Jom kita tengok hotel & penginapan best di Ipoh Perak. Kalau korang merancang percutian ke Perak terutamanya sekitar Ipoh, bolehlah jadikan perkongsian ini sebagai rujukan korang. Rupanya banyak betul hotel-hotel dan penginapan best dekat Ipoh ya. 😍
Baca Juga : 10 Hotel Murah Ipoh Perak
15 Hotel & Penginapan Best di Ipoh
Kalau korang berminat untuk menempah hotel, just tekan link biru yang aku share dekat setiap hotel okay. Ada link booking.com & agoda. Terpulang lah korang nak tempah dekat mana okay. Harga pun tak sama depends on tarikh tempahan juga. Harga yang aku letak itu harga pada awal dan pertengahan Jun 2023 tau.
1. Tower Regency Hotel & Apartment
Hotel ini terletak kira-kira 400meter sahaja dari Dataran Ipoh. Sekiranya korang teringin untuk menginap di sini, disarankan agar membuat tempahan lebih awal untuk mengelakkan bilik penuh terutama pada musim cuti sekolah. Kolam renang dengan pemandangan sekitar bandar Ipoh juga terdapat di hotel ini.
Harga yang ditawarkan serendah RM155 sahaja tau. Sarapan pagi juga turut disediakan. Harga hotel pula bergantung kepada jenis bilik & tarikh tempahan korang.
2. Kinta Riverfront Hotel & Suites
Hotel ini sesuai untuk mereka yang bercuti bersama anak-anak yang ramai. Ada pelbagai bilik yang disediakan termasuklah bilik jenis apartment 2 bilik & apartment 3 bilik yang boleh memuatkan kira-kira 9 penghuni pada satu masa. Kolam renang juga turut disediakan.
Harga yang ditawarkan serendah RM190 sahaja bergantung kepada jenis bilik & tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan.
3. Regalodge Hotel
Hotel ini terletak kira-kira 500meter sahaja dari Ipoh Parade & sekitar 8km sahaja dari Lost World Tambun. Terdapat bilik standard & family suite yang boleh memuatkan kira-kira 4 penghuni pada satu masa.
Harga bilik serendah RM118 sahaja dan ada menyediakan sarapan pagi buat mereka yang berminat. Harga bergantung kepada jenis bilik & tarikh tempahan.
4. Seemsoon Hotel
Hotel ini terletak kira-kira 1.5km sahaja dari Ipoh Railway Station. Pastikan korang membuat tempahan awal tau terutama di musim cuti sekolah sebabnya hotel ini sentiasa penuh dan sering mendapat permintaan yang tinggi.
Harga yang ditawarkan serendah RM103 sahaja tau bergantung kepada jenis bilik & tarikh tempahan.
5. Hotel Seri Malaysia
Hotel ini terletak kira-kira 7.5km sahaja dari Lost World of Tambun. Terdapat juga family room yang boleh memuatkan kira-kira 5 penghuni pada satu masa. Sesuai buat percutian keluarga kecil. Swimming pool juga turut disediakan.
Harga yang ditawarkan serendah RM132 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat mereka yang berminat.
6. Impiana Hotel
Hotel best seterusnya ialah Impiana Hotel yang terletak kira-kira 4km sahaja dari Bandar Ipoh. Terdapat kolam renang yang cantik dan juga pusat kecergasan buat para pelanggannya. Hotel ini dikelilingi bukit batu kapur dan terdapat juga bilik yang mempunyai pemandangan pergunungan yang menghijau.
Harga yang ditawarkan serendah RM158 sahaja dan sarapan pagi juga turut disediakan. Harga bergantung kepada jenis bilik & tarikh tempahan.
7. Travelodge Ipoh
Hotel bertaraf 4 bintang ini terletak kira-kira 1.5km sahaja dari Ipoh Parade. Hotel ini turut menyediakan pusat kecergasan & kolam renang buat para pelanggan mereka. Terdapat juga bilik family yang boleh memuatkan kira-kira 5 orang pada satu masa.
