8 Hotel & Penginapan Menarik Sekitar Perlis

Perkongsian kali ini mengenai hotel & penginapan yang menarik sekitar Perlis. Sekiranya korang merancang percutian sekitar Perlis, bolehlah jadikan perkongsian ini sebagai rujukan dalam membuat tempahan sepanjang menginap di sana okay! 

8 Hotel Menarik Sekitar Perlis 


Untuk membuat tempahan hotel dibawah, korang boleh tekan link agoda atau booking.com yang aku dah share disetiap hotel okay. Harga yang dipaparkan ialah harga pada permulaan Oktober. Harga juga sering berubah-ubah mengikut tarikh dan mungkin lebih tinggi pada musim percutian atau perayaan.


Untuk memudahkan dan melancarkan percutian korang, aku sarankan korang membuat tempahan seawal mungkin berbanding korang walk-in di hotel bagi mengelakkan bilik penuh.

1. The Putra Regency Hotel 

hotel regency best di perlis


Hotel ini terletak di Pusat Bandar Kangar. Terdapat banyak kemudahan disekitar hotel seperti bank, pusat membeli belah, kedai serbaneka dan banyak lagi. Tarikan di hotel pula termasuklah kolam renang luaran yang besar, dan restoran. 

Harga yang ditawarkan serendah RM158 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu. 




2. Hotel Seri Malaysia Kangar


hotel seri malaysia di perlis


Hotel ini terletak kira-kira 2km sahaja dari Pusat Bandar Kangar. Antara kemudahan sekitar hotel ialah Giant Supermarket, bank, farmasi, dan hospital. Tarikan di hotel pula termasuklah restoran dan kolam renang yang besar. 

Harga yang ditawarkan serendah RM127 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan.




3. Putra Brasmana Hotel

hotel brasmana perlis best hotel perlis


Kemudahan yang terdapat di sekitar hotel ialah bersebelah dengan Terminal Bas Kuala Perlis serta Terminal Feri Kuala Perlis. Memang sangat sesuai buat mereka yang merancang untuk ke Terminal Bas atau Feri. Kemudahan lain termasuklah kedai serbakena, dan kemudahan bank. Tarikan di hotel pula ialah kafe, restoran. 

Harga yang ditawarkan serendah RM129 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan.




4. The Zuley Heritage Hotel

zuley heritage hotel best di perlis


Hotel ini hanya terletak kira-kira 200m sahaja dari Terminal Bas dan Feri Kuala Perlis. Memang sangat sesuai buat korang yang merancang untuk menginap di sekitar terminal. Harga yang ditawarkan serendah RM110 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 




5. T Hotel Kuala Perlis

t hotel best di perlis best hotel perlis


Hotel ini terletak kira-kira 2km sahaja dari Terminal Bas dan Feri Kuala Perlis. Harga yang ditawarkan hotel ini serendah RM96 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 




6. Ants Hotel

ants hotel menarik sekitar kangar perlis


Hotel ini terletak sekitar 1.5km sahaja dari Pusat Bandar Kangar. Antara tarikan di hotel ini termasuklah kemudahan kafe yang disediakan. Harga hotel juga berpatutan. Harga yang ditawarkan serendah RM98 sahaja tau bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 




7. Dview Hotel 

dview hotel best di kuala perlis


Hotel ini terletak sekitar 1km sahaja dari Terminal Bas dan 1.3km dari Terminal Feri Kuala Perlis. Antara kemudahan berdekatan hotel termasuklah kemudah bank, klinik, dan pengangkutan awam. Harga yang ditawarkan serendah RM110 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. 


7. ALL In Hotel 

ALL in hotel best di kangar perlis


Hotel ini terletak kira-kira 4km dari Pusat Bandar Kangar, Perlis. Harga yang ditawarkan oleh hotel ini serendah RM142 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan dibuat.



8. Federal Hotel 



Hotel ini terletak di Pusat Bandar kangar, Perlis. Kalau dari Hospital Tuanku Fauziah, hanya sekitar 1km sahaja. Harga yang ditawarkan di hotel ini ialah serendah RM110 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 



Itu sajalah perkongsian mengenai 8 hotel dan penginapan yang menarik sekitar Perlis yang boleh dijadikan rujukan buat korang. Rancanglah percutian korang sebaiknya mengikut kemampuan tau. 


Selamat bercuti guys! 
0 Komen untuk "8 Hotel & Penginapan Menarik Sekitar Perlis "

Back To Top