Program Jelajah IPT UUM & UNIMAP Part II

 

Baca dulu Program Jelajah IPT Part 1 readers yang dikasihi sekalian. Kihkihkihkih.

Sebelum bergerak ke UniMAP, kami sempat singgah di Padang Besar, Perlis. Aku bayangkan tempat tu ada padang yang agak besar pastu ada khemah-khemah tempat orang berniaga. Rupanya nama langsung tak menggambarkan keadaan. Tapi nak cakapnya tempat nie memang panas gila. Yang tak tahan dengan silau tu sila bawa shade. Haha.

 

padang besarGapura Square. Macam-macam korang boleh dapat kat sini dengan harga yang berpatutan. Takde la mahal sangat.

teddy bearNatang nie pun banyak dijual di Gapura Square dengan harga mampu milik. Sebut betul-betul ok. Bukan Berjaya Times Square tapi Gapura Square. Hahaha

 

Selepas kami puas melilau dalam pusat beli belah nie kami terus bergerak mencari kedai makan. Lapar nie. Konon kat sini makanan semua murah kan. Meh sama-sama kita terjah kedai makan kat sini dulu.

 

nasi ayam padang besar                       Nasi ayam Padang Besar yang berharga RM5.00 kalau tak silap aku.

Aku makan makanan yang paling murah kat kedai tu iaitulah nasi ayam macam dalam gambar diatas. Yang lain harga kemain lagi dua kali ganda tingginya berbanding makanan kat Bangi nie. Gile ah ! Bukan sedap sangat pun nasi ayam dia. Kuah sup masin kemain nak suh pelanggan darah tinggi hape?

 

Kalau korang nak shopping Jersey, Padang Besar merupakan antara lokasi yang paling ideal. Epul shopping jersey sampai 3 helai. Tu ada lagi tu yang dia nak beli. Harap je kat Padang Besar takde mesin ATM. Pengajarannya, kalau nak ke Padang Besar sila sediakan duit yang cukup sebab jarak mesin ATM berhampiran dengan Pasang Besar adela dalam 1 kilometer jugak. Haha. Sempat pulak aku temuramah abang yang meniaga baju kat situ.

 

UNIMAP,Perlis                       Dah sampai pun di UniMAP. Terus bergambar sakan. Hikhik.

                     Universiri Malaysia Perlis,UniMAP  Geng-geng SRMUKM yang cool dan sporting. Ko suruh je diorang posing camne, memang diorang buat punya. Hahahahaha. *pic taken by apih apijo

UniMAP,Jelajah IPT Utara  Antara peserta Jelajah IPT yang setia hingga ke akhir program. Korang memang gempak ! Suka sangat posing kan? Haha

485860_378431928876451_100001289419108_1094189_1828929787_n  Nak jugak bergambar outdoor kan? Haha. Outdoor la sangat. Nie gambar di hadapan perpustakaan UniMAP. Walaupun panas terik namun masih gigih bergambar sambil mengukir senyuman yang paling manis. Okbai.

 

Selepas bergambar sakan di dalam perpustakaan UniMAP, kitorang dihidangkan dengan laksa oleh SRMUniMAP. Walaupun sambutan di UniMAP tidaklah semeriah di UUM namun sedikit sebanyak kami mendapat informasi berguna mengenai UniMAP serta dapat bertukar-tukar pandangan dan berdiskusi.

 

And then kami terus berangkat ke Kangar untuk menginap di asrama Kompleks Belia dan Sukan negeri Perlis. Sesampainya di asrama aku terus bing atas katil. Pagi esoknya baru bangun wa cakap lu ! Penat + sakit kepala aku main dengan panas terik tadi. Hahaha. Ha, sory la mana-mana yang kejutkan aku tu. Aku kalau dah penat + sakit kepala memang aku tak layan dah orang sekeliling. Hikhokss.

 

Next, Gua Kelam

7 comments:

  1. padang besar, perlis..bukan kedah laa..:)

    ReplyDelete
  2. yang baju merah aku kenal..akaka..

    ReplyDelete
  3. baju koporat korang sangat smart!

    ReplyDelete
  4. Haha... Mesti tak pernah pi Padang Besaq sebelum ni kan... Takada padang pun lah kat situ,hahaha...

    ReplyDelete
  5. Amalina. hehe. Tenx bab geografi mmg fail lah sy. haha

    iza aku pun kenal lor. haha

    Lea ha, mmg smart. org yg pakai tu pun smart2 semua. kih3

    hanih Yups. 1stime dtg sini k. :)

    ReplyDelete