Malam Birthday Yang Sentap Nak Mampus dan Sandiwara Mereka Yang Bergelar KAWAN

 

Assalamualaikum w.b.t

 

Tanggal 15 julai 19xx aku dilahirkan di Kuala Terengganu. Hari ini tanggal tersebut datang lagi dengan membawa nombor yang agak banyak iaitu 2x. Walaupun angka 2x kelihatan begitu tua dan gedik, namun aku masih kelihatan seperti sweet 18 kan? *perasannakmampos!

 

Malam besday tersebut Amir col gtaw nak datang umah sebab dia nak gtaw masalah dia kat aku sambil nangis2. Aku pun memang dah agak jugak sebenarnya mesti nie sandiwara nak kenakan aku.

 

Tidak lama selepas itu Amir sampai umah. Aku yang pura-pura ketiduran terus dikejutkan mak. Terus bangun dengan slamber dan turun mendapatkan Amir.

 

Amir gtaw dia ada krisis ngan kawan-kawan. Dia mula dibenci oleh kawan-kawan. Hanya aku yang masih melayan dia dengan elok sedangkan kawan-kawan dia yang lain seperti menjauhkan diri daripadanya. Aku seperti nak nangis dengar cerita sedih Amir sambil bagi dia semangat untuk meneruskan hidup.

 

Aku terfikir untuk menelefon kawan-kawan yang lain untuk bertanyakan hal sebenar mengapa berkelakuan sedemikian terhadap Amir yang baek dan tidak bersalah tersebut.

 

Sedang aku berkira-kira untuk menelefon, tiba-tiba…

 

Beberapa orang yang menghendap di belakang umah berlari ke arahku dengan membawa beberapa senjata seperti parang dan gergaji  bom yang mengandungi air di dalamnya. Aku cepat-cepat melarikan diri.

 

Apelah sangat kan kudrat seorang hafizhafizol nie. Aku diasak oleh beberapa orang lelaki yang berbadan tegap dan sasa  tinggi dan kurus. Aku menjerit melolong melopong sambil mereka melemparkan sesuatu seperti bom tersebut kearahku berkali-kali namun tidak meletup. Aku ketawa terbahak-bahak.

 

Aku jugak dilempar bom asap  tepung berkali-kali sehingga hampir seluruh mukaku dimandi tepung.

 

BERHENTI… YA AMPUN.. STOP IT… AKU MENGALAH.. *jeritakukuat2.

Masing-masing menghampiriku sambil memelukku dan mengucapkan HAPPY BIRTHDAY kepadaku. Aku terharu nak nangis golek2 atas rumput sambil membalas pelukan diorang yang menyerang aku seperti mahu merogol aku.

 

Tak menyangka aku diperlakukan sedemikian rupa pada malam birthdayku. Siyesly, ini merupakan yang pertama orang menyambut besdayku dan yang pertama juga besdayku disambut sedemikian rupa.

 

Setelah puas bermandikan tepung dan dilempar belon air yang kukuh, liat dan susah nak pecah tersebut kitorang berBBQ dan posing dengan DSLR Amir.

 

Terima kasih korang yang telah menaikkan darahku dan menyemputkan dadaku akibat gigih berlari menyelamatkan diri dari kepungan si mereka.

258487_1803682414352_1308622094_31673891_283538_oAmir dengan atok kesayangan

Terima kasih Amir kerana telah melakonkan watak anda dengan amat baik sehingga aku percaya padamu 70% sahaja.

260938_100001288547641_1613982_nTerima kasih kepada Zack yang telah melempar belon air kepada aku kat dada dengan begitu kuat namun belon tersebut tidak pecah pun. Kredit kepada si pembuat belon air tersebut.

186314_100000524264144_8048206_nTerima kasih kepada Kodin yang paling gigih dan bersemangat waja mengejar aku sampai bawah umah dan sehingga ke umah Ustaz semata-mata mahu memandikan aku dengan tepung dan melempar belon air kepadaku namun semuanya sia-sia.

lelaki welding besiMahukan khidmat wedding sila PM Muhsin ok.. Muahahaha

Terima kasih kepada Muhsin yang telah menghidupkan api bersungguh-sungguh dan membakar ayam dari awal sampai ayam habis dibakar.

lelaki jambu

Terima kasih kepada Azuan yang telah menjadi cameramen yang aktif mengeluarkan flash pada malam itu sehingga DSLR turut bermandikan air sehingga tidak berfungsi lagi. padan muke Amir.

lelaki pejam mataTerima kasih kepada Sahar yang sering mengeluarkan lawak spontan dari awal sehingga akhir event sehingga masing-masing mengilai kepontianakan pada malam itu.

 

Dan bejuta lemon terima kasih kepada mereka yang telah meriuh gempitakan malam yang Jumaat tersebut dengan begitu baik sekali. I LUV U KAWAN from bottom of my heart even u hurt me that’s night. *speaking uols..

 

p/s : Makcik sebelah umah sangat sentap pada malam itu lalu menyuruh anaknya melihat apekah bunyi bising di malam itu. Lalu anak dia gtaw ada orang ambek gambar. Hahahahaha. Cerita mak aku kepadaku keesokannya.

bermandikan tepungBirthday Boy yang hensem bermandikan tepung

Tag : Apih Apijo
14 Komen untuk "Malam Birthday Yang Sentap Nak Mampus dan Sandiwara Mereka Yang Bergelar KAWAN"

ayat ye nakal okmo.. hahahaha

nanti balik dari kL kite g secret recipe nehh.. kuikui~

hepi beday~

rupenye kau lagi tough dan sasa dari diorang eh..

kalau aku jd kwn kau

aku cmpur skali dgn telur
bru bleh goreng
haha

Hepi belated birthday! hehe. Sweet __ teen. hehe.

sweet seyh birthday ko.at least diorg ingt.

sentap...aku tak disebut...

Happy belated birthday HH...


best la dapat celebrate ngan kawan2 :D

ehh xgatu pon bday ko..huhu..
ke aq yg lama x on9 ni..
btw hapy belated bday bro.. :D

happy belated..best kan kene mandi tepung?hahaha...

haha, ensem sesangatttttttt. tapi kalau rambut to all putih lagi ensemm

eyda : nak lanje ker?? yey.. hahaha.... tenkiu tenkiu..

lan : rupanya aku lagi kuat berlari drp mereka haha

Aztiqah : kan kan? knpe r malam 2 diorg x lempar telur baru best.. nie lempar belon air jek dh r x pecah.. wekkk..

aimi : tenkiu .. nak hadiah? haha

rozuan : haha.. sweet kan main tepung..

pendamba mawar : jeles letteww.. wekkk..

kunci loker : haha.. ko pun ada ae malam 2? sory x perasan haha..

aisyah : tenkiu AA.. nak teddy bear?? haha..

jiwamusik : Hehe.. Perlu k gatw ko semua nie.? *terpinga-pinga.
nway, tenkiu .

chae ra : best lah.. *seyes..

kuya: ok.. t HH wat kat kuya yer.. haha..

haha..aku ingat perompak datang senyap2 heret moto sembunyi belakang dapur.haha..

Back To Top