Entri ini sambungan dari entri Percutian di Beijing Part 1 yang aku publish pada tahun lepas. Actually aku macam dah malas nak sambung part 2, but alang-alang dah tulis part 1 kang tergantung pula ceritanya. Kesian dekat followers semua yang menantikan sambungan part 2 kan? Saje je sedapkan hati. Aku tahu takdak sape yang heran pun. (-.-)
Percutian di Beijing Part 2
Kalau nak cerita secara details, memang panjang sangat entri nie maybe ada sampai part 5 kahkah. So untuk memendekkan cerita, aku rangkulkan semua di dalam entri ini ya. Pastu aku taknak taip panjang-panjang sebab cerita ini dah nak dekat setahun. Aku tak mampu nak flashback the whole story kahkah alasan sangat.
Hari ke-2 di Beijing paling aku suka sebab kami berpeluang melawat 1 diantara 7 keajaiban dunia yang aku belajar masa zaman sekolah haritu iaitu Tembok Besar China. Dulu zaman belajar bila dengar cikgu cerita pasal Tembok Besar China ini rasa teruja sangat nak pergi sana tapi macam mustahil pulak. But sekarang aku dah mendaki pun Tembok Besar China tu dengan bangganya akhirnya angan-anganku menjadi realiti. =.=
Kedai Kain Sutera
Before ke Tembok Besar China, kitorang singgah dulu di Kedai Kain Sutera. Dengar la diorang cerita pasal pembuatan kain sutera. Pastu diorang bawak ke gedung kain sutera diorang yang pelbagai pilihan & harga. Oh ye, untuk pengetahuan korang, since kitorang travel by package, kitorang diwajibkan untuk membuat lawatan ke goverment store diorang. Polisi negara diorang katanya. Kena pilih 3 goverment store. Kami pilih kain sutera, kedai ubat & pearl. Banyak masa kitorang dibazirkan di goverment store nie je weh. Disebabkan kami pun takde pilihan, so follow jela travel agent si Eric tu.
Nie staff diorang tengah explain pasal material & quality kain sutera ke apabenda ntah. Fokus je korang dengar kan? Tang harga pula, aku tak fikir harga di goverment store nie murah. Dahlah compulsory kena singgah dekat store depa. Korang fikir tak macam aku fikir? –.-
Great Wall of China
Dah settle dekat kedai kain sutera, kitorang terus bergerak ke Tembok Besar China yang merupakan 7 keajaiban dunia tu. Memang agak excited dan terpegun juga sebab macam tak percaya pulak dah sampai depan Tembok Besar China hehe. Ingat lagi dalam kelas haritu cikgu cerita kalau sampai ke penghujung tembok, dapat medal. WOW! Memang taklah nak sampai ke penghujung kan.
Cuaca dekat sini jangan cakap lah. Memang panas litlit! Aku mendaki sampai mana yang aku mampu je. 1 anak tangga pulak kemain tinggi lagi nak melangkah. Belakang aku tu kedai menjual sorvenir, kau nak beli medal pun ada dalam tu cait! Maknanya tak payah mendaki sampai ke penghujung la, beli je medal dekat sini buat kenang-kenangan pastu kau cerita la dekat orang kau dapat medal nie sebab dah mendaki sampai ke hujung tembok. kahkah.
Kedai Ubat-Ubatan Beijing
Balik dari Tembok Besar Cina, kitorang singgah lagi di next goverment store which is di Kedai ubat-ubatan yang terkenal di Beijing.
Dekat sana nanti diorang akan explain mengenai produk diorang yang popular and paling laku keras. Fyi, produk diorang sudah masuk pasaran Malaysia pun. Contohnya yang paling famous, produk Bao Fu Ling.
Kedai Cenderamata di Olympic Stadium
Dah settle borong ubat-ubatan, kitorang bergerak pula ke Olympic Stadium. Dari tempat parking, kami semua berjalan kaki ke Olympic Stadium. Sebelum sampai ke Olympic Stadium, ada 1 kedai cenderamata. Stop la kejap dekat kedai tu. Pelbagai barangan cenderamata & ole-ole untuk korang nak bawa balik terdapat di sini. Harga pun berpatutan.
Olympic Stadium
Kitorang sampai di Olympic Stadium waktu petang elok je matahari nak terbenam. Tak lama lepas tu, lampu di Olympic Stadium pun terpasang. Terus masing-masing excited nak bergambar latar belakang Olympic Stadium. –.-
Wangfujing Street
Dari Olympic Stadium, kitorang bergerak pula ke Wangfujing Street. Sepanjang jalan ada brand international yang popular dari pakaian, gadget, kecantikan, dan banyak lagi. Wangfujing Street merupakan shopping street yang famous di Beijing. Macam Bukit Bintang la kalau di Malaysia. Tapi, architecture bangunan depa lagi gah and cantiklah.
