Assalamualaikum guys.
Lamanya tak update blog sampai dah tak reti macam mana nak start nie hihi. By the way rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru untuk korang semua. Semoga tahun 2018 ini membawa kebahagiaan dan keredhaan-Nya. InshaAllah. Apa daa Apijol nie dah masuk February 2018 baru nak wish tahun baru –.-
Entri pertama untuk 2018, aku nak throwback balik cerita kitorang jalan-jalan di tempat menarik area Kedah & Perlis pada hujung tahun lepas. Maybe lepasnie akan ada lagi entry throwback 2017 memandangkan tahun lepas memang bersawang betul blog nie. Tak sampai 50 entry lah yang aku post. So harapan untuk tahun ini semoga rajin-rajinlah update blog at least 10 entry/month ke kan? (cepat ameen-kan ramai-ramai –.-)
Tempat Menarik Kedah dan Perlis
Tahun lepas, aku berpeluang ke Kedah 2 kali. 1st masa majlis tunang Ammar & Mina. Then 2nd time masa majlis kahwin diorang. Diorang nie officemate aku. Dengan Ammar tu aku memang rapat sampaikan bila dia balik kerja lambat pun mak dia whatsapp aku tanya anak dia.
Geng mengular pergi hisap rokok sekali, geng lunch, geng lepak mamak lepas balik kerja, geng main badminton, geng susah senang sama-sama, banyak lah kenangan dengan si Ammar nie.
Around bulan 10 macam tu dia dapat kerja dekat Petronas. Sedih gak lah sebab dia officemate yang paling aku rapat and at the same time, tumpang gembira dengan rezeki dia di Petronas. But nvmind lah. Everyone who’s in your life are meant to be in your journey, but not all of them are meant to stay till the end. Chewahhh.
Ini masa majlis kahwin Ammar & Mina dekat Hotel Bustani. Buat Ammar & Mina, selamat menjalani kehidupan berumahtangga, semoga sentiasa bahagia dan dikurniakan cahaya mata yang soleh & solehah. Ameen. =D
Alang-alang kami sampai di Utara, kami pun sempat la singgah ke tempat-tempat menarik di Kedah dan Perlis.
Kolam Air Panas Ulu Legong
Kami sampai di Kolam Air Panas Ulu Legong ni tengah malam. Dah booked homestay siap-siap sebab after berendam dalam kolam air panas, memang nak berehat dulu di homestay yang berdekatan sampai tengahari besok. Memang banyak homestay area situ. Harga pun berpatutan. Korang google je okay.
Tengah malam pun ramai pengunjung dekat sini tau. Kebetulan malam tu juga hujan renyai-renyai sekejap lebat. Memang syok lah berendam. Ada peringkat kepanasan air bagi setiap kolam. Korang pilih la nak mandi dekat mana. Hampir 3 jam juga kami duk lepak berendam dekat sana woi!
Railway Lama Kampung Pegawai
Punyalah payah nak cari railway lama dekat Kampung Pegawai nie. Google punya google, then tanya penduduk setempat akhirnya jumpa juga. Takdelah besar benor railway-nya. Boleh lah sekadar nak bergambar kenang-kenangan or buat outdoor photoshoot ke dekat sini.
Ditepi railway ada laluan kecil untuk penunggang motosikal. Korang just boleh bergambar dekat laluan tu jela. Tak boleh masuk dalam sebab anda mungkin diperhatikan. Kami dah try nak masuk tapi once masuk je terus ada abang motosikal entah dari mana datang melarang kami masuk. Mungkin depa abang kawasan dekat situ yang prihatin dengan kami takut apa-apa terjadi sebab bawah tu ada sungai kan.
Marina, Kuala Kedah
Korang yang suka pergi pantai, jangan lupa singgah di pantai area Kuala Kedah. Boleh bergambar di Marina, Kuala Kedah. Cantik and unik sangat bangunan Marina.
Pantainya takdelah secantik pantai di Pantai Timur, but untuk merasa angin pantai and lepak-lepak area situ boleh lah.
After bergambar, sempat singgah dekat kedai tepi jalan berdekatan situ. Boleh tahan jugak bihun sup dengan laksa dia. Makan bihun sup sambil menikmati angin pantai sepoi-sepoi bahasa. Syok wooo!
