Aktiviti Seminggu di Kampung, Kuala Terengganu

 

Assalamualaikum w.b.t

ENTRI INI SANGAT PANJANG, SEKIAN SAYA MELAPORKAN

Taktahu camne nak mula menulis entri nie sebab syok gila la wa cakap lu bila berada di kampung. Rasa nak nanges pun ada time tulis entri nie sebab rindu lagi sama kampung dan seisinya. Sob3.

 

Aidiladha tahun nie boleh dikatakan agak meriah jugak sebabnya Maksedara beraya kat umah. Maknanya, memang banyak la makanan pada pagi raya tu. Aku memang takla ambik bahagian sembelih lembu mahupun lapah daging sebab aku lebih suka tunggu orang agihkan daging ke rumah aku. Miahaha.

Pastu,seminggu berada di kampung, boleh dikatakan hari-hari saya makan daging lembu. Naik maigrain jugak sekali kononnya sebab overdos makan daging lembu. betultaktipu.

Jum terjah aktiviti aku sepanjang seminggu di kampung. !!

 

Karaoke

Aktiviti wajib apabila balik kampung korang teka aktiviti apa?? Bukan aktiviti merempit tapi karaoke. Korang nak tahu kat mana kami karaoke? 

Owner karaoke tu bukak pusat karaoke baru. Masing-masing berdebar jugak awalnya nak masuk. Takut-takut kena serbu lagi kan. Tak pasal-pasal masuk lokap! Demmyou! 

Pastu macam biasalah . Kitorang kalau dapat mike, memang tak hengat la. Siap koir lagi dalam bilik karaoke tu.

 

Overnight di Pantai Batu Buruk

Aktiviti wajib seterusnya , overnight di tepi Pantai Batu Buruk yang lawa gila babeng tu. Seyes lawa weyh Pantai Batu buruk tu wa cakap lu. Kalau malam, memang pantai tu hidup gilos. ( Sesungguhnya saya hanya nak pomot Pantai Batu Buruk tersebut )

Ramai anak remaja lepaking kat sini. Siap BBQ, kayuh-kayuh pixie, dating , menikmati kecantikan pantai , lepaking dengan kenkawang dan keluarga dan seumpamanya. Meriah sangat lebih-lebih lagi apabila kitorang yang masing-masing memang perangai bangang tahap sentaan nie meriuh gempitakan suasana pantai tersebut. Habislah pasangan dating naik rimas ! Ada aku kisah ? bukan pantai ko pun kan! Warhaha.

Lepak punya lepak , main kejar-kejar tepi pantai , main lempar-lempar tepung sehinggakan makanan kami dah bercampur pasir. Huhu. Suke betol pantai tu nanti balik kampung memang aku tak miss lah lepak sana lagi.

 

Steamboat di Pulau Duyong

Firstime makan steamboat memang sesuatu yang sangat mengujakan. Nampak sangat aku darat iban kan? Sehinggakan apabila diorang dah siap serve, kami masih terpinga-pinga taktahu nak buat apa dengan seafood, kuah tomyam , sayur-sayuran dan mee yang diorang bagi.

Nasib dalam kalangan kami ada la 2 orang yang ambek course kulinari. Ada jugak yang setakat steamboat nie mainan dia je. Kalau aku datang sensorang, memang aku ternganga la kat depan tu kan. Warhahaha.

Habis kalau kami buat kedai tu macam rumah kami sendiri ape kes kan? Siap melalak, bergurau senda , bergelak ketawa macam takde orang sekeliling padahal ramai je customer. Nasib baik tuan kedai tak halau. Kami bayar ok pakcek ! Haha

Habis dalam ratus jugak makan steamboat! Nevermind lah ! Bukan selalu. Sekali seumur hidup kan? Kah32.

 

Jeti Pulau Duyong Lawa lahhh

Oh, sebelum kami masuk restoran steamboat tu, kami sempat jugak tinjau-tinjau jeti depan restoran tu. Memang nice gilos tempat tu. Banyak bot-bot dan kapal nelayan kat situ. Dihujung jeti kelihatan beberapa orang sedang ralik bergewang. Bot banyak mungkin sebab malam kitorang pegi tu malam Jumaat. Mungkin nelayan cuti kot. Suke hati buat andaian sendiri kan? Kah kah Kah.

Mula-mula nak masuk jeti  kelihatan 2 3 4 orang jugak dengan DSLR masing-masing. Ambik gambar apekah malam-malam nie?? Malam-malam cenggini pun ada ke orang nak shoot gambar???

