Assalamualaikum

So guys how are you doing? Harap semua sihat ye dimusim covid-19 yang sudah memasuki tahun ke-dua nie. Mesti semua dah rindu gila nak keluar rumah, balik kampung, and buat aktiviti harian seperti biasa kan? Semoga tahun 2021 yang hanya tinggal beberapa bulan nie kita akan berpeluang melakukan semua tu inshaAllah. Walaupun >.<

 

Harini nak berkongsi dengan korang mengenai trip menjejaki bunga rafflesia di Cameron Highland. Trip ini dah lama bulan December tahun lepas ya. Masa tu kerajaan umum dah boleh merentas. So memang kaw-kaw ambil peluang tu berjalan-jalan jela. Saja la nak flashback kenangan before PKP 2.0 wuuuu.. T_T Marilah kita flashback sama sama ya sambil merenung nasib negara kita nie hmm. T_T

 

Details trip :

Kos Hangus RM90
Include
Lunch pack
Guide
Transport 4X4
Refresh meals( Scones  YZ + kopi)

Tentatif trip

9.30am Berkumpul di kawasan R&R Lojing ( peserta boleh bersarapan pagi di situ sblum waktu berkumpul.)
10.00am Naik transport 4X4 bergerak ke starting point.
10.10am Tiba di starting point taklimat.
10.15am Mula trekking.
11.30am Tiba kawasan bunga, mula meneroka dan menjelajah
12.00pm Makan tengah hari.
12.30pm Bergerak ke starting point.
1.30pm Tiba di starting point.
1.40pm Bergerak semula ke R&R Lojing dengan transport 4X4.
1.50pm Tiba di R&R lojing, segar kan semula badan dengan pekena scones bersama kopi panas.
2.00pm bersurai dan bergerak ke destinasi masing masing

 

Dalam tentatif kitorang bergerak ke starting point pukul 10.00am but sampai tadi pun dah pukul 10.00am, kitorang breakfast dulu di R&R Lojing. Around pukul 11.30am baru bergerak ke starting point menaiki 4X4. Perjalanan mengambil masa around 20-30minit. Keadaan jalan ke starting point memang agak menakutkan ye. Jalan tanah berlopak yang berlubang-lubang. Habis bergegar kepala otak weh. Kebetulan hari tu hujan, lagi licin la jalan berlopak tu. But jalan risau driver 4x4 memang berpengalaman. Alhamdulillah korang akan selamat sampai di checkpoint tanpa kemalangan atau tercampak ke dalam lopak air haha seram ye. –.-

 

trip hiking bunga rafflesia di cameron

Keadaan track menjejaki bunga rafflesia agak mencabar sebab licin and berlopak. Aku hampir beberapa kali jugak nak terjatuh. Korang akan melalui track seperti gambar diatas, melalui anak sungai, batang pokok tumbang, air terjun kecil. Memang best sangat feeling dia guys! Lagi-lagi dah lama gila tak buat aktiviti macam nie after PKP. =D

 

bunga rafflesia di cameron highland

 

Lebih kurang 50-60 minit perjalanan, akhirnya jumpa 1 bunga rafflesia. Then teruskan perjalanan jumpa lagi beberapa bunga. Ada yang sedang berkembang, belum berkembang, and ada juga yang dah layu and kecut. Kiranya misi menjejaki bunga rafflesia berjaya dengan jayanya. Firstime in my life tengok bunga rafflesia depan mata. Siap sentuh lagi. Excited ya! >.< Semua orang excited lah senang cerita. Ada sorang kakak tu punyalah excited dia duk bergambar dengan rafflesia sekali dia terpatahkan bunga rafflesia. Bukan satu ye, tapi DUA. –.-

 

trip bunga rafflesia cameron

 

Dalam pukul 2.00pm, berhenti lunch sekejap dekat air terjun. Best giler dapat rendam kaki dalam air sambil menikmati lunch kitorang. After lunch, bergerak semula ke checkpoint, and terus ke R&R Lojing. Around pukul 3.30pm selamat sampai ke R&R. Alhamdulillah. =D Terus bersihkan diri & solat.

 

kasut hiking rosak teruk

Ko tengok kasut hiking aku dah arwah. Ni kasut hiking aku beli dekat bundle je. Pakai pun baru beberapa kali je masa zaman aktif hiking beberapa tahun dahulu haha. Pastu dah malas and kasut pun bersawang. Tiba-tiba aku pakai balik. Mau tak tercabut tapak dia. So korang make sure check dulu keadaan kasut masing-masing ya. Jangan jadi macam aku yang careless nie >.<. Kaw-kaw punya terkopek sampai aku tak boleh nak berjalan dah. Mujur ada sorang abang nie pinjamkan kasut getah dekat aku. Kalau tak memang aku balik berkaki ayam lah jawabnya haha.

 

After dah settle bersihkan diri, solat & minum petang di R&R Lojing, kitorang singgah dulu di Brinchang nak shopping sayur sikit lah alang-alang dah sampai Cameron Highland kan. Sempat lah borong sayur, jagung, pokok bunga etc. Ada je peniaga & pelancong tempatan tapi tak semeriah sebelum wujudnya covid. Suasana di sana agak suram dan kelam. Yela masing-masing kena mengamalkan normal baharu, jaga penjarakan sosial, pakai mask, tak berada di kawasan sesak. Nak dekat dengan orang yang kita tak kenal pun takut.

 

So guys, kalau korang teringin nak tengok bunga rafflesia secara live, di Cameron Highland pun ada okay. Tak perlu nak travel ke Sabah ye hehe. Nanti bila covid dah takde (bila entah), dah boleh rentas negeri, confirm ramai yang mengambil peluang bercuti ke Cameron Highland. Alang-alang ke Cameron Highland, jomlah kita menjejaki bunga rafflesia pula. Asyik bergambar dengan strawberry je kan. Apakata kita bergambar dengan rafflesia pulak. Eh Apijol nie. Sukahati lah nak bergambar dengan stoberi ke, scone ke, jagung rebus ke kau sibuk pehal –.-

 

Okay lah guys kita jumpa di next entry pulak ya.
Thanks for reading.