Catman Si Kucing

 

Memandangkan Peter Parker dah jadi spiderman kan, saya pulak nak jadi catman. Kalau diberi peluang, saya memang nak sangat jadi catman ini. Catman tau. Bukan catwalk ! Haha. Kenapa catman? Kenapa bukan Keluangman atau Fishman?

 

1. Kucing merupakan haiwan kegemaran ramai

Sebut pasal haiwan kegemaran, mestilah kucing nie disukai ramai kan? Boleh bagitau saya siapa yang tak suka kucing? Boleh angkat tangan tak anda yang tak suka kucing tu? See? Takde sorang pun yang angkat tangan. Haha.

 

Andaikata saya jadi catman, saya sangat yakin sekali saya akan disukai ramai. Saya menjadi idola para peminat kucing. Tak mustahil nanti ada orang yang masuk meminang saya sebab terlalu obses dengan kucing. Meowwww.

 

2. Kucing mempunyai deria pendengaran yang sangat peka

Korang tahu sepasangan telinga kucing yang sangat comel yang lembik itu merupakan telinga yang sangat peka akan pendengaran. Peka dengan musuh sekeliling. Deria pendengaran kucing memang tak dapat disangkal lagi wa cakap lu ! Lagi satu, pendengaran kucing lagi peka daripada anjing. Iaitu duakali lebih peka daripada anjing.

 

 

So, selaku catman yang handsome, saya mampu mendengar pergerakan musuh. Mampu mengagak dari mana datangnya musuh atau berapa batu musuh dari saya. Jangan nanti aku boleh dengar suara hantu mengilai sudah laa!

 

 

3. Kucing mempunyai sepasang mata yang sangat tajam

 

Bukan setakat deria pendengaran, deria penglihatan kucing juga sangat tajam. Lebih tajam dari mata anda yang tajam apabila melihat wanita seksi di shopping kompleks. Korang tahu tak yang deria penglihatan kucing 6 kali lebih baik daripada korang dan kucing juga mempunyai luas pemandangan sehingga 185 darjah. Cayalah. Kenapa tak 360 darjah terus kucing?

 

 

Melalui ketajaman mata kucing yang sangat hebat itu, dari jauh lagi saya dah dapat agak kot berapa ramai musuh yang datang nak cari gaduh dengan saya. Bolehlah saya merancang strategi camne nak kenakan musuh-musuh saya kan.

 

 

4. Kehebatan misai kucing

 

Misai kucing yang korang suka sangat tarik-tarik tu, yang anak sedara aku pernah kerat tu korang tahu apa kelebihan dia? Misai kucing mempunyai sensor yang sangat sensitif kepada gelombang. Kiranya kalau kata mata kucing sakit akibat masuk habuk, kucing boleh menggunakan misai dia sebagai ganti mata yang sakit tersebut. Hebat kan?? WOW ! So tahulah korang kan kenapa kucing langsung tiada masalah untuk bergerak pada waktu malam atau dalam keadaan gelap.

 

 

Nanti apabila berlawan dengan musuh saya yang kejam confirm la ada juga habuk yang masuk dalam mata atau mata saya mengalami kecederaan ringan. Dengan kehebatan misai kucing, masalah ini dapatlah saya atasi. Hiks.

 

5. kucing boleh mengimbangi badan dan anggota badan yang tahan lasak

 

Korang pasti pernah mendengar cerita bahawa kucing yang jatuh bangunan bertingkat-tingkat tapi still hidup macam biasa. Cuma kaki jela terseliuh sikit. Tulah aku cakap kucing memang haiwan yang tahan lasak. Lagi satu, korang pasti pernah tengok kucing berjalan-jalan atas bumbung rumah korang kan?

 

 

Gaya dia berjalan comel je perlahan-lahan penuh dengan tata tertib membuktikan kucing mampu mengimbangi badannya dengan baik sekali. Ekor kucing yang panjang dan selalu bergerak-gerak itu juga merupakan anggota badan yang sangat penting apabila kucing hendak mendarat ketika jatuh dari pokok contohnya. Cuba perhatikan cara kucing jatuh dalam gambar dibawah:-

Kucing mampu memusingkan posisi badannya kepada keadaan normal apabila jatuh. Keadaan ini mengurangkan keceredaan pada kucing atau tiada kecederaan langsung. Ada juga sumber memberitahu semakin tinggi kucing jatuh, semakin kurang kadar kecederaannya. Keadaan ini menunjukkan daya sistem keseimbangan kucing yang sangat luar biasa. Hebat bukan?

 

Nanti saya pun senang la nak meniti dari bumbung ke bumbung takdenya musuh-musuh saya nak perasan kehadiran saya. Kalau kata jatuh bangunan sebab salah pijak pun still boleh berdiri lagi tu.

 

6. Kucing haiwan pembersih dan anti bakteria

Mungkin korang belum tahu bahawa pada kucing terdapat satu otot yang berfungsi menolak sebarang telur bakteria. Bukan sahaja otot bahkan lidah kucing yang suka jilat-jilat jari kita lepas kita makan itu juga merupakan alat pembersih yang mempunyai permukaan kasat. Kucing suka jilat dia punya bulu pun sebab dia nak buang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa dekat badannya.

kucing jilat bulu

Kalau korang perasan, kucing memang tidak sukakan air. Tak caya sila mandikan kucing korang konfem dia lari laju-laju menyorok bawah katil punyalah. Sebab apa kucing tak suka air? Sebab air kan tempat yang sangat subur untuk pembiakan bakteria. Kucing akan berusaha mengelak daripada melalui kawasan yang mempunyai tompokan air. Nanti bulu ai tercemar tau. Habis bakteria melekat dekat ai lah. hiks.

 

yeah, tiada bakteria tiadalah penyakit yang saya dapat !

 

Sumber : google.com :”)

11 komen

betul! ak ada kucing..haha

kucing sngt comey dan jinak...saya ada dulu...dah mati...never be replaced

angkat tangan,gua tak suka kucing bro. sumpah! tak tau apa salah kucing tapi gua tak suke.haha

Kucing sangat comel. Unfortunately Nana takut kucing. Ok, bukan takut more to fobia lah sebab mase kecik2 dulu pernah ada kenangan pahit dgn kucing. Tapi sekarang dah macam ok sikit kott. Tu pun depends on kucing and situation la. Hikhik!

kata org klu suke kucing die adlh penyayang :)

ikut asma lettew.... hahahaha:D

hairy mintak sekor haha

ATie er.. tazkiah la kucing mati da. sob sob..

kaki bola depends la atas org. aku x suka bulu kucing. haha

Nana mesti zmn kecik pernh kena geget kucing kan haha :p

Dina - sy mmg penyayang :p

Asma - dah lama ok ! :p

ak xsuka belakucing...
dl ak pernah ebla rabbit jerk :).. hehehe

hebat kucing ni. biasanya harimau dan singa disebut dlm keluarga kucing. tak pulak disebut kucing dlm keluarga harimau.

ehem! good luck :P





hebat gak kau bercerita,tatau nak cerita apa,huwarrrrrrrrrrrrrrrrrr!


EmoticonEmoticon