Today, aku nak promote kek hasil air tangan kak Long Tomato Ungu  iaitu Kek Coklat Moist Kukus.

Aku : Tak ade nama sedap sikit ke nak letak ? Macam ikan kukus jee..

Maka terhasillah nama seperti dalam tajuk entri hasil pemberian Tomato Ungu  sendiri. Konon bajet kek Secret Resipe la kan. Tape la, x leh makan kek Indulgent kat SR, merasa kek ni pun ok la.

Kenapa ‘with white rose’? kenapa tak ‘with red rose’ atau ‘with yellow rose?’

Sebabnya di tengah-tengah kek tersebut Kak Long letak bunga ros putih. Korang tahu apa makna disebalik ros putih?? Ngeh3. Cepat bagitau aku. Aku serious tak tahu nie!

 Chocolate Moist Cake
Tudia kek tersebut. Ros putih ditengah konon cantik lettew kan?

 Chocolate Moist Cake
Nampak tak moist dia meleleh-leleh tu? Nyum2.. Sodap sangat!

 Chocolate Moist Cake
Tengok kek nie, penuh dengan cahaya kesedapannya kan?

Aku : Eh, U kenapa kek yang U kasi nie lembik? Macam koleh je.
TU   : Lembik sangat ke? Bukan lembut? Kek memang r lembik kan?
Aku  : Eh, tak lembik la. Ok je. Tadi belum kerat, ni dah kerat. Yang atas tu je lembik.
TU    : Ngek, yang atas 2 nama dia moist. Memang r lembik. Bunga tu boleh dimakan jangan dibuang!

Ok fine! Tomato Ungu  siap mention lagi bunga putih tu boleh dimakan. Macam la aku nie darat iban sangat kan.

P/s : Agak-agak bilalah aku dapat merasa Kek Black Forest seorang blogger tu yer? Huhu