23 Hotel & Resort Best di Langkawi

Kali terakhir pergi Langkawi pada tahun 2019. Sempat la melawat Kilim Geoforest Park dan beberapa tempat menarik lain di Langkawi. Paling best bila dapat menginap di salah satu resort bertaraf 5 bintang yang best di Langkawi iaitu Pelangi Beach Resort & Spa pada tahun 2017 dengan company trip. Lagi best sebab company sponsor kan. 😁


23 Hotel & Resort Best Langkawi


Bila aku buat entry hotel dan resort best di Langkawi nie, baru aku tahu rupanya banyak gila hotel dan resort yang lawa-lawa di Langkawi. Ingatkan menginap di hotel dekat negara luar rupanya di Langkawi pun kau boleh jumpa penginapan mewah gila vavi 😂 


hotel dan resort best langkawi


Aku yang poket tak berapa nak penuh nie hanya mampu telar air liur jela ye tengok hotel & resort bertaraf 5 bintang yang serba mewah di Langkawi sana. Hanya mampu check in di hotel OYO je kita haha. 


Kalau korang teringin untuk menginap di hotel dan resort yang disenaraikan di bawah, tekan je link agoda & booking.com yang aku share dekat setiap hotel okay! Mana tahu korang tengah mencari penginapan di Langkawi untuk bercuti dengan keluarga, kawan-kawan atau nak honeymoon ke kan? 


Hotel & resort di bawah boleh dijadikan rujukan korang. Harga yang aku mention ialah harga sekitar bulan Januari & Februari tau. Harga berbeza beza bergantung kepada tarikh penginapan korang. Jom kita cuci mata! 😎


1. Pelangi Beach Resort & Spa (★★★★★)


Resort mewah bertaraf 5 bintang ini terletak di Pantai Cenang. 


hotel dan resort best langkawi


Aku pernah menginap di Pelangi Beach Resort & Spa under company trip pada tahun 2017. Seriously seronok gila dapat menginap di situ tau. Almaklumlah tak pernah rasa menginap di resort mewah & lawa macam tu. 


Jakun betul sampai paip air dekat singki bilik air pun tak reti nak bukak macam mana lol haha. Kelakar pulak bila ingat balik T_T


hotel dan resort best langkawi


Ini bukti bahawa aku pernah menginap di sini okay 😆. Dapat bilik mengadap kolam pun jadilah. Kalau dapat bilik mengadap laut & pantai lagi syok gamaknya kan terus berkurung dalam bilik jela nanti haha. 


Kalau nak pergi sendiri dekat resort ini maybe tak berkemampuan lagi buat masa sekarang haha. InshaAllah soon mana tahu ada rezeki kita repeat lagi. 


Harga yang ditawarkan serendah RM783 bergantung kepada tarikh korang membuat tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat korang.  


Tempah di booking.com sekarang

Tempah di Agoda sekarang


2. Tanjung Rhu Resort (★★★★★)



hotel dan resort best langkawi


Aku pernah sukaneka di Pantai Tanjung Rhu dengan budak-budak office masa tahun 2019 yang lalu. Tapi belum pernah menginap di Tanjung Rhu Resort. Memang untung betul korang yang menginap di Tanjung Rhu Resort sebab pantainya sangat cantik. Siap ada swimming pool besar yang mengadap pantai & laut. 


hotel dan resort best langkawi



Harga yang ditawarkan serendah RM535 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan. 





3. Dayang Bay Resort (★★★★)


Resort bertaraf 4 bintang ini terletak di Kuah, Langkawi. 


hotel dan resort best langkawi


Balkoni yang disediakan disetiap bilik memberikan korang pengalaman percutian ditepi laut membiru yang bermakna bersama keluarga dan orang tersayang. Kolam renang terbuka juga turut disediakan bagi memberi kepuasan buat para pelanggannya. 


hotel dan resort best langkawi


Harga yang ditawarkan bermula RM205 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan mereka. 





4. Holiday Villa Beach Resort & Spa (★★★★)


Resort bertaraf 4 bintang ini terletak di Pantai Tengah, Langkawi. Hanya kira-kira 4km sahaja dari Pantai Cenang. 


hotel dan resort best langkawi


Setiap bilik mempunyai balkoni yang mengadap laut, taman berlandskap & kolam renang. Restoran yang beroperasi 24 jam juga terdapat di resort ini. Mempunyai pantai peribadi yang sangat cantik untuk korang membuat aktiviti pantai bersama keluarga. Kolam renang besar yang mengadap laut juga turut disediakan buat korang.


hotel dan resort best langkawi


Harga yang ditawarkan serendah RM344 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan mereka. 





