pembunuh? ???Ye betul. Diorang bukan semata-mata mahu memburu Alex untuk dihantar kepada pihak zoo, malah mahu menamatkan riwayat Alex juga. Konon tak puas hati la kat Alex sebab asyik terlepas kan. Kahkah *evil laugh*

 

Adakah CIRCUS ZARAGOZA dapat menerima kehadiran Alex dan kawan-kawan apabila mengetahui Alex melakukan penipuan dengan mengatakan mereka juga adalah ahli sarkas Amerika semata-mata untuk kepentingan dirinya meloloskan diri dari pihak polis??

 

Adakah Alex dan kawan-kawan akan terus tinggal di Theme Park Zoo, New York ???

 

madagascar 3_afro circus          Mempersembahkan Afro Circus! Haha. Comel gila Marty dah macam apam polkodot dah.

 

“ Da da da ra ra ra ra ta circus da da da ra ra ra ra ta afro circus afro circus afro polka dot polka dot polka dot afro :D”  ( tang Remix Afro yang Marty selalu nyanyi nie memang lawak gila )

 

4 bintang untuk Madagascar 3 Europes Most Wanted :)

 

*Sila terjah wayang ramai-ramai 7 Jun nanti*

8 Comments

  1. Anonymous06 June, 2012

    whoaa cambest jek..dpt bygkan marty yg tergedik2 tu, haha ! :D

    ReplyDelete
  2. Untunglah Nuffnang ajak, haha...

    ReplyDelete
  3. nyamuk terbang haha. bape kali nak tgk weyh.. :p

    siti_naqiah memang best dan sangat kelakar.. haha

    Ahmad Fauzi esok tggu kat panggung!

    Hanih kan? haha. :)

    ReplyDelete
  4. gemokkk belanjaaaaa laa nak tgk ! soobss sobsbss .

    ReplyDelete
  5. hamboi dah tgk ke.dgki hokey

    ReplyDelete