Kepada anda diluar sana yang belum baca lagi part satu entri ini sila baca dulu ok. Hari ke-2 kami di Pulau Bidong sangat ohsem. Ada aktiviti memancing di laut dalam dan aktiviti jungle trekking dan lawatan ke tapak penempatan warga Vietnam yang pernah menetap di situ beberapa tahun lalu.
Seriously aku baru tahu Pulau Bidong mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pulau Bidong pernah menjadi penempatan warga Vietnam.Sampai sekarang ada lagi peninggalan mereka macam kubur, tapak bangunan dan patung.
Aku nak tahu tak masa aktiviti memancing tu aku mabuk laut. haha gelakkan diri sendiri. Sah-sah la ikan pun tak dapat. Firstime aku join aktiviti macamnie beb. Mula-mula memang ilek-ilek lagi memancing dengan seronok sekali. Then mula la aku rasa pening dan loya. Nak muntah pun ada. Aku bagi pancing aku dekat orang lain. Aku baring terus atas kapal. kahkah. =p
Tengok gambar kat atas seronok Amir dapat ikan. Sekali dapat bukan seekor tapi dua ekor kau. Aku paling kagum dengan Aslina la sebab dia dapat ikan kemain banyak. Ada la dalam 5 ekor kalau tak salah kan Aslina ? Aku tak tahu la Aslina tu pakai umpan apa. Papepun, aktiviti memancing akan jadi lagi seronok kalau aku tak mabuk laut then dapat ikan 10 ekor. heh.
Lepas dapat ikan 15 ekor, masa memancing pun dah tamat. Kitorang dibawa ke melawat tapak peninggalan warga Vietnam yang pernah menetap di Pulau Bidong berpuluh-puluh tahun yang lepas. Masa tu aku belum lagi dilahirkan. Kau nak tahu cerita disebalik penempatan warga Vietnam nie kau tanya Amir. Story yang dia buat pasal Penempatan Vietnam masuk paper haritu. Kemain eksaited lagi dia.
Hutan belakang kitorang itulah tapak penempatan warga Vietnam. Korang nampak tak mercu tanda tinggi belakang kitorang tu yang sebelah kanan ? Haa, itulah antara binaan diorang yang masih teguh sehingga sekarang.
Aku ada bergambar dekat situ tapi Amir tak kasi pun gambar tu dekat aku. Biasalah aku pakai kamera ehsan orang je. Takde kamera sendiri. Kakak paling kanan dalam gambar diatas merupakan kakak angkat Aslina dan Amir. Cantik angat kakak angkat korang. aherher.
Kalau korang nak tahu, pasir dekat gambar bawah nie halus gila. Semangat aku turun bawah semata-mata nak pergi sentuh pasir halus itu. Pantai dia pun sangat CANTIK. Air jernih bukan main lagi. ALLAHUAKHBAR ! Dapat snorkeling sini memang best nie. aha.
Jungle trekking kat Pulau Bidong nie boleh tahan letih dia. Tempat kitorang berhenti masa jungle trekking yang ada pokok menjalar besar macam buai tu sangat unik. Aslina dengan Amir siap bergambar lagi situ. Tapi gambar tu takde. Sedeh kan. Semua gambar takde nak tunjuk dekat korang. Pasnie kalau nak pergi program wajib bawak kamera sendiri. =p
Bersama geng media prima Kuala Lumpur dan Bernama Kuala Lumpur sebelum berangkat pulang ke jeti Marang. Korang sangat sporting. Kenal 2 hari pun dah boleh bergurau macam kenal 2 tahun tau. Siap janji nak belanja aku lagi tu kalau aku pergi Kuala Lumpur kan Raffi. Harap Raffi baca blog aku lol. Biasalah sporting. Nama pun orang media kan. =p
Harap tahun depan boleh join lagi program nie. Dengar kata setiap tahun diadakan program camnie dekat Pulau Bidong sana. Terima kasih urusetia program yang cantik kacak bergaya tu sebab incharge kitorang sepanjang program.
Aslina suka sangat dengan abang urusetia yang pakai t-shirt 7 dalam gambar bawah ini. Kan Aslina ? Haha. Tahniah buat Nik yang dah habis praktikal di Bernama. Semoga cepat-cepat dapat kerja. Panjang umur kita jumpa lagi.
24 Komen untuk "Program Survival Laut dan Penghayatan Warisan Edisi Media di Pulau Bidong Part II"
bestnya weh!! laut dia pun sgt cntik..ak dh lah xpernah smpai lg area sna punya laut..haha
bestnya beraktiviti! gambar pun cantik! :) btw awk, mya ada buat segment. jum a join :)) http://sweettedy.blogspot.com.au/2013/06/segment-winter-blogwalking-by-mya.html
cantik giler ok pantai tuuuu
JELESNYEEEEEE MAKKKKK
NEX YER BARU KESEMPATAN NK G MABUL ISLAND WEHUUUU
Cantiknya laut..huhuhu,bila nak pi laut lagi ni? Mood ke laut adala...
terpikat dengan pemandangan laut tu =) seronok tgk..
perghhh seronok giler..
aku dah lama teringin nak pegi pulau2, pastu feeling2 tersadai kat pulau tu dengan awek (setakat pulau langkawi apa barang, tak best haha)
ko kena beli satu kamera compact ah murah je pun rm400 dah dapat dah..
peh, memang syiok habis. gua dah jeles dah ni. hahaha
Tingginya imaginasi kau Dean ! haha =p
laut mmg selalu pergi. pulau yg jarang pergi haha =p
Nak ikot hehe =p
teringat masa gua berkayak ke laut dulu-dulu.
wahhh.. bestnye tengok pantai yg bersih tuuu.. klu lea dapat gi situuu
perghh..cantiknya pantai..air kaler biru lagi..berjam2 mandi pun tak kisah.hahah
mabuk laut tu yg tak dpt ikan . :D
pesal cantik sgt pantai tu, birunya lah air, macam nak masuk dalam laptop ni masuk terus dalam gambar tu
wuuuu .. teringin nak sentuh pasir diaaa ...haha
wuu.. komen lagi. muka awak ni ada iras-iras fiq mentor . haha .. to me lahh .. ada sikit .
really ? tak hensem nya saya.. haha.. Thanks :")
Salam,Makkkk aiiiihhh...jernihny air laut tuuuuu, mmg cntik ciptaan Allah, kagum tgk, rase nk pergi sana jugak, haha...serius mmg cun pantai tu ! :D
Best la korang dpt prgi si2.. x ajak pon aku..
hurm.........
Klu ad aktiviti kau ajak la aku erk...ary 2 aku x sihat..demam.. :-P
Hafiz hafizol...sye nk ikot boleh....tak..sye bosan
La duk at umah...2...hihi..
Kalau ad lg kem cam nie boleh tak sye .nk join..skali hihi..klu ad rezeki.boleh la sy ikot op.. :-)
cantiknye best dapat tenangkn fikiran pegi pantai