Minggu ini dua hari berturut-turut berkunjung ke IOI City Mall, Putrajaya. So, dah boleh la acah-acah review mengenai IOI City Mall kan? Semasa pembukaan IOI City Mall haritu aku tak berkesempatan ke sana. Mujur jugak pun takde orang ajak ke sana sebab katanya semasa hari pembukaan, ramai nak arwah orang. –.-
Disebabkan aku pergi weekdays selepas kerja around pukul 7.00 petang camtu, so memang tak ramai pun orang. Terus terjah KFC dekat sana. Pekerja buat kerja punyalah slow. Biasalah baru bukak kan. So, pekerja pun mesti baru nie. Nah, bila duduk dalam KFC line Celcom & Digi aku mati terus weh. Mujur bila dah keluar dari KFC, line ada. Berhantu betul KFC situ \0/
Besar gila IOI City Mall ini. Aku rasa aku baru pusing separuh kot itu hari sebab datang pun dah lewat kan. Malas nak pusing satu mall. Sempatlah lalu dekat ice-skating tu. Orang yang menonton lebih ramai daripada yang main ice-skating (termasuklah aku sekali yang menonton tapi menonton dari jauh jela lol). Amendelah korang nie. Lepasnie boleh try main ice-skating di IOI City Mall lah kita. Tak payah pergi sampai ke Sunway Pyramid semata-mata nak main ice-skating yahuu amendelah excited sangat nie padahal main ice-skating pun tak reti.
Sempat singgah di BRANDS OUTLET sebab plan asal nak datang IOI City Mall memang nak pergi BO ni pun. Butik favourite nie. BO ada buat promosi sekarang pergi la sana. Banyak baju seluar murah-murah. Sempat la sambar seluar kerja sehelai.
Disebabkan saiz badan aku XS, so aku juga sempat singgah di H&M nak beli baju kerja baru yeay. Esok pergi kerja seluar baru baju baru lol. Korang yang badan saiz XS, nak cari kemeja saiz XS boleh berkunjung ke H&M okey. Situ banyak lah kemeja saiz kita yang cantik-cantik dan harga pun berpatutan. Tapi H&M IOI City Mall ini macam tak banyak sangat pilihan baju. Ke aku yang rambang mata haha.
Korang kalau nak datang IOI City Mall shopping sakan, aku nasihatkan sediakan cash awal-awal sebab buat masa sekarang hanya ATM RHB je yang ada kat sana. Haritu terpaksa pakai duit kawan dulu sebab tak jumpa cari di mana ATM dia padahal dah tanya security & pekerja kat sana –.-
Untuk ke IOI City Mall menaiki pengangkutan awam seperti bas, korang boleh tengok gambar dibawah. Aku ambil dekat website diorang. Bas dari Putrajaya ke IOI City Mall pun ada. Nanti boleh la pergi sana naik Nadi Putra. Puas dah melepak di Alamanda Putrajaya tu. heh.
Korang yang masih blur di mana lokasi sebenar IOI City Mall, Putrajaya, boleh kaji baik-baik peta di bawah ini. Sementara parking free nie, jom ramai-ramai berkunjung shopping sakan di IOI City Mall meh. Boleh tengok orang main ice-skating.
Sumber :
http://www.ioicitymall.com.my/
https://www.facebook.com/IOICityMallPutrajaya
39 Comments
Ye idpo kedai halim&munah (h&m) ada baju size xs? Selalu pergi kedai halim&munah kat bukit bintang susah nak jumpa baju size xs. Size s pun macam size L.. T T
ReplyDeleteKau biar betul h&m Bukit Bintang tu gedabak besar dia xkan xde haha. stock habis kot. leulz
DeleteBest le ada ice skating
ReplyDeleteP la bawak anak main bro
Deleteoh hoii. den salah sorang yang pergi masa hari pembukaan. alhamdulillah tak arwah. haha :D
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat . haha
DeleteAkak tumpang gelak kat sini sat. Tadi baca ayat hafiz ' ramai nak arwah orang' tu dah gelak seround!
Deletebila kita nak skating sama ni awak...
ReplyDeleteUntuk awak bila-bila pun boleh ha gitu
Deletenak pergi jugakkkkkkkkkkkkkkk tapi jauhhhhhhhhhhh
ReplyDeleteAmende yang jauhnya Bangi dengan Putrajaya nie haha
Deleteuntunglaa,,, saya ni,, mall sedia ada kat kl tu pun tak habis jejak lagi,, sobssss
ReplyDeleteg la ajak encik tunang shopping barang kawin kat KL sana
Deletefuyoo ada skating tuew, semalam sempat lalu tak sempat singgah oleh kerana hujan terlalu lebat.. hurm..
ReplyDeleteNextime kena singgah laa
Deletefuyoo ada skating tuew, semalam sempat lalu tak sempat singgah oleh kerana hujan terlalu lebat.. hurm..
ReplyDeletewow..besarnya mall
ReplyDeleteATM tak banyak ok apa..bila putus asa x jumpa ATM nak shopping jadi malas..jimat sikit duit..haha.tingin gak g tp jauh sgt..yg Quill mall kat kl yg baru bukak nih pon lum pergi lagi..
ReplyDeleteuntung lah size xs!!!!
ReplyDeletehahaahah. Wah. Besar sangat eh hihuhi. Qila kompem tak larat jalan hahaahah!!
thanks for sharing nnt boleh lerrr gi sana wiwiwiwiw
But yes. Lots of cash is a must!
Boleh ler singgah...
ReplyDeleteblogwalking....
ReplyDeleteThanks for the review ... Boleh pergi nanti :p
ReplyDeletefollow blog cik anggur like facebook cik anggur
ReplyDeletefollow twitter cik anggur di
http://belogcikanggur.blogspot.com terima kasih
Besar ye. Berapa tingkat ni, Hafiz? Semua kedai2 dah bukak ke,..ke banyak kedai kosong...
ReplyDeletebanyak lagi kosong. entah la kak x sure berapa tingkat tapi bertingkat tingkat la jugak haha.
DeleteDekat tempat ni ngan tempat aku tapi tulah blom sempat lagi.
ReplyDeletejenuh nak explore IOI tu, sakit kaki ekekek
ReplyDeleteWah...kene pg ni smentara parking preee! Huhu
ReplyDeleteWah...kene pg ni smentara parking preee! Huhu
ReplyDeleteDah pergi haritu , kemain ramai orang. Dah macam pasar malam. T_T
ReplyDeleteWah..mcm best je..boleh gi gak nie nanti ;)
ReplyDeletekalo nk gerak dr ktm serdang,ad bas x?bas ap?bpe lame pjalanan?kalo teksi bpe tambang?spe2 yg tau..
ReplyDeleteAda shuttle bus dari KTM Serdang ke IOI City Mall. Teksi tak sure berapa RM.
DeleteSalam, haha ramai nak arwah orang ye~ ish3..H&M aku xpernah masuk..rasa mcm mahal je~ berapa rate harga baju dia ea? Kang aku masuk xcukup duit plak~ hahah
ReplyDeletenanti ada masa nak pergi ioi putrajaya jugak
ReplyDeleteni yang tepi jalan tu yer ? nampak memang besar , ternyata ianya memang besar ,, :3
ReplyDeletebest g sini..best kalo g mlm2 tak ramai org
ReplyDeleteBiasa dah dengar pasal IOI ni tapi tak sempat pergi lagi padahal.kawan kawan kolej ramai.ajak.
ReplyDeleteWah...bestnya...jom singgah
ReplyDelete