Gunung Keriang
Buat kaki hiking or yang gemarkan aktiviti lasak, korang bolehlah hiking di Gunung Keriang. Actually kitorang takdelah hiking sampai ke puncak gunung pun. Just hiking sampai ke pondok atas sana melalui anak-anak tangga yang disediakan. Lebih kurang 10 minit macam tu dah sampai. Kalau yang real punya laluan hiking, maybe dalam sejam baru sampai kot.
Ini pemandangan dari pondok di Gunung keriang. Dalam 10 minit hiking melalui anak tangga pun dah berjaya sampai sini. Okay la kan nampak lah juga pemandangan sawah padi menghijau.
Pekan Rabu
Kalau nak beli ole-ole dari Kedah, korang boleh beli di Pekan Rabu. Banyak sangat produk makanan tempatan yang dijual di sini. Antaranya bahulu, dodol, ikan pekasam, and produk popular Thailand macam Megi Serda (sedap gak megi nie), pes tomyam etc.
Mee Sham Roti Doll
Selain jalan-jalan di tempat menarik sekitar Kedah, kami juga berpeluang terjah di tempat-tempat makan yang popular di Kedah. Antaranya Mee Sham Roti Doll nie haaa.
But takde rezeki nak try roti doll sebab kitorang pergi dah tengahari. Kalau nak try roti doll kena datang pagi. Rojak mee dia memang terbaik!
Laksa Teluk Kechai
Laksa Teluk Kechai pun memang agak popular di Kedah. Kedai paling famous dekat Zakaria Laksa Teluk Kechai. Customer dia memang agak ramai. Mujur ada meja kosong. \0/
Penggemar laksa wajib try okay. Kami siap tapau bawak balik Putrajaya lagi sebab ada orang kirim. Hebat betul penangan laksa teluk kechai nie.
Itulah sedikit sebanyak tempat menarik di Kedah yang sempat kami singgah pada tahun lepas. Alang-alang dekat Kedah, lajak teruslah ke Perlis. Jom kita tengok pula apa yang menarik di Perlis. =D
Lokasi Penggambaran Klip Video Kisah Hati
Kalau korang peminat Alyah & ada tengok klip video Kisah Hati, mesti korang perasan dalam klip video tu lokasi penggambarannya di Perlis. So, kitorang sempat lah singgah di salah satu lokasi penggambaran klip video itu iaitulah di dalam pokok buluh.
Takdelah besar sangat kawasan pokok buluh nie tapi bila masuk dalam agak lawa jugak ah. Sesuai untuk korang yang nak buat outdoor photoshoot ke apa kan. Masa kitorang nak blah pun ada 1 group anak muda yang datang bergambar di sini. Famous gak ah pokok buluh nie ye.
Gua Kelam
Ini second time aku ke Gua Kelam. Kali pertama masa zaman belajar dulu ada program jelajah universiti di Utara. Masa tu gua ditutup sebab tengah renovate. So, tak berpeluang menjelajah Gua Kelam. But kali ini Alhamdulillah merasalah masuk Gua Kelam.
Korang tak payah risau tentang keselamatan di dalam Gua Kelam sebab depa dah buat laluan inshaAllah selamat pergi dan balik. Once masuk, jalan je tau sampai penghujung gua sebab dipenghujung gua ada taman yang cantik nama taman tu Secret Garden. Boleh la bergambar dulu sekitar taman. Dah puas bergambar, baru patah balik masuk gua terus ke laluan masuk tadi.
Padang Besar
Korang yang suka shopping pulak jangan lupa ke Padang Besar. Dekat sini ada produk makanan tempatan/Thailand, jersi, pakaian sukan, t-shirt, pakaian wanita, beg, macam-macam lah.
Kawan-kawan aku kalau datang sini memang depa beli jersi jela. Memandangkan aku bukanlah jersi lovers, maka aku beli pakaian sukan jela. Semoga lepasnie aku semakin rajin jogging & swimming kalau tak sia-sia aku beli banyak-banyak. Korang kalau berkenan, jangan beli terus tau. Survey dulu harga dekat kedai lain. Aku beli baju kedai dekat bawah harga RM38 but dekat tingkat atas harganya RM28 je. Menyesal gila kot beza harga RM10. –.-
Taman Eko Rimba Bukit Ayer (Air Terjun Bukit Ayer)
Jangan lupa singgah mandi di Air Terjun Bukit Ayer tau. Seriously memang best mandi manda di air terjun Taman Eko Rimba nie. Kami pergi sana waktu pagi. Pengunjung tak ramai maybe sebab pergi sana hari bekerja.
