10 Hotel Menarik di Kota Bharu Kelantan

Perkongsian kali ini mengenai hotel-hotel menarik di Kota Bharu, Kelantan yang boleh dijadikan rujukan buat korang yang merancang untuk bercuti ke sana. Di Kelantan pun banyak tau hotel-hotel mewah  dan cantik. Malah harganya juga berpatutan. Kalau ke Kota Bharu, jangan lupa singgah di Pasar Besar Siti Khadijah okay😁


Baca Juga : 10 Hotel Murah Bawah RM100 Kota Bharu


10 Hotel Menarik di Kota Bharu 


hotel menarik di kota bharu kelantan


Harga yang disebutkan di setiap hotel dibawah adalah harga pada sekitar penghujung Jun 2023 tau. Harga pula mungkin berubah-ubah mengikut tarikh tempahan korang. Aku dah letak link Agoda dan Booking.com disetiap hotel yang disebutkan. Untuk membuat tempahan, korang boleh klik je link yang aku sediakan okay. 😉 



1. H Elite Design Hotel 


hotel best di kota bharu kelantan

Hotel ini terletak kira-kira 5km sahaja dari Aeon Mall Kota Bharu. Hotel ini menyediakan pelbagai kemudahan buat para tetamu termasuklah pusat kecergasan (gym), kolam renang terbuka yang agak besar & bilik-bilik yang luas dan selesa. 


Terdapat juga bilik deluxe quadruple yang boleh memuatkan kira-kira 6 tetamu pada suatu masa. Sesuai buat family yang bercuti bersama anak-anak. 


Harga yang ditawarkan serendah RM150 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan mereka. 

Tempah di agoda sekarang

Tempah di booking.com sekarang


2. Grand Riverview Hotel




Hotel ini terletak di Pusat Bandar Kota Bharu iaitu kira-kira 3km sahaja dari Aeon Mall Kota Bharu dan sekitar 500m sahaja dari Pasar Besar Siti Khadijah. Pusat kecergasan & kolam renang terbuka juga turut disediakan di hotel ini. 





Harga yang ditawarkan serendah RM215 sahaja bergantung kepada tarikh dan bilik yang ditempah. Sarapan pagi juga turut disediakan. 





3. The Grand Renai 




Hotel bertaraf 4 bintang ini terletak kira-kira 1.5km sahaja dari KB Mall dan sekitar 2.5km dari Pasar Besar Siti Khadijah. Senang la korang nak membeli belah ye😄 Hotel ini dahulunya dikenali sebagai Renaissance Hotel Kota Bharu. 




Harga yang ditawarkan serendah RM225 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. Sarapan pagi juga turut disediakan. 





4. The Crown Garden Hotel 




Hotel ini terletak di Pusat Bandar Kota Bharu. Boleh berjalan kaki sahaja ke Pasar Besar Siti Khadijah (600meter sahaja) dan tarikan sekitar seperti Mydin, Kampung Kraftangan dan sebagainya. Nak cari tempat makan pun senang tau. 😎




Harga yang ditawarkan serendah RM148 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. Sarapan pagi juga turut disediakan tau. 





5. Crystal Lodge 




Hotel ini juga terletak di Pusat Bandar Kota Bharu. Kira-kira 500meter sahaja dari Pasar Besar Siti Khadijah. Hotel ini menawarkan bilik single untuk seorang penghuni sehinggalah bilik jenis keluarga yang boleh memuatkan kira-kira 6 penghuni. Memang sesuai menginap bersama anak-anak yang ramai. 




Harga yang ditawarkan serendah RM110 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan. 





6. Jewels Hotel




Hotel ini juga terletak di Pusat Bandar Kota Bharu dan hanya sekitar 500meter sahaja dari Pasar Besar Siti Khadijah. Senang la korang nak membeli belah kan 😎




Harga yang ditawarkan pula serendah RM130 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu.





7. Perdana Kota Bharu




Hotel mewah bertaraf 4 bintang ini terletak kira-kira 10 minit pemanduan sahaja dari Pasar Siti Khadijah. Banyak kemudahan yang disediakan di hotel ini termasuklah pusat kecergasan, cafe, restoran, kolam renang yang agak besar.




Harga yang ditawarkan serendah RM241 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu. 





8. Holiday Villa Hotel & Suites




Hotel mewah bertaraf 4 bintang ini terletak di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu iaitu sekitar 6km sahaja dari Pasar Siti Khadijah dan 3km dari Aeon Mall Kota Bharu. Hotel ini menyediakan pelbagai bilik yang selesa termasuk studio room & family room sesuai buat mereka yang berkeluarga dan membawa anak-anak. 




Harga yang ditawarkan serendah RM148 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu mereka. 





9. Dynasty Inn





Hotel ini menyediakan untuk seorang pernghuni sehingga bilik jenis kondominium yang boleh memuatkan sehingga 10 orang penghuni. Sangat sesuai untuk korang yang berkeluarga besar. 




Harga yang ditawarkan serendah RM85 sahaja tau bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 





10. ibis Styles Kota Bharu 




Hotel mewah bertaraf 3 bintang ini terletak di Pusat Bandar Kota Bharu iaitu kira-kira 1km sahaja dari Pasar Besar Siti Khadijah. Menyediakan pelbagai kemudahan buat para tetamu termasuklah pusat kecergasan, restoran, taman permainan kanak-kanak dan kolam renang luaran. 


hotel best di kota bharu kelantan


Harga yang ditawarkan serendah RM178 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. Sarapan pagi juga turut disediakan. 





Itu sajalah antara 10 hotel menarik di Kota Bharu Kelantan yang mungkin boleh dijadikan rujukan buat korang sekiranya merancang untuk bercuti ke sana. Selain dari 10 hotel ini, ada banyak lagi hotel lain yang korang boleh tempah mengikut bajet masing-masing tau. 😎


Selamat bercuti guys! 
1 Komen untuk "10 Hotel Menarik di Kota Bharu Kelantan "

Wow menarik..nampak besar bilik hotel walaupun serendah 85

Back To Top