Baru-baru ini aku berkesempatan menonton filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal di pawagam. Nasib baik ada sorang budak office yang berminat nak tengok maklumlah cerita kartun tempatan mana la depa nak layan. Bila ajak tengok, masing-masing buat muka pelik haha. Aku. Bila baca review orang & jumlah kutipan, lagilah aku excited nak tengok! \0/
Korang yang belum tengok, pergilah bawa anak-anak tengok. Best! Sarat dengan pengajaran & nilai-nilai murni. Grafik pun memang lawa sangat. Lagu-lagu dalam tu pun best jugak rasa nak menari bersama Upin & Ipin didalam wayang ye haha overnya ko Apijol. –.-
Antara lagu OST Upin Ipin Keris Siamang Tunggal yang aku suka, lagu masa Nakhoda Ragam nyanyi dekat pelabuhan iaitu lagu yang bertajuk Keris Sakti, Memang catchy & happening betul lagu tu. Depa nyanyi sambil menari. Nak menyanyi sama kan lirik pulak tak tahu. Penyanyi asal lagu itu ialah Fakhrul Razi. Penyanyi kelahiran Brunie nie. Aku pun baru tahu.
Lirik Lagu Keris Sakti – Fakhrul Razi
Keris sahabat pada yang setia
Seteru pada yang derhaka
Siapa dia pahlawan perkasa
Yang akan menegak keadilan
7 Petala langit seru namanya
7 Petala bumi gerun akannya
Keris sakti kekuasaan raja
Keris sakti kebesaran negara
Heyy..
Jangan berkelana entah ke mana
Hilang takhta hancur negara
Pulanglah segera menghalau durjana
Air mata merungkai segalanya
7 Petala langit seru namanya
7 Petala bumi gerun akannya
Keris sakti kekuasaan raja
Keris sakti kebesaran negara
Jangan berkelana entah ke mana
Hilang takhta hancur negara
Pulanglah segera menghalau durjana
Air mata merungkai segalanya
Heyy.. Haa.. Amboiii !!
Lalala lalaala alaa
Laaalaalaalaaalalaaaa
Jangan kelana entah kemana
Pulang segera menghalau durjana (4x)
Lirik Lagu Buai Laju Laju – Ernie Zakri
Lagu Buai Laju-Laju yang dinyanyikan oleh Ernie Zakri pun best! Memang tak boleh dinafikanlah kemerduan suara Ernie Zakri ini. Chewah! Lagu ini dibawakan oleh watak Bawang Merah di dalam filem.
Sunyi sepi hidup tanpa keluarga
Menagih kasih ibunda
Diriku ini terperangkap disini
Sanggupnya difitnah insan yang dikasihi
Buai laju-laju buailah diriku
Buai laju gembirakan hatiku
Buai laju-laju buailah diriku
Hati duka terkenang nasibku
Haaa..haaa..haa..aaa..
Buai laju-laju buailah diriku
Buai laju gembiranya hatiku
Titisan air mata maafkan segala
Hati gembira kasih bertaut semula
Korang yang belum menonton Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal, jangan lupa dengar dulu lagu OST tau. Nanti dalam wayang bolehlah nyanyi sama kan?
Selamat menonton =D
4 Komen untuk "Senarai Lagu OST Upin Ipin Keris Siamang Tunggal 2019"
Dua-dua lagu nie best..
Belum tgk lagi ni.. Kalau best nak tgk
Tak tengok lg cite ni. Hehe
Selalu tenguk yang kat TV aje