5. Ombak Villa Langkawi  (★★★★)


Villa mewah bertaraf 4 bintang ini terletak di Padang Matsirat, Langkawi. 


hotel dan resort best langkawi


Vila ini bercirikan rekaan moden & ciri ciri bina tradisional Melayu. Lokasi di tepi pantai sering menjadi lokasi strategik buat mereka yang gemarkan bilik yang pemandangan laut & pantai. Juga mempunyai pantai peribadi. 


Lokasinya pula sedikit jauh dari bandar yang sibuk tapi berdekatan pula dengan airport Langkawi. Kolam renang yang besar & mengadap laut juga memberi keseronokan buat anak-anak bermandi-manda. 


hotel dan resort best langkawi


Harga yang ditawarkan serendah RM295 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu hotel. 





6. Resort World Langkawi (★★★★)


Resort mewah bertaraf 4 bintang ini terletak di Pantai Tengah, Langkawi iaitu kira-kirra 10 minit pemanduan sahaja ke Pantai Cenang. 


hotel dan resort best langkawi


Balkoni mengadap pantai & kolam renang besar dengan pemandangan kebiru-biruan lautan Langkawi memang menyejukkan mata memandang😍


hotel dan resort best langkawi



Harga yang ditawarkan bermula RM255 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan. 





7. Telaga Terrace Boutique Hotel  (★★★)


Hotel yang bertaraf 3 bintang ini terletak di Pantai Cenang. 


hotel dan resort best langkawi



Penginapan unit teres ini menyediakan bilik-bilik yang luas & perabot yang cantik. Terdapat juga bilik yang menyediakan jakuzi & beranda luar yang dilengkapi perabot untuk korang bersantai. Sesuai untuk korang yang ingin berbulan madu. Kolam renang yang  sederhana besar juga turut disediakan buat para pelanggan mereka \0/



hotel dan resort best langkawi


Harga yang ditawarkan serendah RM203 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan mereka. 





8. The Gemalai Village (★★★★)


Penginapan bertaraf 4 bintang ini terletak di Laman Padi, Pantai Cenang. 


hotel dan resort best langkawi


Bilik berkonsep rumah kayu tradisional Melayu ini sangat cantik dan pemandangan sekitar yang berlatarkar belakangkan suasana kampung, rumput menghijau & sawah padi juga sejuk betul mata memandang.


hotel dan resort best langkawi


Harga yang ditawarkan serendah RM233 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. 




9. Bon Ton Antique Wooden Villas (★★★★)


Vila best di Langkawi yang bertaraf 4 bintang ini terletak di Pantai Cenang. 


hotel dan resort best langkawi

 
Vila ini juga berkonsepkan rumah kayu tradisional Melayu. Korang jangan terkejut tau bathtub juga diperbuat daripada kayu. Memang terasa suasana kampung ditepi pantai yang dikelilingi pokok kelapa. Swimming pool juga turut disediakan buat para tetamu. 


hotel dan resort best langkawi


Harga yang ditawarkan serendah RM508 sahaja bergantung kepada tarikh korang membuat tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan mereka.  





10. Casa Del Mar (★★★★★)


Penginapan mewah bertaraf 5 bintang ini terletak di Pantai Cenang, Langkawi. 


hotel dan resort best langkawi


Bilik studio suite yang ditawarkan kepada pelanggan sangat cantik dengan pemandangan laut. Kolam renang luarannya yang mengadap pantai & laut cukup besar untuk korang berenang & bermandi manda. 


Korang yang poket tebal, yang tak kisah dengan bajet, bolehlah menginap di sini. Golongan B40 macam aku mungkin tak mampu la kot T_T


hotel dan resort best langkawi


Harga yang ditawarkan serendah RM1039 sahaja (amboi!) bergantung kepada tarikh penginapan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan. 





11. Adya Hotel (★★★★)


Hotel bertaraf 4 bintang ini terletak di Kuah, Langkawi. 


hotel dan resort best langkawi


Terdapat bilik yang mengadap laut & kawasan bandar sekitar Kuah. Bilik yang disediakan juga sehingga family suite. Sesuai untuk mereka yang bercuti bersama keluarga & anak-anak. Kolam renang terbuka & kolam renang khusus untuk kaum wanita juga turut disediakan. 


hotel dan resort best langkawi



Harga yang ditawarkan serendah RM156 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan. 





