Minggu ini dua hari berturut-turut berkunjung ke IOI City Mall, Putrajaya. So, dah boleh la acah-acah review mengenai IOI City Mall kan? Semasa pembukaan IOI City Mall haritu aku tak berkesempatan ke sana. Mujur jugak pun takde orang ajak ke sana sebab katanya semasa hari pembukaan, ramai nak arwah orang. –.-
Disebabkan aku pergi weekdays selepas kerja around pukul 7.00 petang camtu, so memang tak ramai pun orang. Terus terjah KFC dekat sana. Pekerja buat kerja punyalah slow. Biasalah baru bukak kan. So, pekerja pun mesti baru nie. Nah, bila duduk dalam KFC line Celcom & Digi aku mati terus weh. Mujur bila dah keluar dari KFC, line ada. Berhantu betul KFC situ \0/
Besar gila IOI City Mall ini. Aku rasa aku baru pusing separuh kot itu hari sebab datang pun dah lewat kan. Malas nak pusing satu mall. Sempatlah lalu dekat ice-skating tu. Orang yang menonton lebih ramai daripada yang main ice-skating (termasuklah aku sekali yang menonton tapi menonton dari jauh jela lol). Amendelah korang nie. Lepasnie boleh try main ice-skating di IOI City Mall lah kita. Tak payah pergi sampai ke Sunway Pyramid semata-mata nak main ice-skating yahuu amendelah excited sangat nie padahal main ice-skating pun tak reti.
Sempat singgah di BRANDS OUTLET sebab plan asal nak datang IOI City Mall memang nak pergi BO ni pun. Butik favourite nie. BO ada buat promosi sekarang pergi la sana. Banyak baju seluar murah-murah. Sempat la sambar seluar kerja sehelai.
Disebabkan saiz badan aku XS, so aku juga sempat singgah di H&M nak beli baju kerja baru yeay. Esok pergi kerja seluar baru baju baru lol. Korang yang badan saiz XS, nak cari kemeja saiz XS boleh berkunjung ke H&M okey. Situ banyak lah kemeja saiz kita yang cantik-cantik dan harga pun berpatutan. Tapi H&M IOI City Mall ini macam tak banyak sangat pilihan baju. Ke aku yang rambang mata haha.
Korang kalau nak datang IOI City Mall shopping sakan, aku nasihatkan sediakan cash awal-awal sebab buat masa sekarang hanya ATM RHB je yang ada kat sana. Haritu terpaksa pakai duit kawan dulu sebab tak jumpa cari di mana ATM dia padahal dah tanya security & pekerja kat sana –.-
Untuk ke IOI City Mall menaiki pengangkutan awam seperti bas, korang boleh tengok gambar dibawah. Aku ambil dekat website diorang. Bas dari Putrajaya ke IOI City Mall pun ada. Nanti boleh la pergi sana naik Nadi Putra. Puas dah melepak di Alamanda Putrajaya tu. heh.
Korang yang masih blur di mana lokasi sebenar IOI City Mall, Putrajaya, boleh kaji baik-baik peta di bawah ini. Sementara parking free nie, jom ramai-ramai berkunjung shopping sakan di IOI City Mall meh. Boleh tengok orang main ice-skating.
Sumber :
http://www.ioicitymall.com.my/
https://www.facebook.com/IOICityMallPutrajaya
39 Ulasan
Ye idpo kedai halim&munah (h&m) ada baju size xs? Selalu pergi kedai halim&munah kat bukit bintang susah nak jumpa baju size xs. Size s pun macam size L.. T T
BalasPadamKau biar betul h&m Bukit Bintang tu gedabak besar dia xkan xde haha. stock habis kot. leulz
PadamBest le ada ice skating
BalasPadamP la bawak anak main bro
Padamoh hoii. den salah sorang yang pergi masa hari pembukaan. alhamdulillah tak arwah. haha :D
BalasPadamAlhamdulillah selamat . haha
PadamAkak tumpang gelak kat sini sat. Tadi baca ayat hafiz ' ramai nak arwah orang' tu dah gelak seround!
Padambila kita nak skating sama ni awak...
BalasPadamUntuk awak bila-bila pun boleh ha gitu
Padamnak pergi jugakkkkkkkkkkkkkkk tapi jauhhhhhhhhhhh
BalasPadamAmende yang jauhnya Bangi dengan Putrajaya nie haha
Padamuntunglaa,,, saya ni,, mall sedia ada kat kl tu pun tak habis jejak lagi,, sobssss
BalasPadamg la ajak encik tunang shopping barang kawin kat KL sana
Padamfuyoo ada skating tuew, semalam sempat lalu tak sempat singgah oleh kerana hujan terlalu lebat.. hurm..
BalasPadamNextime kena singgah laa
Padamfuyoo ada skating tuew, semalam sempat lalu tak sempat singgah oleh kerana hujan terlalu lebat.. hurm..
BalasPadamwow..besarnya mall
BalasPadamATM tak banyak ok apa..bila putus asa x jumpa ATM nak shopping jadi malas..jimat sikit duit..haha.tingin gak g tp jauh sgt..yg Quill mall kat kl yg baru bukak nih pon lum pergi lagi..
BalasPadamuntung lah size xs!!!!
BalasPadamhahaahah. Wah. Besar sangat eh hihuhi. Qila kompem tak larat jalan hahaahah!!
thanks for sharing nnt boleh lerrr gi sana wiwiwiwiw
But yes. Lots of cash is a must!
Boleh ler singgah...
BalasPadamblogwalking....
BalasPadamThanks for the review ... Boleh pergi nanti :p
BalasPadamfollow blog cik anggur like facebook cik anggur
BalasPadamfollow twitter cik anggur di
http://belogcikanggur.blogspot.com terima kasih
Besar ye. Berapa tingkat ni, Hafiz? Semua kedai2 dah bukak ke,..ke banyak kedai kosong...
BalasPadambanyak lagi kosong. entah la kak x sure berapa tingkat tapi bertingkat tingkat la jugak haha.
PadamDekat tempat ni ngan tempat aku tapi tulah blom sempat lagi.
BalasPadamjenuh nak explore IOI tu, sakit kaki ekekek
BalasPadamWah...kene pg ni smentara parking preee! Huhu
BalasPadamWah...kene pg ni smentara parking preee! Huhu
BalasPadamDah pergi haritu , kemain ramai orang. Dah macam pasar malam. T_T
BalasPadamWah..mcm best je..boleh gi gak nie nanti ;)
BalasPadamkalo nk gerak dr ktm serdang,ad bas x?bas ap?bpe lame pjalanan?kalo teksi bpe tambang?spe2 yg tau..
BalasPadamAda shuttle bus dari KTM Serdang ke IOI City Mall. Teksi tak sure berapa RM.
PadamSalam, haha ramai nak arwah orang ye~ ish3..H&M aku xpernah masuk..rasa mcm mahal je~ berapa rate harga baju dia ea? Kang aku masuk xcukup duit plak~ hahah
BalasPadamnanti ada masa nak pergi ioi putrajaya jugak
BalasPadamni yang tepi jalan tu yer ? nampak memang besar , ternyata ianya memang besar ,, :3
BalasPadambest g sini..best kalo g mlm2 tak ramai org
BalasPadamBiasa dah dengar pasal IOI ni tapi tak sempat pergi lagi padahal.kawan kawan kolej ramai.ajak.
BalasPadamWah...bestnya...jom singgah
BalasPadam