Assalamualaikum guys
Pada 11 Jun 2021 yang lepas, dalam tengahari macam tu saje lah tangan gatal nak buka apps MySejahtera. Sekarang memang dah jadi tabiat kalau nampak kawan-kawan update mengenai cucuk vaksin, mesti nak bukak MySejahtera dengan harapan ada lah update terkini mengenai appointment vaksin. Nak dijadikan cerita, hari ini hari bertuah aku beb.
Tadaaa! Tiba-tiba dapat 1st dose appointment. Tanjat kite tau. Serious la 11-6-2021, pukul 17:30? Petang nie weh! Di UKM. Kenapa tak bagitau awal. Suka tau bagitahu last minit. Nasib baiklah tergerak hati nak buka MySejahtera. Kalau tak melepas lah 1st appointment aku. So korang dah cek MySejahtera hari ini? Kalau belum pergi cek sekaranggggggggggggggg! Takut dia buat surprise macam aku je T_T
Procedure Cucuk Vaksin di UKM
Before 5.00 pm lagi aku dah sampai di Dewan Gemilang, UKM. Lepak dalam kereta kejap. Pukul 5.15 pm baru aku masuk ke tempat pendaftaran. Procedure cucuk vaksin pun sangatlah mudah & lancar dan korang akan dibantu oleh petugas-petugas di sana yang sangat membantu sepanjang proses vaksinasi.
Overall memang smooth je urusan pengambilan vaksin aku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan Gemilang UKM nie. Alhamdulillah. Around 30-40 minit macam tu semua urusan dah selesai. Korang just ikut je arahan petugas dekat sana. Make sure phone korang sentiasa ada dengan korang lah sebab petugas nak tengok appointment korang dalam MySejahtera tu. Better bawa pen sendiri sebab nak kena isi 1 borang iaitu Borang Persetujuan Suntikan Vaksin.
Gambar diatas dekat stesen menunggu giliran dicucuk vaksin. Dalam 10 minit menunggu je, dah tiba giliran aku. Boleh masuk 2 orang sekaligus. Staff kesihatan yang cucuk vaksin aku tu perempuan. Sebelum cucuk, dia explain dulu mengenai vaksin apa yang dia nak cucuk, berapa amount etc. Masa cucuk tu memang betul kata orang, takda rasa pun. Tiba-tiba “ dah siap! ”
After dicucuk, korang diminta menunggu kira-kira 15 minit untuk sesi feedback selepas 15 minit dicucuk vaksin adakah terdapat kesan sampingan. Alhamdulillah selepas 15 minit dicucuk, tiada langsung kesan sampingan yang aku dapat. Kita tunggu lagi beberapa jam ye tengok macam mana T_T
Dah selesai memberi feedback, kita ke stesen terakhir iaitu photobooth. Korang tak perlu risau siapa nak tolong ambilkan gambar korang sebab petugas di sana sedia membantu.
Dah selesai bergambar, marilah kita pulang. Terima kasih buat semua petugas kesihatan di PPV UKM yang telah membantu kami mendapatkan vaksin dalam suasana yang selesa dan proses yang sangat mudah dan menjimatkan masa & tenaga.
Sebelum balik, sempat singgah bungkus makanan di Itik Salai Masthar. Tapi itik salainya dah habis. Tinggal daging je. Serious weh kecewa gila hahahaha dahlah susah nak kesini dimusim lockdown. T_T
Kesan Sampingan Vaksin Astrazeneca
Badan aku mula menunjukkan simptom kira-kira pukul 3.00 am masa aku tidur.
Antara simptomnya ialah,
1. Demam
2. Kesejukan
3. Badan bergetar
4. Lenguh & sakit tangan yang dicucuk
Simptom ini beransur-ansur hilang selama 2-3 hari. Lama kan? Hari ini iaitu hari ke-5 alhamdulillah dah sembuh sepenuhnya. Nasib baik sepanjang demam aku takde masalah hilang selera makan. Terima kasih yang masakkan sup ayam sepanjang aku demam tu! =p
Aku rasa aku punya simptom nie macam over pulak kan haha. Risau pulak nak kena cucuk 2nd dos nanti. Bukan risau nak kena cucuk, tapi risaukan simptom tu. T_T Aku ada tanya beberapa orang kenalan aku apa kesan selepas diorang dicucuk vaksin. Masing-masing mengalami simptom yang berbeza and jangkamasa pun tak sama . Antara simptom diorang,
1. Tak demam. Cuma rasa seram sejuk macam nak demam malam lepas kena cucuk. Sakit dekat tempat kena cucuk nak dekat seminggu, tangan rasa lenguh.
2. Demam malam je, kemudian telan panadal esoknya dah okay.
3. Demam biasa (light light je), lenguh badan dan mengantuk. Lepas divaksin mengantuk giler lepastu lapar.
4. Demam, sakit kepala, sakit badan. Demam kebah selepas dua hari.
Basically, semua kesan divaksin berbeza setiap orang. Ada yang kesan selama beberapa hari, ada yang sehari pun dah okay, terpulang dekat individu. Make sure korang sediakan panadol after divaksin. Just incase kan. Oh ya, mak aku dekat kampung pun dah divaksin. Dia cerita dia takde demam dan mengalami kesan yang teruk pun. Semua okay je mak aku kata. Cuma rasa lenguh tangan je. Bila dia dengar aku demam dah 2 hari, terkejut dia haha >.<
Korang yang belum divaksin, aku doakan semoga giliran korang akan dapat secepatnya. InshaAllah bila majoriti rakyat Malaysia sudah divaksin, kita boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Aku rindu gila nak balik kampung jumpa family weh! Korang pun sama macam aku kan? Dah setengah tahun tak jumpa mak ayah.
15 Komen untuk "Cucuk Vaksin Astrazeneca di UKM & Side Effect Vaksin"
Best la dah vaksin. Fiza belum lagi. 😔
saya dah confirm appointment, minggu depan inshaAllah
sy follow sini.. smoga dipermudah segala urusan..
alamak jelesnya..bila my turn ni
g cek MySejahtera! =P
Alhamdulillah. Semoga berjalan lancar =D
Terima kasih.. InshaAllah :)
Turn sy pun tak sampai2 lagi.
InshaAllah lagi 2 3 hari nie Raz =P
Alhamdulillah . Semua urusan dipermudahkan . CCL tengah tunggu turn . Tiap hari check mysejahtera takut2 terlepas tarikh
wahhh bestnya suda vaksin.. sy masi menunggu lagi huhu
Alhamdulillah, Azwar pun dah 1st dose. Tengah tunggu yang kedua. Tangan lepas kena inject tak lergh bawa bincang sakit, hari kedua demam and pening. Hari ketiga sihat boleh berlari dah.
Dengar memacam cerita memang Seram nak suntik.
Salam perkenalan. Singgah tambah rakan blogger😊.Alhamdulillah, semalam baru dapat dos yang pertama. Vaksin Pfizer.
tahniah dah cucuk! timm pulak terpksa cancel cucuk sebab overdue!