12 Hotel & Penginapan Menarik sekitar Alor Setar, Kedah

Perkongsian kali ini mengenai hotel dan penginapan yang menarik sekitar Alor Setar, Kedah. Korang yang merancang percutian ke Alor Setar bolehlah jadikan perkongsian ini sebagai rujukan untuk menempah hotel dan penginapan di sana okay. 


12 Hotel & Penginapan Best di Alor Setar, Kedah


Sekiranya korang ingin menempah hotel dan penginapan yang disenaraikan dibawah, korang boleh tekan link agoda atau link booking.com yang aku kongsikan disetiap hotel okay. Harga yang disertakan mungkin berbeza mengikut tarikh dan jenis bilik. So rancanglah percutian korang sebaiknya. 


Kalau korang nak walk-in, of course boleh tapi kalau musim percutian atau perayaan, peluang korang untuk mendapatkan hotel dan bilik yang selesa mungkin kurang. So better membuat tempahan online terlebih dahulu di agoda atau booking.com bagi melancarkan percutian korang okay! 

1. Hotel Royale Signature 


hotel best kedah


Hotel ini terletak di pusat Bandar Alor Setar. Memang sesuai untuk korang yang ingin merasai pengalaman menginap di bandar Alor Setar. Terdapal pelbagai tarikan sekitar hotel seperti Aeon Mall, Menara Alor Setar, Muzium Padi dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan juga berpatutan iaitu serendah RM161 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. 

Tempah di agoda sekarang


2. The Jerai Hill Resort

jerai hill resort best kedah


Resort cantik ini terletak di puncak Gunung Jerai. Memang sangat cantik pemandangannya yang sekitar 1200meter dari paras laut. Pelbagai tarikan yang terdapat di sini termasuklah kafe, restoran, spa, swimming pool, karaoke dan banyak lain aktiviti best yang boleh dilakukan di sini. Harga yang ditawarkan serendah RM284 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. Sarapan pagi juga turut disediakan. 

Tempah di Agoda sekarang


3. Grand Alora Hotel



Hotel ini terletak kira-kira 3km sahaja dari Aman Sentral. Antara tarikan yang terdapat di hotel ini ialah menyediakan kafe, restoran, swimming pool, gym dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan pula serendah RM195 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan mereka. 

Tempah di agoda sekarang


4. The Jerai Hotel Alor Setar



Hotel ini terletak sekitar 800m sahaja dari Aman Sentral dan berdekatan tarikan tarikan lain seperti Muzium Diraja, Menara Alor Setar dan Masjid Zahir. Harga yang ditawarkan juga berpatutan iaitu serendah RM162 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. Sarapan pagi juga turut disediakan. 





5. Hotel Grand Crystal 



Hotel ini terletak kira-kira 400m sahaja dari Muzium Padi dan beberapa tarikan lain disekitarnya seperti Masjid Zahir, Menara Alor Setar, Kompleks Pekan Rabu dan sebagainya. Harga yang ditawarkan serendah RM129 sahaja tau bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan. 




6. Raia Hotel Convention Centre 

raia hotel best di alor setar


Hotel mewah ini terletak kira-kira 3km sahaja dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Banyak tarikan yang terdapat di sini seperti spa, gim, sauna, kafe, restoran, dan swimming pool yang besar. Harga yang ditawarkan serendah RM189 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Hotel ini juga menyediakan sarapan. 



7. Starcity Hotel



Hotel ini mempunyai lokasi yang menarik iaitu dipusat bandar Alor Setar. Terdapat pelbagai tarikan disekitar hotel seperti Aman Sentral (sekitar 300m), Muzium Padi (sekitar 100m) dan Menara Alor Setar (sekitar 500m). Harga yang ditawarkan pula serendah RM155 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan juga turut disediakan. 




8. Fuller Hotel Alor Setar



Hotel ini juga mempunyai lokasi yang strategik iaitu berada di pusat bandar Alor Setar dan memang dekat dengan tarikan tarikan di Alor Setar seperti Muzium Padi, Aman Sentral, dan Menara Alor Setar. Harga yang ditawarkan pula serendah RM125 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 




9. Hotel Seri Malaysia 



Hotel ini terletak bersebelahan Stadium Darul Aman dan kira-kira 500m sahaja dari Muzium Negeri Kedah. Harga yang ditawarkan pula serendah RM123 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan. 




10. Frazel Heritage Hotel


Hotel yang sangat cantik ini terletak ditengah Bandar Alor Setar Kedah. Antara tarikan sekitar hotel termasuklah Muzium Diraja, Muzium Padi, Menara Alor Setar. Harga yang ditawarkan serendah RM170 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 




11. The Leverage Business Hotel (Bandar Baru Mergong)



Hotel ini terletak kira-kira 2km sahaja dari Pusat Bandar Alor Setar. Menawarkan harga yang murah dan mampu milik iaitu serendah RM69 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 




12. Hotel Bustani Jitra


Hotel ini terletak di daerah Jitra. Jarak hotel ini ke Pusat Bandar Alor Setar kira-kira sekitar 18km sahaja. Antara tarikan yang terkenal di hotel ini ialah swimming pool dan mini waterpark. Harga yang ditawarkan juga murah iaitu serendah RM89 sahaja tau bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Malah sarapan pagi juga turut disediakan. 



Itu sajalah antara hotel dan penginapan menarik sekitar Alor Setar, Kedah yang dapat aku kongsikan pada kali ini. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi gambaran dekat korang tentang hotel-hotel dan penginapan yang boleh melengkapkan percutian korang bersama yang tersayang. 


Selamat bercuti guys! 
0 Komen untuk "12 Hotel & Penginapan Menarik sekitar Alor Setar, Kedah "

Back To Top