View Image
Hari ini aku nak cerita pasal loghat. Aku anak jati Terengganu Darul Iman. Mesti anda dah dapat mengagak kan camne rakyat - rakyat Terengganu ni ber 'loghat'?? Yeah, betol tu.

makang = makan

jalang = jalan


ikang = ikan

Tu la antaranya. Lau aku sebut banyak2 mau korang ternganga ketidakfahaman pasni. huhu. 2 antara yang asas jela.. Kami suke menambah 'g' kat belakang ayat 'n'. Mentang - mentang la ada 2 'g' lam Terengganu 2 kan.

Apabila aku dicampakkan ke Bangi ni, aku terpakse menyesuaikan diri aku untuk tidak menggunakan loghat pekat apabila bercakap dgn member2 yang bukan dari Pantai Timur. Hal ini demikian kerana mereka mungkin akan mengangguk kepala sahaja tanda tak paham kot apabila aku tersasul bercakap dlm loghat aku.

Ada gak lau orang nampak aku dia tegur

" ko nak p mana ? nak p makang ikang?? "

kurang ajar betol orang 2.  haha.

Oleh sebab member aku yang asal Terengganu pun ramai jugak, maka aku akan melepaskan kerinduan aku untuk bercakap 'loghat' ngan diorang.

Pernah sekali aku cakap KL ngan member aku, pastu kan dia boleh x percaye aku nie budak Terengganu . pasai pa? Sebab dia cakap langsung x dengar 'slang' Terengganu aku. Wah, terharu aku dibuatnya. Pandai jugak aku cakap KL kan.

Lagi 1, dalam kuliah haritu, pensyarah aku suh perkenalkan diri. Aku terus la dgn bangganya memperkenalkan diri sambil memberitahu aku asal Terengganu.
Pensyarah tu siap puji pujian lagi aku dia cakap aku bagus sebab tak dengar pun 'slang' Terengganu aku. Wah, malu aku dibuatnya.

Aku jugak pernah cakap terlebih KL.

" eh, Fizul ko ada nampak x si Fahmi n the geng? " tanya kawan aku.


" Tadi diorang ada kat sana taw. Aku nampak diorang TELAH melalui sane." 


" oohh, ko dah makan ke nie"


" Hm, aku TELAH makan".

* pastu kawan aku gelak2 kat aku. Dia cakap aku cakap skema. haha.. Apa taknya asyik TELAH jea kan. Konon nak cakap KL , tapi dah terlebih KL plak.

Korang yang anak jati Terengganu ni ada k? mesti ada kan pengalaman camni.

Tp, lau kat kampung aku pun pernah gak tersasul cakap KL. PAstu ada la mulut - mulut yang tegur " eleh, cakap KL konong, duk lam *rok jea"

*rok = semak samun
( kuang ajar betul dia cakap aku duk dalam semak samun)

Jumla budak2 TErengganu semua kita pakat cakap KL. T balik kampung lau kita cakap KL mesti kene kutuk parok punya d saing - saing kita. Hooho..  Mase ni la kita nak berlagak cakap KL taw. Penting ni, bukan nak melupakan 'slang' ataupun 'loghat ' kita tapi apabila kita ditemuduga nanti boleh ka kita nak ber'loghat' Terengganu ngan diorang? tak boleh kan? So, fikir2kanlah.

P/s : hari tu ada member Terengganu aku yang merungut kat aku, Dia ckp dia takut , nervous , dan seumpamanya sebab dia lau bercakap depan orang mmg dia boleh sangat bercakap tapi dia still x boleh buang 'slang' pekat  dia. Dahla dia bakal guru. Okey, aku jadik sifu kau . Konpem 'slang' 'r' pekat ko 2 akan dapat diatasi. hoho.