Assalamualaikum w.b.t

Aku tah tahu sama ada semua Restoran Sekinchan menyediakan promosi nie. Semalam aku makan kat Restoran Sekinchan Jalan Reko tu.

“weyh Joe, Rm4.00 Joe.Pasni kita makan kat Sekinchan jela” Lepas tengok banner depan Sekincahn terus kawan aku cakap camtu.

“ok. aku setuju”

korang nak tahu makanan jenis apa yang harganya semurah RM4.00 tu? Kalah café kolej aku murah dia. Sebab tu aku gila excited nak p makan sana.

Nasi putih + ikan kembung + sepotong tembikai + timun batang + sambal belacan + air sirap.

“camnie je? Nak serve bukan main lama kan”

“ko nie, tengok ikan pun masih panas tu, dia baru masak letu”

“wah,makan  macam nie macam orang baru lepas pantang”

“aku rasa macam aku baru lepas bersunat la”

“ko tengok ikan dia, comel je. Kecik molek.”

“Berbaloi la ngan harga. Dah-dah. kita makan dulu”

Pastu bayar kat kaunter.

“adik camne makan ? Ok ?”

“erm, ok la. kitorang pun baru pertama kali dtg sini sebab tengok banner RM4.00 tu” jujur aku.

“owh, ikan kecik kan?” <—sedar plak akak nie ikan kecik.

“yer , memang kecik, tapi berbaloi la dengan harga” jawapan sopan aku bagi.

Kesimpulannya, aku tak ingat pun nak ambik gambar apa yang kitorang makan tu. Tapi aku ada simpan resit konon nak update kat blog la sebagai bukti sebab nanti korang tak percaya dah kat aku kan. Muahaha.

“oit, resit pun kau simpan?”

“yelaaa, aku nak buat kenangan makan kat sini” cover je padahal nak update blog.

DSC01059

Kepada yang belum LIKE peraduan foto ceria , peraduan foto ceria 2 dan peraduan foto ceria 3 sila berbuat sedemikian ok. Duedate dah dekat. T xdapat ipod nanges la safuwan amir.