Apa yang aku nak cakap kat sini, memang cantek sangat jeti tu. Kalau tak, takkan la si pemilik DSLR gigih standkan tripod bagai sebab nak ambik gambar pemandangan kat situ.

Memang lepasnie aku akan pergi lagi la kat tempat nie. Nak datim memang tak sesuai la kat jeti tu. Tak baik tau datim2 kat tempat gelap camgitu.

 

Island Heritage a.k.a Pulau Warisan

Eh, pehal tempat nie suram je? Haritu kemain cerah lagi ngan pokok lampu yang macam kat I-City tu.

Member aku cakap pokok lampu tu dia dah tak pasang pasal banyak yang dah rosak sebab angin ribut baru-baru ini.  Suka hati je kan aku panggil pokok tu pokok lampu. Muahaha.

Tapi memang hebat la kesan angin ribut tu. Siap pokok yang kemain lagi berat tu boleh tumbang menyembah bumi. Banyak jugak pokok yang tumpang. Melihatkan itu, boleh plak aku terfikir

“mungkin tempat nie banyak sangat maksiat, Allah nak tunjuk la tu”

Memang tempat nie hebat la wa cakap lu. Haritu masa pokok lampu tu dipasang, memang cantik sangat tempat nie kalau I-City. Dahla tempat dia strategik berhampiran ngan pesisir air. Depan tu korang boleh tengok orang memancing. Kalau nak bilang orang yang dating, memang tak terbilang la. Bersepah kau! Menyakitkan pemandangan !

Aku pun agak keciwa jugakla Pulau Warisan dah tak macam dedulu. Kalau aku balik kampung, memang aku tak miss lepak sini! Lepak-lepak sampai lewat malam. Syok gilos!

Skunk ada anak muda main control car plak kat sini. Ala, keta kecik yang main kawal-kawal tu. Aku tataw la ape nama saintifik dia orang panggil . Aku panggil kereta kawal jea. Pastu ada plak peniaga bukak kedai jual sate ikan, minuman dan makanan segera kat sini.

Hidup lagi tempat ni rupanya walaupun pokok lampu dah tak berpasang! Harap pasnie pokok-pokok tu kembali menyala.

 

Ni je aktiviti aku sepanjang cuti seminggu nie. Selebihnya duh umah makan tidor makan tidor la. Memang tak cukup cuti yang seminggu nie. Banyak lagi tempat aku tak pegi . Kedai Kak Yam pun aku x sempat nak pergi. Demmyuu!!!

 

P/s : Entri takde gambar . Lantak korang nak percaya ke tak apa aku cakap nie. Kalau rasa macam tak berapa nak percaya, korang boleh la google search apa yang patut. Tapi, tengok muka aku nie, mana pandai mentipu kan? Keh Keh Keh.

Tag : kampung
13 Komen untuk "Aktiviti Seminggu di Kampung, Kuala Terengganu"

waahhh dia lg syok bercuti. kita dok umah wat esemen jek, jln kejap2 aje. huuu... :(

Betul panjang le sepanjang seminggu bercuti tu :)

pentipu.pentipu.tak percaya dengan entri nih..haha

best la kampung ada tempat2 best macam ni...

untunglah org ade kmpung huhuhu

bestnya jalan2 .nak kumpul duit nak jenjalan jugak lahh :D

best lah hangout banyak tempat...lain kali ajak lah sekali

wah.bestnye kmpung awk ade tmpt2 besh mcm tu..hehe..

perghh, balik kampung macam pegi honeymoon!

hehehee ;)

diera : haruslah kita manfaatkan cuti dengan betol. time blaja kita blaja. kah3

empayar: xberapa nak pnjg la. kejap je x puas!

kim ; mmg kuar ngan awek pun kim. kbai

Aisyah: yer mmg best!! jeles letu

Nazirah : maila kg I. x menyesal punyee.. kih3

sarah : singgah KT jgn lupe :D

pieja : eh, macam la dia duk KT nak ajak.. keh3

iza: haha, awok aderr? ape pun x boleyy.. kah3..

nurul iman : haha, yg ni saye setuju..

panjang sangat... bace post scriptum je...<<<jujurkan?? ^_^



nape name nani wane merah kt pengomen tuh.. mcm taw2 nani ske kaler merah... tharu la...

err hafiz dye da ilang ermmm =,=*

Back To Top