love_ylc8c63j

Assalamualaikum w.b.t

Ok, harinie HH nak cakap sal in a relationship with. Berbaloi ke ? Perlu ke ? Penting ke ?

Lau kite tengok la kan ramai jea facebookers yang letak status in a relationship diorang. HH kalau nampak status in a relationship friends HH kat FB, cepat-cepat jea HH p stalker FB diorang pasal nak tahu ngan sape dia in a relationship 2 kan.

 

Cait, ko punye lar lawa, tapi balak ko hampeh. Muka macam hareeemmm.”

“Bia betol ko nie, xda awek len ke yg ko nak jadikan awek? Badan dah r macam kerepek.”

“Tak cocok langsung kapel nie. Benci ada aku tengok.”

 

Kata-kata yang kat atas 2 bukan dari monolog dalaman aku ok. Sila faham. Aku tak sekejam itu untuk melafaskan kata-kata kesat seperti di atas. Lalalalala. Namun, tak mustahil kan ada mulut-mulut yang mengucapkan perkataan di atas setelah melihat status in a relationship korang. Lebih-lebih lagi apabila korang mention siapakah DIA dan siap letak gambar-gambar korang lagi kan?

 

Konon korang la pasangan paling sweet gitteww. HH bukan nak marah atau nak protes ke ape, lantak korang sebab itu merupakah hak individu masing-masing. Korang punya suke la kan Facebook korang kan korang tak ganggu pun hidup sesiapa kan?

 

Haritu ada member HH cakap dia ada awek cuma dia tak nak la heboh2 siap pakai in a relationship bagai kat Facebook sebab dia takut nanti tak menjadi. Dia gak yang malu. So sweet la camnie. Buatpe nak tunjuk-tunjuk kat orang kan. Ada faedah? ?

 

Bagus gak kalau kite wat grup untuk just kite berdua jea yang leh tengok. Group privacy untuk korang yang berkapel tu. So korang lau nak cakap ayat-ayat jiwang ke, nak bermanja manja bagai, nak letak gambar-gambar korang ke, ok la. Barulah takde mulut- mulut jahat yang duk mengata korang dalam diam kan. Hahaha. Its just my opinion lah kan. Apabila korang in a relationship:-

  • Mungkin member-member korang akan add korang punya kekasih tu ramai-ramai. So kekasih korang pun selalu akan tanya korang samada nak approve tak member korang yang nie? pastu korang pun mesti jeles kan kan.
  • Kekasih-kekasih lama korang pun mestilah nak add jugak kekasih korang yang korang in a relationship tu kan. So, korang ape cite ? Tak jeles lagi ker?
  • Yang lain korang pikir sendiri lah yer ( kejam )

Ok, tu jela untuk hari ini. Entri ini mungkin mengandungi unsur-unsur tak elok ckit. Sila open minded yer. Okbai.

P/s : Hafizhafizol nak kate kat orang. Dia sendiri pun in a relationship kan? Muahahaha. Suke ati r. Jeles letteww.