wedding day

Sayang cantiknya kau! Beauty and the beast sangat kan kita berdua. Kemain lawa kau persis Tiz Zaqyah sikit-sikit. Tula. Bila student ko cakap ko ala-ala Tiz Zaqyah, aku pun penasaran tang mana la Tiz Zaqyah tu. Student ko nak ambek hati ko je tu. Dia nak markah lebih exam nanti. Hakhak.

 

“ Ape sayang-sayang nie ngan bini aku?,” kena jerkah camnie kat Abang Iwan baru tahu kan?Nasib Abg Iwan tak stalk aku punya blog. Hakhak.

 

Yela pasnie takleh dah aku nak manja-manja dengan Jaja. Jaja pun mesti dah duduk rumah lain pasni. Terpikir plak aku sape je yang nak sembang-sembang dengan aku kalau Jaja takde kat kampung. Sob.

 

Selamat pengantin baru buat Jaja dan Abg Iwan. Abang Iwan ko tolong jaga Jaja leklok macam ko jaga diri ko sendiri ok. Aku sayang Jaja kau tahu. Jaja tempat aku bermanja. Jaja selalu ambik aku kat bus stand bila aku balik kampung. Jaja yang selalu gelak-gelak ngan aku kat umah bila aku balik kampung. Jaja yang selalu bagi aku nasihat berguna. Jaja sangat penting buatku. Jaja, kalau anda terbaca entri ini, sila muntah ijau biar keluar sayur sawi ok? Huhu.

 

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang memeriahkan majlis perkahwinan Jaja. Walaupun aku memang agak penat dan busy pada hari tersebut mengalahkan pengantin, namun aku sangat gembira. Gembira kerana kehadiran korang pada majlis tersebut, gembira kerana majlis berjalan dengan lancar, gembira kerana tengok Jaja gembira dan gembira boleh jumpa sanak-saudara yang dah lama tak jumpa dan gembira kerana dapat abang ipar baru. Yey ! kihkih

wedding day

Outdoor Jaja pun aku ikut sekali tahu. Konon nak jugak photoshoot dengan Jaja. Nasib baik Jaja ajak. Hakhak. Photoshoot di Seberang Takir.

Macam tak sabar pulak aku nak kawin bila tengok Jaja galak duk posing dengan Abg Iwan depan lensa kamera. Haha. Ayat kemain lagi skema.

wedding day

Hambek kau. Ramai gila anak buah Jaja. Nie ada lagi yang tak masuk tau. Yang penting, anak-anak buah Jaja semuanya comel macam Jaja dan hensem macam bapak saudaranya. Hakhak.

13 Comments

  1. wah seiras la muke.. patotlah gmbr pegang gitar ala2 bruno mars tu ada.. nyebuk upenye eh muahaha

    ReplyDelete
  2. beauty n the beast tu tak menahan tu. hahahaa.. kite tunggu abam pejol kawin, nanti kite datang bawak adiah besauu. hehehe

    ReplyDelete
  3. pewittttt!
    best la orang tu balik rumah...wuwuwuuuu~~leh makan kenduri..uhuk3x

    ReplyDelete
  4. eh betul laa..mcm tiz zaqyah..

    ReplyDelete
  5. comeinyee jaja ! sorry laa ak dapat dtg wedding dia -.-' kita kat johor laa .

    pjoe ! kawen jangn lupa jemput i . i mesti dtg punya laa ;p

    ReplyDelete
  6. pergh,ayat nak je yg puji diri sdiri.selamat pgntin baru utk jaja dan iwan!!

    ReplyDelete
  7. tahniah untuk dia! seiras la muka! hehe comey2.. nanti giliran hh jangan lupe jemput.. hihi ;)

    ReplyDelete
  8. ko saja kan nak buat aku nangis kan.sob.sob.takpe.nti ko balik umah aku pon balik jugak.

    ReplyDelete
  9. perghh.....skali tengok mmg cam tiz zaqyah la....

    ReplyDelete
  10. wuuu, slmat pngntin baru XD

    anda bila lagi? harharhar

    ReplyDelete
  11. Tenss semua..

    jangan puji sangat Jaja tu. Kang dia perasan payah la.. haha XD

    ReplyDelete
  12. Ha'aa.. Cam tiz zaqyah sket.. Aiks? Sapekah beliau? Adik ke kakak ke apekah?

    ReplyDelete