Baru-baru ini, 20 Februari 2015, rumah kat kampung ada buat sedikit tahlil arwah. Tahlil arwah sanak saudara, arwah to’ki, arwah tokwan, arwah tok, arwah bapa saudara & yang tahlil untuk arwah abang ipar yang meninggal pada 20 Januari 2015 baru-baru ini. Alhamdulillah majlis tahlil berjalan lancar & ramai tetamu yang hadir. Terima kasih semua warga kampung.


rumah kampung


Paling terkesan mestilah kematian arwah abang ipar, abang Faris. Aku stay dengan keluarga arwah di Putrajaya. Banyak kenangan dengan arwah. Masa belajar di Bangi, aku akan mintak tolong arwah ambil aku dekat kolej kalau weekend. Masa zaman belaja, arwah sihat lagi. Pernah sekali aku belajar kereta dengan arwah dekat Putrajaya. Aku terbabas dekat selekoh. Kaw-kaw kena marah di arwah. Ini antara pengalaman bersama arwah yang masih segar dalam ingatan. Bila ingat balik, gelak sorang-sorang.


Masa arwah berniaga nasi dagang hantar dekat Petronas, aku yang jadi pengkritik nasi dagang beliau. Kalau ada nasi dagang lebih, aku bawa ke kolej. Tak dinafikan memang sedap nasi dagang arwah buat. Tiba-tiba rindu nak makan nasi dagang arwah hm.


Bila aku mengambil keputusan untuk berhijrah ke Putrajaya pada tahun lepas, aku stay dengan keluarga arwah jugak. Masa tu arwah macam dah tak berapa sihat. Selalu juga mengadu masalah kesihatan dekat aku. Takde apa yang aku boleh cakap melainkan jaga kesihatan elok-elok & jaga pemakanan & jumpa doktor. Gambar dibawah ini sekitar 8 Januari 2015. Arwah dimasukkan ke Hospital Putrajaya. Bila datang melawat arwah, arwah berpesan supaya balik rumah jaga anak-anak. Walau sakit sekalipun, arwah tidak lupakan anak-anak.

Sebak kita. hm.

pesakit hospital


Keadaan kesihatan arwah yang tidak menentu sangat merisaukan kami. Keluar masuk hospital. Bila dirumah memang tubuh tak bermaya. 20 Januari 2015, tarikh yang sangat meninggalkan kesan terhadap keluarga arwah juga terhadap aku sendiri. Hari dimana arwah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Boleh baca rentetan kisah mengenai arwah di blog akak aku (http://fatinfanafaiz.blogspot.com/2015/01/7-hari-tanpa-mu.html). Tersentuh hati aku bila baca kisah menyayat hati akak sendiri. T_T


Sebelum arwah meninggal, arwah sempat record voice note di whatsapp. Sampai sekarang voice note tu tersimpan di handphone arwah. Kekadang anak arwah yang paling kecil, Fatin Hazwani play voice note tu. Mungkin dia rindukan suara arwah. Semoga akak aku terus tabah & bersabar dalam membesarkan zuriat mereka yang masih kecil. Faiz Irfan, 10 tahun Farhana Humaira, 7 tahun & Fatin Hazwani, 6 tahun. Masih kecil dan tidak tahu apa itu kematian. 


Processed with VSCOcam with c1 preset


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : Sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Al fatihah.