Plants Vs. Zombie’s Tutorial

Disebabkan ketiadaan kerja+kebosanan yang melampau sempena bermulanya cuti semester, aku telah godek-godek sepuas-puasnya game dalam laptop aku. Pastu aku terjumpa game Plants vs.Zombies nie.

Game nie sebenarnya dah lama ada dalam laptop aku. Cuma baru sekarang aku berkesempatan nak try main. Best gak rupanya game nie. Orang lain dah lama sampai level tertinggi dalam game nie sedangkan aku baru nak belajar main. Perghh-..-“. Malu dekat orang.

Disebabkan aku memang takde keje buat sangat, aku nak ajar korang tutorial game nie. Aku nak ajar korang cara nak main game nie. Suke tak? Harhar. Biarpun aku tahu sebenarnya aku yang harus mendapat tutorial bukannya korang.

Kebetulan masa aku bukak game nie untuk pertama kalinya, anak buah aku ada sebelah aku. Pastu dia siap ajar aku how to play game nie. Perghh. Malu dekat anak buah.

Mula-mula bukak game tu keluar gambar macam kat bawah. Korang kene tunggu la sampai dia habis LOADING. Tak lama pun kejap je.

plants vs zombie                                                              Plants vs Zombies yang Ugly

Lepas habis LOADING keluar plak gambar yang kat bawah nie. Sila tengok betul-betul ye adik-adik.

plants vs zombies     Plants vs zombies. Sila pilih ADVENTURE kalau korang nak main. Kalau rasa gatal-gatal tangan nak adjust apa-apa yang korang rasa tak puas hati tekan la OPTIONS. Tengok aku baru je sampai level 4. lol. Eh. Sampai level berapa eh game nie? Seyes aku tataw. –..-“

Bila dah tekan ADVENTURE, korang akan diminta memilih tumbuhan-tumbuhan yang korang suka. Nama pun plants kan. So, korang kena pandai-pandai pilih tumbuhan mana yang korang nak sebab setiap pokok ada keistimewaan dan kegunaannnya yang tersendiri.

Korang disarankan untuk memilih pokok yang mempunyai nilai cahaya matahari yang rendah je. Tak payah nak gatal-gatal tangan pilih pokok yang banyak kena pakai cahaya matahari. Sila rujuk gambar di bawah dahulu ye adik-adik,

plants vs zombies                                    Bila dah siap pilih tumbuhan korang, tekan LET’S ROCK!

Korang WAJIB pilih pokok bunga matahari dalam apa jua keadaan sebab pokok matahari tu la mengeluarkan matahari. Nanti kalau korang tanam banyak-banyak pokok bunga matahari memang banyak la korang dapat mata pastu boleh la korang beli pokok banyak-banyak. Pokok yang nilai cahaya matahari dia zero pun korang WAJIB gak pilih. Sebab nanti senang nak pakai sementara korang takde lagi cahaya matahari.

Then,

Korang nampak matahari kat bunga matahari tu? Tekan bunga tersebut. Korang akan mendapat 25 nilai cahaya matahari. Korang tengok la tumbuhan mana nilai dia sebanyak 25 pastu kalau korang berkenan, korang boleh pilih tumbuhan tersebut. Mudah kan main game jadah nie!

plants vs zombies Plant vs Zombies. Serammnyeww… Kalau korang nak buang pokok yang korang tanam, korang tarik je penyodok yang sebelah kanan tu. Ok ? Ok ? Ok ? Harhar

Sila perhatikan cara penyusunan dan pemilihan tumbuhan aku yang sangat tersusun dan kemas namun diranapkan jugak oleh zombies yang sangat ugly lagi menyeramkan ueww.

Korang harus menghalang zombie tersebut daripada memasuki rumah korang menggunakan tumbuhan yang korang pilih. Tumbuhan plak hebat doe. Siap boleh keluarkan peluru lagi. Perghh.

plants vs zombies Nampaknya aku tidak berjaya menghalang zombie hodoh daripada memasuki rumahku.

Zombie naik itik mainan color kuning yang sangat menjengkelkan. Bermata besar. Lidah terjelir. Pastu gigi rongok. Sangat hodoh giler! Kalau aku dapat kau memang aku geget ko. Selepas zombie tersebut memakan pokok teratai tersebut, zombie terus berjalan memasuki rumah.

Selepas itu,

plants vs zombies
Keluar la perkataan annoying di atas. Menandakan aku telah gagal menghalang zombie daripada memasuki rumah. Demm!

Dah 14kali aku REPLAY level nie. Tak menang-menang jugak. Pergghh.

Apa yang best tentang game Plants vs. zombies nie,

  • Sound effect dan music yang BEST. Korang akan dengar suara zombie yang sangat seram membuatkan korang tak senang duduk. –..-“
  • Banyak tumbuhan yang cantik dan unik untuk dipilih. Tumbuhan yang boleh meletup macam bom jangka pun ada. Pergh. –..-“
  • Rupa Zombie yang hodoh serta lawak membuatkan korang gelak sensorang. Zombie naik lori pun ada. Bangang betul! Sweet plak tengok zombie naik itik mainan color kuning tu.
  • Sangat mencabar dan menguji tahap kesabaran korang. Asyik kalah je. Kalau yang jenis tak penyabar tu jangan la main game nie. Kang tak pasal-pasal laptop terbang kan. Bahaha.

Sekian sahaja tutorial panjang berjela-jela pada kali ini. Nak sambung main nie. Okbai.

10 Komen untuk "Plants Vs. Zombie’s Tutorial"

kahkahkah.. tutorial ni pun hadoo..
eh.. lappy bolat un ade.. dh download.. tpi takley install

hehehe sy da abes main dah. best2 :D

tutorial ? rajinya hang. btw, dh IR dah. brape kali dh PhD. All the best kawan ( :

game ni bukan dah lame ke? okbai :p

tersangat suka game ni dlu.. pai tak tido malam ngadap mende ni.. hehe

Bolat p la main best taw.. hak3.

fira tahniah tahniah. sila mainkan untuk sy lak. hak3

gadis ribena phd=perasaanhasaddengki? okbai. haha.

fakhri ntah. aku baru kenal. haha

cik farz pergh. same r kite. panas laptop main game nie. hak3

kahkahkah! aku tabik ah pijo!

tak suka main game dlm fb sb loading lmbt..tenet slow ahaha

haha..cmnie pn ade gk..huhu

Back To Top