Kenal Pasti 3 Masalah Bisnes, Jangan Terus Melulu

Nak buat bisnes pada tahun 2022 tetapi takut risiko bisnes yang bakal ditempuh, merupakan satu tindakan yang bijak. Sebelum berniaga perlu dapatkan info-info terkini berkaitan dunia perniagaan dalam Malaysia sebelum dan jangan  terus membuat keputusan melulu. Bukan tidak boleh berniaga tetapi adalah lebih afdal untuk mendapatkan khidmat tunjuk ajar dari mereka yang lebih berpengalaman.

 

Banyak usahawan ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu caranya sedangkan terdapat pelbagai lagi cabaran yang bakal mendatang.  Tanpa ilmu, perniagaan tidak akan berjalan dengan lancar.

 

Sama ada anda telah memulakan bisnes ataupun bakal memulakan perniagaan terdapat tiga masalah perniagaan yang wajib anda ketahui.

 

 

1. Pasaran Semakin Perlahan

 

Pasaran semakin perlahan kerana tidak ramai orang membeli disebabkan kenaikan harga barang, kadar inflasi 30 peratus sehingga 100 peratus di Malaysia.

Kini isu ini telah dikupas oleh Datuk Wira Azizan Osman baru-baru ini dalam sebuah perkongsiannya.

 

 

"Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini."

 

Kenali Datuk Wira Dr Azizan Osman dan Rekod


 

Mempunyai pengalaman lebih dari 13 tahun Richworks telah diasaskan oleh Dato Wira Dr Azizan Osman.  Beliau merupakan seorang Mentor usahawan dan pakar pemasaran yang telah diiktiraf no 1 Di Asia Tenggara.

 

Richworks fokus kepada penjenamaan pemasaran dan kepimpinan, maka tidak hairanlah betapa banyak syarikat besar di luar sana yang menggunakan khidmat mereka sebagai bimbingan usahawan.

 

Richworks juga menjadi Netflix usahawan selari dengan visi mereka untuk menjadi nextflix berorientasikan ilmu usahawan di Malaysia.

 

2.  Tidak Tahu Strategi Pemasaran Yang Tepat

 

Dalam perkongsian bersama Datuk Wira Azizan Osman, masalah usahawan yang terbesar juga adalah tidak tahu strategi pemasaran yang tepat dengan niche bisnes masing-masing.

 

Beliau juga menceritakan kisah usahawan pemilik syarikat berbangsa Cina yang mengalami masalah tidak tahu apa yang mereka mahukan. Walaupun mereka telah mempunyai kilang di China jelas menunjukkan bahawa masalah usahawan adalah kerana tidak membuat perancangan berkaitan dengan pelan pemasaran.

 

 

"Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.

Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.

Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus."

 

3. Tidak Guna Ilmu dan Peluang Sebaiknya

 

Betapa ramai usahawan mempunyai peluang berkaitan pemasaran tetapi mereka tidak bersungguh sungguh.

Datuk Wira Dr Azizan Osman menzahirkan rasa kesal sekiranya ahli usahawan tidak bersungguh-sungguh walaupun telah diberi peluang dan ilmu dalam program bimbingan mereka. 

Namun begitu mereka tekad untuk terus menyebarkan ilmu dengan mengadakan program percuma seperti Bina bisnes berjaya, program bangkit dan lain-lain lagi.

 

Program Live Session Telegram Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman

 

Terkini Richworks International akan mengadakan program Live Session Telegram bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman.

 

Program sesi voice chat ini akan diadakan pada hari ahad jam 8 pagi di telegram Azizan Osman official. Siapa saja boleh menyertainya bagi mendapatkan pelbagai ilmu dan perkongsian dari Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri.

 

 

Ia adalah pendekatan untuk para usahawan Malaysia dan mereka yang bakal memasuki dunia usahawan. Jom sertai sesi telegram voice chat yang bakal diadakan pada hari ahad ini.

 

Jumpa kalian di Telegram Azizan Osman Official dan sama-samalah kita belajar untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan dunia bisnes.

0 Komen untuk "Kenal Pasti 3 Masalah Bisnes, Jangan Terus Melulu"

Back To Top