Geng Bawah Pokok Picnic di Sungai Tekala

Assalamualaikum,

 

Hari Ahad minggu lepas berkesempatan picnic dengan Geng Bawah Pokok di Sungai Tekala. Asalnya nak picnic di Port Dickson, sekali plan bertukar last minit. Nak ke Sungai Gabai tapi ada sumber cakap tak digalakkan sebab ada kejadian kencing tikus. So, ke Sungai Tekala kita dengan Geng Bawah Pokok.

 

Mende tu Geng Bawah Pokok? Geng Bawak Pokok nie macam Geng Bas Sekolah jugak. Bezanya geng ini suka lepak bawah pokok (haha). Dulu time belajar, memang almost everyday everynight ade saje geng nie lepak bawah pokok atas bukit Kolej Ibrahim Yaakob tu. Sejak dari itulah tertubuhnya Geng Bawah Pokok. Semakin hari semakin rapat. Ada lebih kurang 11 ahli tapi yang join picnic 8 orang. Yang lain tak dapat datang pasal ada komitmen lain.

 

Memang dah lama sebenarnya geng tak berkumpul ramai-ramai. Sejak konvokesyen, semua pakat membawa haluan masing-masing. Ada yang sambung master, kerja di kampung, merantau. Nak kumpul semua pun macam susah. So, baru sekarang cari tarikh sesuai untuk berkumpul maka terjadilah picnic yang dirancang di Sg Tekala ini. Terima kasih semua sebab sudi bagi komitmen. =D

 

Bertolak ke Sg Tekala seawal 9.00 pagi macamtu. Berkumpul di Bangi. All the way memang tengok waze jela. Alhamdulillah sampai dengan selamat. Maybe around 40 minutes and above jugak. 

 

Aku tak snap banyak gambar sangat di Sg Tekala. Kebanyakan gambar ehsan dari phone Mekda & Redha. Thank you! Perjalanan dari pintu masuk Sungai Tekala ke tapak picnic kitorang jauh juga wei. Banyak port picnic yang pengunjung lain dah conquer. Naik tangga turun tangga and then around 10 minutes and above pendakian jugak kot baru jumpa port picnic yang cantik yang berkenan di hati. Fuhh letih memang letih sebab stamina dah tak kuat. \0/

 

Special thanks to Mekda, Fizah, Aini and Nik yang sediakan makanan & minuman. Siap buat spageti and cocktail kot. Kemain menu picnic korang semua ye haha. Sampai di port picnic terus hidupkan dapur gas mini. Tak kuasa la nak bakar ayam pakai arang nie hehe. Ada ayam, hotdog, daging burger, and ikan for bbq. Nyumnyumnyum jee =P

 

 

picnic sungai tekala

 

Sambil bbq, sambil bergambar. Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai macam nie. Entah bila pulak kan. Kalau korang nak tahu, geng-geng nie lah yang banyak tolong aku time belajar haritu. Teman tido sebab bilik jauh dipuncak bukit, bawa pergi makan, keluar outing sama-sama, hantar pergi PK sebab demam and migrain, buat assignment sama-sama, sudi layan kerenah aku, selalu bagi nasihat & kata semangat, selalu hiburkan aku, selalu support program aku, geng silat sama-sama and banyak lagilah jasa baik diorang. Ter-emo pulak kite hihi.

 

sungai tekala_4

 

Nak bagitau dalam 8 orang nie, masih ada yang single and available. Kalau ada yang berkenan, boleh lah pm ye (sesi promote member LOL). Mari nak belanja gambar kitorang mandi sungai pulak. =P

 

mandi di sungai tekala

 

Sebenarnya tak puas hati sangat mandi dekat Sungai Tekala nie sebab airnya sangatlah cetek. Paras lutut je nak oii. Aku nak menyelam and nak apungkan badan pun x lepas. Kalau Mekda tu lagilah tak lepas. Ingatkan ada la air terjun yang tinggi, port mandi yang luas & dalam sikit dekat sini. Mungkin dah namanya pun Sungai Tekala kan bukan Air Terjun Tekala. Tak boleh lah expect lebih-lebih. 

 

sungai telaka picnic_5

 

 

sungai tekala

 

Of course-lah aku yang paling lama berendam dalam air. Sejuk je air dekat Sungai Tekala nie. Rasa macam nak berendam sampai petang pun ada KAHKAH. Dah lama tak mandi sungai hoi.

 

picnic di sungai tekala

 

Sedikit info Mengenai Sungai Tekala

 

  • Bayaran masuk RM1/person.
  • Kemudahan Bilik persalinan & toilet (pihak berkenaan please utamakan keselesaan pengunjung!) Malu dekat foreigners yang datang kot.
  • Terdapat beberapa wakaf disediakan sepanjang Sg Tekala.
  • Terdapat pelbagai makanan ringan seperti jagung bakar, pisang goreng, keropok goreng, minuman etc dijual diluar Sg Tekala.
  • Free parking disediakan untuk pengunjung.
  • Nak port picnic yang best, kenalah datang awal. Itupun masa kitorang sampai, dah ramai orang berpicnic. Kena mendaki jauh sikit baru jumpa port picnic yang tiada orang cop lagi haa.

 

Around pukul 1.00 petang jugak kitorang bertolak pulang dari Sg Tekala. Sempat singgah di SEASON’S FLOWER SHOW @ Eco Majestic. Sempat lagi rasanya kalau korang nak pergi sana. Rasanya event ni sampai 6 Mac 2016. Kalau rajin nanti aku update pulak pasal SEASON’S FLOWER SHOW nie okey!

 

season flower show semenyih

 

Thank you guys nanti kita picnic lagi ye!

5 Komen untuk "Geng Bawah Pokok Picnic di Sungai Tekala"

Amboi geng bawah pokok pun ada ya...dah lama tak menjengah ke sungai tekala mandi manda

menarik juga sungai tu, ada juga geng bawah pokok. ihihi

Sungai Tekala pun best juga kan... :-)

bestnya..dah lama x picnic macam ni...tetiba rindu zaman belajar dulu

Back To Top