10 Hotel Murah Sekitar Kota Bharu Bawah RM100

Perkongsian kali ini mengenai hotel dan penginapan murah sekitar Kota Bharu dengan bajet bawah RM100. Semoga boleh dijadikan rujukan buat mereka yang merancang percutian bajet bersama keluarga tersayang. 

10 Hotel Murah Kota Bharu Bawah RM100


Sekiranya korang ingin menempah hotel-hotel dan penginapan bajet yang disenaraikan dibawah, korang boleh tekan link agoda atau booking.com yang dikongsikan pada setiap hotel. Harga yang dipaparkan ialah harga pada permulaan Oktober. Harga mungkin berbeza mengikut tarikh jadi rancanglah percutian korang sebaiknya okay. 


Adalah disarankan agar korang menempah bilik lebih awal di agoda atau booking.com bagi melancarkan percutian korang dan mengelakkan bilik yang penuh terutama pada musim cuti umum dan cuti sekolahnya. 

1. Dynasty Inn Wakaf Che Yeh

dynasty inn kb hotel murah kota bharu

Hotel murah ini terletak berdekatan Pasar Borong Wakaf Che Yeh iaitu sekitar 200m sahaja dari pasar. Memang syok kan boleh berbelanja sakan di pasar. Harga yang ditawarkan serendah RM80 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 

Tempah di agoda sekarang

Tempah di booking.com sekarang


2. Ridel Boutique Hotel

ridel boutique hotel KB

Hotel murah ini juga terletak berdekatan Pasar Borong Wakaf Che Yeh. Korang yang ingin menginap berhampiran pasar bolehlah cuba menginap di sini. Harga yang ditawarkan hanya serendah RM64 sahaja tau bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 

Tempah di agoda sekarang


3. AAM Hotel 

aam hotel murah di KB


Hotel ini terletak di Kubang Kerian iaitu kira-kira 6km sahaja dari Pasar Besar Siti Khadijah. Kemudahan terdekat ialah, pasaraya Mydin, masjid, hospital dan klinik. Harga yang ditawarkan serendah RM66 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. Malah sarapan pagi juga turut disediakan. 😋




4. W Hotel Cemerlang

w hotel cemerlang murah di KB

Hotel murah ini terletak di tengah pusat bandar Kota Bharu iaitu kira-kira 1.5km sahaja dari Pasar Besar Siti Khadijah. Berdekatan hotel terdapat hospital, Mydin, Masjid dan bank. Harga yang ditawarkan serendah RM72 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 




5. Ridel Sunset Hotel

ridel sunset hotel murah di KB.jpg

Hotel ini juga terletak di pusat bandar Kota Bharu dan hanya sekitar 500m sahaja dari Pasar Besar Siti Khadijah. Hotel ini juga menyediakan kafe dan restoran. Harga yang ditawarkan pula serendah RM75 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 





6. Hotel Mewah Impiana 

hotel mewah impiana di KB hotel murah

Hotel yang terletak di pusat bandar Kota Bharu ini juga berdekatan dengan Pasar Besar Siti Khadijah iaitu kira-kira 400m sahaja. Harga yang ditawarkan pula serendah RM63 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 




7. Crystal Lodge 

crystal lodge hotel murah di KB

Hotel ini terletak di pusat bandar Kota Bharu dengan jarak sekitar 600m sahaja dari Pasar Besar Siti Khadijah dan Stesen Bas Kota Bharu. Harga yang ditawarkan pula serendah RM95 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan malah sarapan pagi juga turut disediakan. 




8. G Home Hotel

g home hotel murah di KB

Hotel bajet murah ini juga terletak di pusat bandar Kota Bharu iaitu sekitar 600m sahaja dari Pasar Besar Siti Khadijah. Antara tarikan sekitar ialah Kampung Kraftangan, Istana Jahar dan Muzium Islam. Harga yang ditawarkan serendah RM46 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 




9. Hotel Bintang Indah 

hotel bintang indah murah di KB

Hotel bajet murah ini juga terletak di pusat bandar Kota Bharu. Hotel ini terletak sekitar 700m sahaja dari KB Mall. Harga yang ditawarkan juga hanya serendah RM48 sahaja tau bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 




10. Tanjong Inn 

tanjong inn KB hotel murah KB


Hotel murah seterusnya terletak di Pengkalan Chepa iaitu kira-kira 2.5km sahaja dari Pasar Besar Siti Khadijah. Hotel ini menawarkan harga yang murah serendah RM79 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 




Itu sajalah antara 10 hotel dan penginapan murah sekitar Kota Bharu dengan harga bawah RM100. Semoga perkongsian ini dapat membantu korang memilih hotel murah dengan harga bajet di sekitar Kota Bharu. 

Selamat bercuti guys! 😊
0 Komen untuk "10 Hotel Murah Sekitar Kota Bharu Bawah RM100 "

Back To Top