Mengenai harga barangan di sana, rasanya lebih kurang je macam di Malaysia but lagi banyak pilihan la. Aku pun takde explore sangat setiap outlet dekat sana. Just lalu sepanjang jalan and bergambar di kawasan sekitar je.
Day 3 Beijing
Panda Zoo
Hari ketiga di Beijing, 1st lawatan kitorang ke Panda Zoo. Dapat la tengok 2 3 ekor Panda yang tengah makan & membuta (tido) di pagi hari.
Kedai menjual Pearl
Kemudian, lawatan ke goverment store yang terakhir iaitu di Pearl Store. Di sini, korang akan dibawa ke 1 bilik untuk mendengar talk mengenai produk diorang. Marketing strategi diorang memang psiko sangat sampaikan nanti korang mesti excited nak beli pearl depa. Lagi-lagi geng perempuan yang tak kuat bila disogok dengan pearl yang cantik & murah. Depa la kata murah, tapi betul ke murah?
Aku tak ingat sangat apa yang diorang brief. Yang aku ingat, diorang ada kata nak kasi harga murah dari harga sekian-sekian tiba-tiba harga turun mendadak khas untuk kitorang. Then, staff diorang macam buat-buat terkejut gitu. And yang bagi brief tu kalau tak salah katanya anak boss. Tapi taktahu la sejauh mana kebenarannya. =.=
Lepastu skrip masa diorang bagi talk mengenai produk tu sama je sebab si Ammar cakap sebelum nie masa dia and family datang Beijing, dia pun singgah sini. Then, apa yang diorang brief tu sama je. End up, nanti semua terpedaya dengan agenda marketing diorang pastu beli la pearl murah lagi asli yang diorang cakap tu.
Aku saja jela keluarkan phone aku nak ambik gambar. Sekali diorang marah pulak aku ‘no pictures’ katanya. Eh dah kenapa pulak ambil gambar pun tak boleh ke. Tapi aku ambil juga gambar sekeping dua hiks.
Nanluo Gulane
Persinggahan seterusnya di Nanluo Gulane. Apa yang menarik di sini, korang dapat melihat rumah kedai yang masih mengekalkan senibina tradisional, pelbagai makanan tradisional rakyat China yang pelik & unik, pemuzik jalanan veteran menyanyi lagu tradisi diorang kot? and ada juga kereta kuda, sampan etc.
Aku just pusing 1 tasik ni jela sambil memerhatikan kehidupan masyarakat di sana.
Xiushui Market
Persinggahan terakhir, di Xiushui Market. Rasanya, ramai sedia maklum yang China memang terkenal dengan produk imitation. Dekat sini banyak betul produk imitation yang korang boleh jumpa. Macam-macam la korang boleh shopping dekat sini. Aku punya target nak beli branded shoes je sepasang tapi nak harga below RM 100. Kau rasa agak-agak ada ke?
Memang banyak branded shoes tapi yang harga below than RM 100 seriously tak jumpa. Yang ada pun kasut design lama and tak cantik. Aku pernah beli online kasut macam nie dekat Malaysia RM 80 pun ada kot. Aku expect harga dekat sini around the price la kan. Rupanya lagi mahal pulak. Barang lain pun sama.
And jangan lupa sebelum nak beli tu tawar harga kawkaw dulu. Jangan main beli je weh. Diorang akan letak harga yang tinggi gila kot. Macam si Ammar, dia nak beli tudung. Sekali harga tudung dia letak dalam CNY 100 = RM 62 macamtu. So, aku dengan confident-nya and muka serious-nya tawar lah harga. Sekali dapat 2 tudung dengan harga CNY 100. Lebih kurang macam tu la kot ceritanya aku dah lupa weh. Tapi nak bagitau korang harga depa letak sometimes macam tak masuk akal kena tawar-menawar separuh harga terus lols.
After dinner, terus drop off at airport for departure. =D
Itu sajelah pengalaman kami bercuti di Beijing, China. Nanti kalau aku rajin, aku cerita mengenai tempat makan di Beijing pulak ye. Korang yang plan nak bercuti ke Beijing, enjoy lah disana ye.
1 Komen untuk "Percutian di Beijing, China–Part 2"
tak suka public toilet dekat sana...cam ermmmm