Mereka yang suka belanja makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.
Mereka yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.
Mereka yang memohon maaf dahulu selepas bergaduh, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.
Mereka yang sukarela membantu anda, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tetapi sebab mereka lihat anda sebagai seorang sahabat.
Mereka yang selalu whatsapp anda, bukan kerana mereka tiada benda lain nak dibuat tapi sebab mereka mengingati anda.
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun hingga hubungan ini menjadi asing,
Satu hari anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
“ Siapa mereka semua”
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata-kata yang sayu, lalu berkata,
“DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA”.
C/p dari group whatsapp.
11 Komen untuk "Ayat Jiwang Untuk Sahabat"
so sweet kawan mcm ni~
Best sangat kalo dpt kwn2 yg ada ciri-ciri seperti di atas *_*
bestnya..
bukan senang nak jumpa kawan yang macam tu
alahai so sweet... pemikiran positif dari seorang kawan yang baik... sentiasa lah bersangka baik dengan orang lain... aminnn
persahabatan yang ikhlas akan kekal tersemat selamanya , In Shaa Allah :)
bestnya...
semoga kekal sampai ke jannah...
Tak ramai kawan yang macam tu kat dunia ni.
sweet!
Betul! Memang susah cari sahabat yang betul-betul boleh susah senang dengan kita