Lama gila tak pergi Pulau Perhentian. Last time pergi masa tahun 2015 boleh baca dekat post pengalaman di Pulau Perhentian. Tak dinafikan memang lawa sangat Pulau Perhentian. Korang kalau ada kesempatan & rezeki yang lebih, pergilah bercuti di sana. Memang cukup menenangkan lagi-lagi korang yang sukakan pantai. 😍
Tempah Online 11 Resort Best Pulau Perhentian
Aku ingat lagi masa tahun 2015 aku pergi sana. Penginapan kitorang agak tak selesa. Untuk penginapan, memang agak mengecewakan. Aku rasa chalet tu pun dah tak wujud lagi huhu. InshaAllah kalau diberi peluang, nak repeat lagi Pulau Perhentian. Nak stay dekat resort yang best sikitlah.
Ada beberapa resort best yang boleh korang try kalau ke Pulau Perhentian. Link agoda untuk tempahan setiap resort aku dah share tau. Korang just tekan je link okay. Bila korang dah siap membuat tempahan, make sure tempah sekali bot ke sana di website pulauperhentian.com atau di website besutjetty.com.
Jom kita tengok antara resort best di Pulau Perhentian yang dijadikan rujukan buat percutian korang ke Pulau Perhentian.
1. The Barat Perhentian Resort (★★★)
Resort bertaraf 3 bintang ini terletak di Perhentian Besar, Pulau Perhentian.
Ada pelbagai bilik yang disediakan seperti bilik standard, bilik dorm dan chalet untuk keluarga. Ada bilik yang pemandangan taman & pemandangan laut.
Waktu petang kita boleh santai-santai lepak dekat hammock & kerusi baring yang disediakan ditepi pantai.
Harga yang ditawarkan serendah RM225 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang.
2. Perhentian Island Resort (★★★★)
Resort ini bertaraf 3.5 bintang dah terletak di Perhentian Besar.
Tak dinafikan kecantikan pantainya memang ohsem gila 😍
Setiap bilik juga cukup selesa & mempunyai beranda. Bilik sesuai untuk mereka yang ingin bercuti bersama anak-anak. Terdapat pemandangan taman dan pemandangan laut bergantung kepada jenis & harga bilik juga.
Anak-anak mesti suka sebab ada juga disediakan kolam renang.
Harga yang ditawarkan seremdah RM378 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan tau.
3. Shari-la Island Resort (★★★)
Resort bertaraf 3 bintang ini terletak di Telur Aur, Perhentian Kecil.
Resort ini menyediakan bilik standard, bilik suite & banglo buat para tetamu. Memang sesuai buat mereka yang berkeluarga besar & membawa anak-anak bercuti. Ada bilik yang boleh memuatkan lebih dari 5 orang penghuni.
Pantainya lawa betul air kebiru biruan dan sangat jernih ya 💖
Harga yang ditawarkan serendah RM249 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu.
4. Coral View Island Resort (★★)
Resort bertaraf 2 bintang ini terletak di Pulau Perhentian Besar.
Setiap bilik mempunyai beranda. Ada bilik yang pemandangan taman & pemandangan gunung. Malah terdapat bilik family suite juga & premium pool (kolam renang peribadi) villa lagi tau. 😎
Redup je bilik dikelilingi pokok-pokok besar menghijau.
Harga yang ditawarkan serendah RM216 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu.
5. Mimpi Perhentian (★★★★)
Mimpi perhentian terletak di Pulau Perhentian Kecil.
Mimpi Perhentian merupakan antara penginapan mewah yang sering ditempah. Korang yang tak kisah tentang bajet ketika bercuti, boleh cuba menginap di sini.
Biliknya cukup mewah & selesa dan mempunyai pemandangan pantai dan laut yang begitu mendamaikan sekali.
Kolam renang terbuka yang agak besar juga ada disediakan buat para tetamu. Bilik suite premier yang cukup selesa untuk mereka yang berkeluarga juga ada disediakan.
Harga yang ditawarkan serendah RM689 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan mereka.
6. Ombak Dive Resort (★★)
Resort ini terletak di Pulau Perhentian Kecil.
Bilik yang disediakan juga ada standard dan juga family deluxe yang mempunyai pemandangan taman.
Waktu petang boleh la minum petang sambil menikmati pemandangan laut Pulau Perhentian. 😄
Harga yang ditawarkan serendah RM205 sahaja bergantung kepada tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu.
7. Bubu Resort Perhentian Island (★★★★)
Bubu Resort yang bertaraf 4 bintang ini terletak di Pulau Perhentian Kecil.
Kalau korang mempunyai bajet yang lebih, korang boleh cuba menginap di sini.
Setiap bilik dilengkapi dengan beranda. Bilik besar yang boleh memuatkan kira-kira 4 - 5 orang penghuni juga terdapat di resort ini. Ada bilik pemandangan taman berlandskap & pemandangan laut yang membiru 🌊
Harga yang ditawarkan serendah RM828 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu.
8. D Rock Garden Resort
Resort yang terletak di kaki bukit ini lokasinya di Pulau Perhentian Kecil.
Sekiranya korang mencari penginapan bajet, mungkin resort ini boleh dijadikan pilihan. Setiap bilik dilengkapi balkoni yang mengadap laut. Asyik kan?
Terdapat juga bilik deluxe suite yang boleh memuatkan kira-kira 4 -5 orang penghuni.
Harga yang ditawarkan serendah RM63 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu.
9. Alunan Resort (★★★)
Resort mewah bertaraf 3 bintang ini terletak di Pulau Perhentian Kecil.
Sekiranya korang mempunyai bajet percutian yang berlebih lebihan 💰, korang cubalah menginap di sini. Setiap bilik dilengkap beranda mengadap laut. Memang syok betul layan keindahan laut dan angin pantai kan? 🌊
Bilik quad sharing & family suite juga turut disediakan. Memang sesuai kalau nak bawa anak-anak sekali bercuti.
Cafe pun mengadap laut best betul minum petang sambil cuci mata 😂
Harga yang ditawarkan serendah RM1099 sahaja 😱 bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan.
10. Tuna Bay Island Resort (★★★)
Resort bertaraf 3 bintang ini terletak di Pulau Perhentian Besar.
Indah betul ya pemandangan pantai dan air lautnya yang jernih betul.
Setiap bilik dilengkapi dengan beranda mengadap laut.
Harga yang ditawarkan untuk penginapan di Tuna Bay Island Resort ini serendah RM298 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan mereka.
11. Cocohut Long Beach Resort
Resort ini terletak di Pulau Perhentian Kecil.
Setiap bilik dilengkapi dengan beranda.
Harga yang ditawarkan serendah RM311 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan.
Itu sajalah antara 11 resort best di Pulau Perhentian yang dapat aku share dengan korang buat masa ini. Semoga korang dapat sedikit info mengenai chalet & resort di sana untuk memudahkan pencarian penginapan yang bagus & best sepanjang percutian korang.
Selamat bercuti! 😁
0 Komen untuk "Booking Online 11 Resort Best Pulau Perhentian "