12. Ramada by Wyndham Langkawi Marina (★★★)


Hotel bertaraf 3 bintang ini terletak di Kuah, Langkawi. 


hotel dan resort best langkawi



Terdapat bilik yang mengadap laut & gunung di sebelah hotel tersebut. Hotel ini terletak kira-kira 1km sahaja dari Dataran Helang. Kolam renang bersaiz sederhana juga turut disediakan buat pelanggan mereka. 



hotel dan resort best langkawi


Harga yang ditawarkan serendah RM193 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan mereka. 😋




13. The Westin Langkawi Resort & Spa (★★★★★)


Resort best di Langkawi yang bertaraf 5 bintang ini terletak di Kuah.


hotel dan resort best dan mewah di langkawi


Hotel mewah ini mempunyai pantai peribadi dengan pemandangan yang cukup cantik. Aku rasa hotel ini merupakan antara yang termahal di Langkawi. But seriously kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel semuanya tiptop dan bertaraf 5 bintang. Kolam renang saje pun ada 4 bijik & besar bethol -.-


hotel dan resort best dan mewah di langkawi



Harga yang ditawarkan serendah RM1,582 sahaja 😱😎bergantung kepada tarikh penginapan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan. 





14. The St. Regis Langkawi (★★★★★)


Hotel mewah di Langkawi yang bertaraf 5 bintang ini terletak di Kuah. 


hotel dan resort best dan mewah di langkawi



Nampak dari depan pun dah gah betul kan? Hotel ini dikelilingi pokok & hutan menghijau. Memang sesuai buat korang yang gemarkan penginapan dengan pemandangan kehijauan yang mendamaikan sungguh. 😍


Jangan terkejut ya tengok harga dia. 😭


hotel dan resort best dan mewah di langkawi


Harga yang ditawarkan serendah RM2,240 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu mereka. 





15. Four Seasons Resort (★★★★★)

Resort yang best & mewah bertaraf 5 bintang dan terletak di Tanjung Rhu, Langkawi. 


hotel dan resort best dan mewah di langkawi


Resort ini mengadap laut & pantai yang cantik & dikelilingi hutan & pokok menghijau. Bangun pagi je dapat hirup udara segar. Macam-macam aktiviti korang boleh buat di sini. Eh, macam sayang pulak nak tinggalkan bilik nak ke tasik Dayang Bunting kalau dapat bermalam dekat sini 😂. 


Jom kita tengok berapa harga nya. 😮


hotel dan resort best dan mewah di langkawi



Harga yang ditawarkan serendah RM2,328 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu mereka. 





16. Berjaya Langkawi Resort (★★★★★)


Hotel mewah bertaraf 5 bintang ini terletak di Teluk Burau, Langkawi iaitu kira-kira 850meter sahaja dari Kereta Kabel Langkawi. 


hotel dan resort best dan mewah di langkawi


Di sini terdapat pilihan chalet yang menarik iaitu chalet di dalam hutan dan chalet di atas air. Chalet disini juga berkonsep gaya Melayu serta mempunyai balkoni peribadi. Dilengkapi dengan pelbagai hiasan perkayuan yang cantik & unik. Lawa gila kan? 😍 Bathtub dia tu ada yang mengadap laut 😭


hotel dan resort best dan mewah di langkawi


Harga yang ditawarkan serendah RM528 sahaja bergantung kepada tarikh korang membuat tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan mereka. 





17. The Danna Langkawi  (★★★★★)


Hotel bertaraf 5 bintang ini terletak di Telaga Harbour Park, Pantai Kok, Langkawi. 


hotel dan resort best dan mewah di langkawi


Terkenal dengan kolam renang infiniti & pantai peribadi yang besar dan cantik. Mempunyai balkoni peribadi pemandangan laut, pantai, dan pemandangan bukit dengan pokok yang menghijau. Hotel ini terletak kira-kira 300meter sahaja dari Skytrex Adventure Park yang terkenal di Langkawi. 


hotel dan resort best dan mewah di langkawi


Harga yang ditawarkan serendah RM1490 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan mereka. 





18. The Ritz-Carlton Langkawi (★★★★★)


Hotel mewah bertaraf 5 bintang ini terletak di Pantai Kok, Langkawi. 


hotel dan resort best dan mewah di langkawi


Terdapat bilik didepan pantai & bilik di dalam hutan dikelilingi pokok-pokok tinggi yang menghijau menjadikan suasana bilik yang redup dan sangat mendamaikan. Terdapat kolam renang besar yang mengadap pantai & juga kolam renang peribadi di beberapa vila di sana. 


Kawasan pantai peribadinya juga cukup cantik. 


hotel dan resort best dan mewah di langkawi



Harga yang ditawarkan bermula RM2,290 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan mereka. 





