10 Hotel Murah Bawah RM100 di Ipoh Perak

Perkongsian kali ini mengenai hotel murah bawah RM100 sekitar Ipoh Perak. Korang yang merancang untuk bercuti ke Ipoh bolehlah survey dulu hotel-hotel yang disenaraikan dibawah okay. Kalau berkenan, terus buat tempah tau. 😎


10 Hotel Murah Bawah RM100 di Ipoh 


Untuk menempah hotel-hotel dibawah, korang just tekan link biru yang aku dah share disetiap hotel. Ada 2 link iaitu agoda & booking.com. Harga bagi kedua-dua company mestilah berbeza dan mempunyai kelebihannya masing-masing. Buat perbandingan dulu tau sebelum menempah. 



hotel murah di ipoh perak 2023

Harga hotel yang disebutkan dibawah ialah harga pada hujung bulan Jun 2023. Harga hotel biasanya berbeza beza mengikut tarikh juga. So rancanglah percutian korang sebaiknya okay. 


1. Golden Roof Hotel Ampang 

golden roof hotel murah di Ipoh

Hotel ini terletak kira-kira 7km sahaja dari Lost World of Tambun yang popular di Ipoh. Terdapat bilik superior suite & family suite yang mampu memuatkan kira-kira 4 penghuni dalam satu masa. Harga yang ditawarkan bermula RM75 sahaja tau bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik.






2. Hotel Pi Ipoh 


Hotel ini terletak di Bandar Ipoh. Terdapat banyak tempat makan disekitar hotel seperti Restoran Bukhara, Pizza Hut & KFC. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM95 sahaja tau bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. 






3. Hollywood Hotel


hollywood hotel murah di IPOH.jpg

Hotel ini terletak kira-kira 500m sahaja dari Ipoh Parade. Biliknya pula memang cantik dan selesa. Ada ditampal banyak poster superhero Hollywood di dalam dalam hotel dan bilik. Harga yang ditawarkan serendah RM76 sahaja tau. Harga bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan korang. 





4. Mornington Hotel Soon Choon 


mornington hotel soon choon murah di ipoh

Hotel ini terletak kira-kira 7km sahaja daripada Ipoh Parade. Terdapat pelbagai bilik yang selesa yang mempunyai tingkap dan tidak bertingkap. Juga disediakan bilik family yang boleh memuatkan kira-kira 5 penghuni pada satu masa. 


Harga yang ditawarkan serendah RM78 sahaja tau bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. 





5. Belakang KongHeng by DreamScape 


belakang kongheng hotel murah di IPOH

Hotel ini terletak kira-kira 2km sahaja dari Ipoh Parade. Ada pelbagai jenis bilik yang menarik termasuk bilik untuk keluarga yang boleh memuatkan 6 penghuni pada satu masa. Harga yang ditawarkan serendah RM75 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 





6. K Garden Hotel 

k garden hotel murah di Ipoh


Hotel murah ini terletak di kira-kira 6km sahaja dari Lost World of Tambun yang popular di Ipoh. Terdapat pelbagai jenis bilik dari bilik bujang untuk seorang penghuni sehingga bilik jenis family yang boleh memuatkan sehingga 6 orang penghuni. 


Harga yang ditawarkan serendah RM67 sahaja tau bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 





7. D Eastern Hotel


d eastern hotel murah di Ipoh


Hotel ini berdekatan sahaja dengan Ipoh Parade dan memory Lane iaitu kira-kira 5-10 minit berjalan kaki. Hotel ini juga menyediakan bilik berkeluarga yang cukup besar dan boleh memuatkan sehingga 6 penghuni pada satu masa tau. 


Harga yang ditawarkan serendah RM98 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. 





8. Reno Hotel Ipoh


reno hotel murah di ipoh perak

Hotel murah di Ipoh ini terletak sekitar 4km sahaja dari Ipoh Parade. Terdapat juga bilik untuk keluarga yang berkapasiti sehingga 4 penghuni pada satu masa. Harga yang ditawarkan serendah RM74 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik 😎





9. Legacy Hotel Ipoh



Hotel murah Ipoh ini terletak kira-kira 5km sahaja dari Ipoh Parade. Harga yang ditawarkan pula serendah RM89 sahaja tau bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. 





10. De Residence Boutique Hotel




Hotel ini terletak di Taman Bandaraya Ipoh iaitu kira-kira 4km sahaja dari Lost World of Tambun. Harga yang ditawarkan oleh hotel ini adalah serendah RM83 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan.




Itu sajalah antara 10 hotel murah dengan harga bawah RM100 sekitar Ipoh Perak yang dapat aku kongsikan dengan korang. Semoga perkongsian ini dapat membantu korang mendapatkan penginapan dan hotel dengan harga yang murah apabila bercuti ke Ipoh. 


Selamat bercuti guys! 
0 Komen untuk "10 Hotel Murah Bawah RM100 di Ipoh Perak"

Back To Top