Kalau taknak mandi dekat air terjun, boleh mandi di dalam kolam yang disediakan. Kolamnya takdelah dalam sangat pun. Paras dada aku je.
Memang puas hati betul mandi di Air Terjun Bukit Air nie. Dah puas mandi dekat port air terjun, sambung mandi dalam kolam plak. Airnya sejuk segar rasa badan. So guys yang datang Perlis, jangan lupa datang sini bawa family & kawan-kawan okay.
Jeti Kuala Perlis
Yang datang ke Perlis untuk jalan-jalan cari makan, korang wajib try makan seafood di Jeti Kuala Perlis. Jeti Kuala Perlis merupakan tempat makan yang popular di Perlis terutamanya bagi penggemar seafood. Banyak pilihan seafood antaranya ketam, sotong, kerang, etc.
Korang boleh pilih nak makan dekat kedai mana. Kitorang makan di Mona Ikan Bakar since member kata sebelum ini dia pernah makan situ and makanan pun just nice.
Antara menu yang kami order, ikan bakar & ikan stim halia (seekor ikan boleh masak 2 menu), kerang rebus, sotong celup tepung. Kami tak ambik ketam takut over budget nanti hehe.
Overall makanan dekat Mona Ikan Bakar ini kata member tak sesedap dulu. Maybe tukang masak lain kot. As for me, makanan dia biasa-biasa saje. Ikan bakar tu bolehlah diberi pujian. Lauk lain hm. Service pulak agak slow. Almost setengah jam baru dapat makanan maybe customer depa ramai kot and pekerja yang kurang. Tak menang tangan melayan pelanggan. \0/
Laksa Kak Su
Kalau di Kedah ada Laksa Teluk Kechai, di Perlis depa ada Laksa Kak Su. Tak kurang hebatnya ye Laksa Kak Su nie. Pelanggan penuh satu kedai sampaikan takde tempat duduk. Kebetulan dekat luar hujan. Lagilah depa liat nak bangun dari kerusi kan. Tunggu punya tunggu Alhamdulillah ada juga meja kosong.
Mana lagi best? Laksa Teluk Kechai ke Laksa Kak Su? Dua-dua ada rasa yang tersendiri. Bahan tambahan dalam laksa masing-masing pun berbeza. Dari segi kuah plak, Laksa Kak Su lagi pekat kuahnya. Korang kena cuba dua-dua baru tahu apa keistimewaan dua laksa yang popular nie sampaikan asyik penuh dengan pelanggan je kan. =D
So, korang yang merancang untuk jalan-jalan di Kedah & Perlis, bolehlah singgah di tempat-tempat menarik di Kedah & Perlis yang aku senaraikan di atas ye. Jangan lupa singgah makan di tempat makan best dan popular di sana juga.
12 Komen untuk "Jalan-Jalan Tempat Menarik di Kedah & Perlis"
Perlis, one of the most underrated states in Malaysia. Rupanya banyak juga benda boleh buat kat sini. Thanks for sharing!
wah bestnya.. mama jarang2 dpt jalan utara.. tq for sharing boleh jadikan panduan nanti
Sedapnya tgk laksa tu awK
Jalan2 utk blogwalking
bestnya bercuti,menarik tempat-tempat yang dilawati...
Teringin pulak nak pekena laksa teluk kechai tu.. lama dah tak pekena. Mcm nak ke sana esok je hehee.. menarik dpt luangkan masa jenjalan mcm ni. Thanks sharing pengalaman menarik :)
salam ziarah sini... cantiknya kawasan railway tu..mknn pun nampak sedap.. lama dah x pi kedah...maybe next trip..hihi
Railway tu memang famous betul, selalu tengok orang buat photoshoot dekat situ. Hahah! Next time boleh lah jalan jalan Kedah & Perlis pulak, banyak jugak tempat boleh pergi rupanya :)
selalu jugak CCL ke laksa kak sue , memang sedap , kena dengan citarasa CCL sendiri
Banyaknya tempat menarik & makanan yang best di Kedah & Perlis. Boleh la buat plan untuk next trip.
laksa teluk kechai tak best sangat
hehehe
kih kih betul.. laksa teluk kecai tu tak best. kuah ceroi ja.. yang best sebab dia ada sambal kelapa ke tu