19. The Datai Langkawi (★★★★★)


Hotel cantik terletak di Teluk Datai, Langkawi ini bertaraf 5 bintang. 


hotel dan resort best dan mewah di langkawi



Penginapan ini dikelilingi pokok pokok yang menghijau dan kawasan pergunungan. Korang yang gemarkan alam semulajadi dan kehijauan pasti seronok menginap di sini. Tempatnya sangat mendamaikan sesuai sangat buat mereka yang ingin lari sekejap dari kesibukan kota & tekanan kerja. 



Selain kolam renang terbuka, terdapat juga kolam renang peribadi di beberapa vila di sana. 


hotel dan resort best dan mewah di langkawi



Harga yang ditawarkan bermula RM2,375 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu. 





20. The Lagoon Water Resort (★★★)


Resort bertaraf 3 bintang ini terletak di Kuala Muda, Langkawi. 


hotel dan resort best dan mewah di langkawi


Korang yang ingin merasai pengalaman menginap di resort atas air dengan bajet yang lebih murah, boleh menginap di sini. Terdapat bilik yang mempunyai pemandangan laut, gunung, pemandangan kolam renang & pemandangan taman. 


hotel dan resort best dan mewah di langkawi



Harga yang ditawarkan serendah RM445 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan korang. Bufet sarapan juga turut disediakan buat para pelanggan. 





21. Kunang-Kunang Heritage Villas (★★★)


Vila ala perkampungan tradisional yang bertaraf 3 bintang ini terletak di Mukim Kedawang, Langkawi. Iaitu kira-kira 2.6km sahaja dari Pantai Cenang.  


hotel dan resort best dan mewah di langkawi



Korang yang ingin merasai suasana kampung tradisional Melayu boleh la menginap di sini. Semuanya tampak sangat tradisional diluar dan dalam. Kalau buat photoshoot or shooting drama Melayu pun okay dekat sini kan? 😁


hotel dan resort best dan mewah di langkawi


Harga yang ditawarkan bermula RM375 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan juga turut disediakan buat para tetamu. 





22. PARKROYAL Langkawi Resort (★★★★★)


Resort mewah yang terletak di Pantai Cenang, Langkawi ini merupakan resort bertaraf 5 bintang. 


hotel dan resort best dan mewah di langkawi



Aku rasa hotel bertaraf 5 bintang ini lebih murah kot berbanding hotel-hotel 5 bintang lain yang aku mention dekat atas. Kalau ingin merasai pengalaman bercuti di hotel 5 bintang tapi bajet tak berapa nak tebal sangat, boleh cuba menginap di sini okay! 👆



hotel dan resort best dan mewah di langkawi



Resort ini menawarkan harga serendah RM699 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu. 





23. Rebak Island Resort & Marina (★★★★)


Resort mewah bertaraf 4 bintang ini terletak di Pulau Rebak, Langkawi. 


hotel dan resort best dan mewah di langkawi



Korang yang inginkan privasi ketika bercuti, boleh dijadikan Rebak Island Resort sebagai pilihan. Ini kerana resort ini terletak di sebuah pulau peribadi yang dikelilingi hutan yang menghijau. Perjalanan dari jeti Pelabuhan Cenang ke resort ini mengambil masa kira-kira 7 minit perjalanan menaiki bot.



hotel dan resort best dan mewah di langkawi


Harga yang ditawarkan bermula RM395 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan. 





24. Dash Resort Langkawi (★★★★)


Hotel mewah bertaraf 4 bintang ini terletak di Pantai Tengah iaitu kira-kira 1.9km dari Pantai Cenang. 


hotel dan resort best dan mewah di langkawi



Resort yang mengadap pantai ini mempunyai kolam renang infiniti yang besar juga mengadap pantai. Resort ini juga dikelilingi bukit & pokok menghijau sesuai untuk mereka yang tak gemar menginap di kawasan yang sesak. Pantainya juga cukup cantik. 



hotel dan resort best dan mewah di langkawi



Harga yang ditawarkan serendah RM574 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan kepada para tetamu. 





Itu sajalah antara hotel dan resort best di Langkawi yang dapat aku kongsikan buat rujukan korang. Actually hotel yang lebih murah & jimat pun banyak. Semuanya bergantung kepada bajet korang. Jangan nanti duit banyak habis dekat penginapan pastu nak jalan-jalan ke tempat tempat menarik di Langkawi dah tak cukup duit pulak 😂
0 Komen untuk "23 Hotel & Resort Best di Langkawi"

Back To Top