Assalamualaikum w.b.t
 
Baru-baru ini aku ada menghadiri Dinner SRMUKM yang bertemakan Arabian Night.
 
MT & EXCO DINNNER
 
Sebagai seorang bekas timbalan exco Wira Usaha yang selalu skip meeting, tak bertanggungjawab, tidak berdisiplin dan seumpamanya aku dah bertekad ni dalam hati nak datang dinner yang dihandle oleh legasi baru tersebut. Wah, ayat skema sangat. Hahaha.
 
 
 

Dalam perjalanan pulang dari Program Jelajah IPT Part II tula datang idea cute dari Dhiah nak ajak berduet masa Dinner SRMUKM nanti. Konon suara aku sedap sebab aku sempat karaoke dalam bus kejap. Padahal tak sedap pun. Aku apa lagi kan terus cakap ‘okey’ tanpa berfikir panjang dan dengan confident sekali.

 


Pilih punya pilih akhirnya kami bersepakat nak nyanyi lagu Sedetik Lebih by Anuar Zain.
Tibe teringat pulak kenangan zaman sekolah haritu masa duet dengan Ada dalam suatu pertandingan nyanyian. Masa tu, kaw – kaw aku kena kutuk sebab suara aku memang tak sedap pun.

 


Aku dapat saguhati je. Dapat mug besar sampai sekarang aku simpan mug tu. Aku akan gelak gila babeng bila tengok balik video nyanyi tu weyh ! Malu – malu chuku. Haha. Ok, kita tutup buku lama dan bukak buku baru. Maknanya ini merupakan kali kedua aku menyanyi di atas pentas selepas bertahun – tahun lamanya tak nyanyi. Sila gelakkan aku sebab aku tahu korang lagi hebat kan? Hakhakhakhaktuih !

 


Aku dan Dhiah pektis pun dua tiga kali je. Sebab masing-masing busy kan dengan esaimen dan kelas.
Ok. Tettt… Dipendekkan cerita. Malam dinner tu aku sangat cuak sebab seriyes aku batuk uhuk uhuk. Ntah kenapa time camnie jugakla batuk nak datang tak boleh ke hold dulu batuk tu sehingga dinner habis ke. LOL.

 


Memandangkan aku dah bertekad nak nyanyi betul-betul supaya aku dapat meninggalkan kenangan kat penonton yang hadir terutama MT dan Exco SRMUKM, aku go on jela nak nyanyi jugak malam tu. Lagipun, aku dah menarik diri dari legasi baru SRMUKM. Sob3.

Persembahan Duet di atas pentas

“Kasihku,ku amat mencintai kamu kerna kau beri aku hidup ku kan terus mencintaaaaa, sedetik lebihhh”… Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Naseb baik aku tak batuk masa tengah nyanyi tu. Kalau tak, memang aku tinggal Dhiah sorang-sorang la atas pentas. Hikhik.


SRMUKM dinner di KBS Putrajaya   Amani , Ieja , Amin Al-Amin , Kak Zetty dan Aaina merupakan antara peminat aku yang tak habis-habis bersorak masa aku nyanyi atas pentas. Thanks semua.. Warhahahaha.


Abang mampu, bukan abang tak mampu,” kata Amin Al-Amin.

 


dinner SRMUKM di KBS   Barisan MT dan Exco SRMUKM yang sangatsangatsangat cantik, smart , sporting giler , caring , best , apa lagi yer? Haha. Aku langsung tak mengikuti tema Arabian pada malam itu. Kecoh ah lu Apih Apijo. –..-“ .


Dinner SRMUKM di KBS PUTRAJAYA 2012  Ini mengikuti tema tak ? Hahahaha. Antara prince and princess Arabian pada malam itu. Macam eskrem paddle pop paddle pop super super yummy pulak aku tengok style Kak Zetty malam tu. Haha.


rose merah untukmu  Disebabkan hidung aku tersumbat, rose merah yang wangi tu langsung takdak bau bila aku cium. Hakhakhak. Aaina, terimalah bunga rose merah dari Apih Apijo sebagai tanda kenang-kenangan dari Apih Apijo bila Apih Apijo tiada dalam SRMUKM nanti. Hahahaha. LOL *lempang diri sendiri.

pasangan duet di Dinner SRMUKM 2012                          Special thanks to my pasangan duet, Dhiah. You did a good job !

Sampai hati yu perli ai sampai camnie skali Kak Ya ! sobsob. abang anuar zain facebook
P/s : Sesiapa yang ingin menjemput saya mengadakan show silalah berhubung dengan saya di facebook, twitter atau di [email protected]. LOL. Hahahaha