Review Villa Impiana di Pulau Langkawi

Mungkin ramai yang dah tahu baru-baru ini aku telah bercuti ke Pulau Langkawi (bajet retis lol). Sepanjang 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi, aku menginap di Villa Impiana. Dah booking siap-siap di Agoda. So, senang kira lah. Sampai sana terus waze ke Villa Impiana. Perjalanan dari airport Pulang Langkawi ke Villa Impiana around 7 km jugak. Kalau yang sukakan privacy, jauh dari pembangunan, nak rasa kehijauan tumbuh-tumbuhan, memang sesuai sangat menginap di Villa Impiana sebab Villa ini dikelilingi pokok-pokok menghijau & berhampiran pantai jugak. Boleh nampak pantai dari Villa Impiana. Tengok jela pantai, memang x sempat nak explore pun pantai tu secara dekat sebab jadual sangat padat. –.-

 

 

 

Jpeg

Pemandangan hadapan Villa Impiana (View dari King Bedded Room)

 

 

Jpeg

View dari King Bedded Room

 

 

Kalau korang seorang yang mementingkan kepuasan maksimum apabila bercuti, aku sarankan korang ambil King Bedded Room. Memang dapat bilik yang sangat besar, buka beranda nampak pemandangan cantik sejuk mata memandang macam dalam gambar atas ni. Then bilik air memang sangat besar, ada dua sinki, ada tab mandi memang puas hatilah senang cerita. Harga King Badded Room around RM300++ untuk 3 hari 2 malam di sana. By the way, Villa Impiana ini baru sahaja beroperasi. Sekitar April 2015 macamtu and kalau buka website Agoda atau Booking pun memang kurang lagi review. Semoga review ala kadar dari aku ini dapat membantu korang imagine mengenai suasana di Villa Impiana. \0/

 

 

Jpeg

Bilik air King Bedded Room

 

 

 

Jpeg

Ruang Dalam King Bedded Room Villa Impiana Langkawi

 

 

Untuk Queen Bedded Room, Villa Impiana menyediakan dua bilik yang selesa dan luas sesuai untuk korang yang ingin pergi berbulan madu. Dapat bilik Queen Bedded Room pun dah best dengan harga around RM100++ untuk 3 hari 2 malam. Harga mungkin berubah mengikut musim okey. Boleh check it out di website Agoda atau Booking.

 

 

Jpeg

Queen Bedded Room Villa Impiana Langkawi

 

 

 

Jpeg

Bilik Mandi Queen Bedded Room Villa Impiana

 

 

Villa Impiana juga menyediakan breakfast untuk anda semua. Breakfast ringan-ringan sahaja. Nak breakfast berat & pelbagai pilihan boleh beli warung tepi jalan la okey. Macam-macam ada! Terima kasih Ms Dini yang telah menyediakan breakfast untuk kami pada hari terakhir kami di sana. Breakfast nasi putih siap dengan lauk telur & sayur Ms Dini masak. Special betul. Siap cakap awak orang pertama yang rasa masakan saya gitu. Ms Dini pesan kalau nak makan aiskrim/buah dalam peti boleh ambil saja. Jangan malu. Memang betul-betul sporting pemilik Villa Impiana nie. Untuk pengetahuan korang, Ms Dini juga stay di Villa Impiana di tingkat bawah. Dia tinggal dengan anak lelakinya yang sangat comel & her father as well. So, di tingkat atas Ms Dini menyediakan 1 King Bedded Room & 2 Queen Bedded Room untuk anda menginap sepanjang di Langkawi. Macamtulah cerita dia.

 

 

Jpeg

 

 

 

 

Jpeg

Simple Breakfast untuk alas perut

 

 

 

Jpeg

Bergambar bersama Ms Dini & her cute son

 

 

Terima kasih Ms Dini atas layanan yang sangat baik kepada kami sepanjang 3 hari 2 malam menginap di Villa Impiana. In Sya Allah kalau datang lagi ke Langkawi, boleh menginap lagi di sini. Korang yang teringin menginap di Villa Impiana, bolehlah bagitau Ms Dini korang pembaca blog aku okey. Manatahu ada rezeki kau nanti Ms Dini nak bagi diskaun ke. =D

 

 

For booking & details mengenai Villa Impiana Langkawi,

 

Villa Impiana Booking Dot Com

Villa Impiana Agoda

6 Komen untuk "Review Villa Impiana di Pulau Langkawi"

waaahhh..nampak menarik

tak keluar meronda langkawi la gayanya kalu macam ni

kalau macam ni punya cantik tempat menginap memang tidur aje kejanya..

Owner villa ni mario tu ke?

Yes mario tu husband Ms Dini (kalau tak silap)

Haha kalau lepak dalam bilik tgk tv & on9 kan!

Back To Top