Booking Online Resort & Chalet Best Pulau Tioman

Bila masuk awal tahun, mesti ramai orang masuk blog aku sebab nak cari info mengenai pengalaman aku bercuti di pulau-pulau termasuklah entri pengalaman bercuti di Pulau Tioman pada March 2017. Actually aku kurang berpuas hati mengenai pengalaman aku di Pulau Tioman. 


Aku pergi sana bulan March masa tu ombak still kuat lagi maybe musim tengkujuh belum habis. Nak snorkeling memang tak syok sebab air tak clear. Ambil pulak pakej murah maklumlah masing-masing nak save budget kan. Maybe akan repeat lagi Pulau Tioman tapi nak menginap di resort yang puas hati sikitlah. Insha'Allah😆


Tempah Online 6 Resort & Chalet Best Pulau Tioman


resort dan chalet best di pulau tioman



Resort & chalet best Pulau Tioman dibawah antara penginapan idaman aku lah sekiranya aku berkunjung lagi ke sana. Mana tahu kalau ada rezeki tiba-tiba tahun ini dapat lagi ke sana kan. Korang kalau nak tempah resort dibawah, boleh tekan link yang aku share disetiap resort okay. 



Bila dah tempah resort, jangan lupa kena tempah feri ke sana tau. WAJIB. Kang kalau tak tempah feri, kau nak berenang ke pergi Pulau Tioman? 😂 Boleh tempat feri di website tiomanferryticket atau website cataferry okay. 


1. The Barat Tioman Beach Resort (★★★)


Resort bertaraf 3 bintang ini terletak di Kampung Juara. 


resort best pulau tioman


Terdapat banyak bilik yang disediakan buat para tetamu dari bilik standard sehinggalah bilik vila yang boleh memuatkan kira-kira 5 orang penghuni. Korang yang berkeluarga memang sesuai menginap di sini. 


resort best pulau tioman


Ada bilik yang mengelilingi swimming pool, bilik yang mengadap laut dan pantai yang sangat cantik. 


resort best pulau tioman


Harga yang ditawarkan serendah RM272 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan korang. 




2. Paya Beach Spa & Dive Resort (★★★★)


Resort bertaraf 4 bintang ini terletak di Kampung Paya, Pulau Tioman. 


tempah online resort best tioman island


Di hadapan resort mengadap laut & pantai, dibelakang pula berlatarkan bukit bukau & pokok menghijau. Asyik betul. 😍


tempah online resort best tioman island


Bilik keluarga juga turut disediakan di sini. Sesuai untuk mereka yang membawa anak-anak bercuti di Pulau Tioman. Ada bilik yang mengadap kolam renang, tasik, taman, laut & pantai. 


tempah online resort best tioman island


Harga yang ditawarkan ialah serendah RM213 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu. 



3. Berjaya Tioman Resort (★★★★)


Resort mewah bertaraf 4 bintang ini terletak di Kampung Lalang, Pulau Tioman. 


tempah online resort best tioman island


Korang yang tak kisah mengenai bajet untuk bercuti di Pulau Tioman, boleh lah cuba menginap di Berjaya Tioman Resort. 


tempah online resort best tioman island


Bilik-bilik chalet yang disediakan di sini sangat cantik & mewah. Ada yang mengadap taman & pemandangan laut, pantai. Kolam renang besar mengadap laut juga turut terdapat di sana. 


tempah online resort best tioman island


Harga yang ditawarkan dari RM675 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu mereka. 




4. 1511 Coconut Grove (★★★)


Chalet unik bertaraf 3 bintang ini terletak di Kampung Juara, Pulau Tioman. 


chalet best di Pulau Tioman


Bilik-bilik yang dikelilingi pokok-pokok kelapa dan taman yang menghijau. Terdapat juga bilik diatas tower yang mengadap laut 🏝 Bilik chalet untuk mereka yang berkeluarga juga ada disediakan. 


chalet best di Pulau Tioman


Harga yang ditawarkan bermula RM272 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu mereka. 




5. Tunamaya Beach & Spa Resort (★★★★)


Resort bertaraf 4 bintang ini terletak di Kampung Mukut, Pulau Tioman. 


chalet best di Pulau Tioman


Sangat cantik resort ini berlatar belakangkan pemandangan bukit bukau & pergunungan yang menghijau dan besar. Memang terpukau mata memandang. 

chalet best di Pulau Tioman


Korang yang gemarkan pemandangan alam semulajadi apabila bercuti di kepulauan, chalet ini memang sangat sesuai buat korang. Suasana & pemandangan sekitar yang sangat tenang dan mendamaikan. 


chalet best di Pulau Tioman


Harga yang ditawarkan serendah RM582 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan. 



6. Aman Tioman Beach Resort (★★★★)


Resort cantik bertaraf 4 bintang ini terletak di Kampung Paya, Pulau Tioman. 


chalet best di Pulau Tioman


Make sure korang membuat tempahan awal tau bagi mengelakkan masalah ketiadaan bilik yang kosong. 


chalet best di Pulau Tioman


Harga yang ditawarkan bermula RM458 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan. 




Kalau korang taknak beli pakej, korang boleh tempah terus dekat link agoda yang aku share. After dah tempah bilik, make sure tempah sekali tiket feri tau. Jangan buat-buat lupa pulak okay. 😭
0 Komen untuk "Booking Online Resort & Chalet Best Pulau Tioman"

Back To Top