Harga yang ditawarkan serendah RM199 sahaja. Sarapan juga turut disediakan buat para pelanggan mereka.
8. M Roof Hotel & Residences
Hotel bertaraf 4 bintang ini terletak kira-kira 6km sahaja dari Lost World of Tambun. Terdapat juga bilik jenis apartment studio 2 bilik dan apartment 3 bilik. Kena tempah awal tau kalau tak memang sentiasa penuh je especially musim cuti persekolahan.
Harga yang ditawarkan serendah RM190 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan & jenis bilik yang ditempah. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu yang berminat.
9. M Boutique Hotel
Hiasan dalaman dan dekorasi hotel ini sangat cantik & teratur. Terdapat juga bilik kecil dengan katil single dan tidak mempunyai tingkap yang boleh didiami oleh seorang penghuni sahaja.
Harga yang ditawarkan serendah RM136 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan.
10. WEIL Hotel
Hotel mewah bertaraf 5 bintang ini terletak kira-kira 100meter sahaja dari Ipoh Parade Shopping Centre.
Hotel ini mempunyai infiniti pool yang cukup besar dengan pemandangan luas sekitar bandar Ipoh & pemandangan bukit bukau dari kejauhan. Memang puas hati la berendam dalam kolam renang nie kan😍 Bilik-bilik sangat cantik & mewah dengan pemandangan bandar Ipoh.
Harga yang ditawarkan serendah RM345 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan & jenis bilik yang ditempah. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para tetamu.
11. The Haven All Suite Resort
Penginapan bertaraf 5 bintang di Ipoh ini terletak kira-kira 2.5km sahaja dari Lost World of Tambun. Kolam renang luaran yang sangat besar, bilik pula mengadap pergunungan & tasik. Memang sangat cantik pemandangannya. 😍 Ada suite biasa, suite 2 bilik sehingga suite 3 bilik yang boleh memuatkan 7 penghuni pada satu masa.
Harga yang ditawarkan serendah RM469 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. Sarapan pagi juga turut disediakan.
12. Xscape Tambun
Korang yang pencinta alam, inginkan penginapan dengan pemandangan kehijauan & pergunungan, ditepi bukit bukau, ada bunyi air sungai mengalir, bolehlah menginap di sini. Pemandangannya memang sangat cantik & jauh dari bunyi kesibukan kota.
Harga yang ditawarkan serendah RM139 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan & jenis bilik yang ditempah. Sarapan pagi juga turut disediakan.
13. Sunway Lost World Hotel
Penginapan ini terletak di Tambun dan mempunyai akses terus ke Lost World of Tambun & Lost World Hot Springs. Korang sekeluarga boleh explore sepuasnya Lost World of Tambun. Pemandangan pula memang cantik dikelilingi bukit batu kapur & kehijauan pergunungan serta tasik. 😎
Harga yang ditawarkan serendah RM272 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan & jenis bilik. Sarapan pagi juga turut disediakan.
14. Ipoh Bali Hotel
Ingin merasai pengalaman penginapan konsep Bali? Boleh cuba menginap di sini tau. Mesti rasa tak nak balik nanti hehe. Make sure tempah seawal mungkin tau terutama pada musim percutian sebab bilik sentiasa laku keras.
Harga yang ditawarkan serendah RM276 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. Sarapan pagi juga turut disediakan.
15. EFM Greenland Ipoh
Penginapan ini sangat mendamaikan. Dikelilingi taman dan pokok menghijau, pemandangan pergunungan dan bukit bukau yang menghijau memang cantik sangat. Ada swimming pool & ada juga kolam renang peribadi di bilik jenis villa.
Harga yang ditawarkan serendah RM158 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan & jenis bilik yang ditempah.
Ini sahajalah antara 15 hotel & penginapan best di Ipoh, Perak yang dapat aku kongsikan pada kali ini. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menjadi rujukan untuk korang menempah penginapan ketika bercuti korang ke Ipoh.
Selamat bercuti guys!
0 Komen untuk "15 Hotel & Penginapan Best di Ipoh Perak "