Baru-baru ini aku mengalami batuk + sakit tekak yang agak teruk. Tekak terasa perit gila nak telan air liur pun pedih. Inikan pula nak telan nasi. Memang puasa nasi la aku sepanjang tekak sakit tu. Batuk pulak toksah nak cakap la. Sampai nak terkeluar anak tekak kita batuk. Siap spare plastic nak ludah kahak lagi bila tidur (haha). Baru boleh tidur dengan aman sikit. Kalau tak terpaksa ulang alik keluar masuk toilet.

 

 

Ada juga hamba Allah yang baik hati telah berkongsi petua tradisional menghilangkan batuk dekat aku. Aku sendiri pun ada petua jugak kalau batuk. Selain ambil ubat hitam pekat yang boleh menyebabkan mengantuk di klinik, aku amalkan petua menghilangkan batuk cara aku sendiri. Inshaallah berkesan.

 

 

Minum Air Garam + Kunyit Hidup

 

gambar kunyit hidupCredit gambar

 

Petua ini dari seorang hamba Allah. Tapi aku tak buat pun sebab aku tak jumpa kunyit hidup dekat dapur. Kalau nak cuba petua nie, korang boleh tumbuk kunyit hidup berserta garam kemudian airnya korang minum. Aku just berkumur air garam je. Doktor kabo bagus untuk menghilangkan sakit tekak. Tekak sakit biasanya ada virus.

 

 

Air asam Jawa

 

 

gambar asam jawa Credit gambar

 

 

Siapa tak tahu mujarabnya air asam jawa untuk menghilangkan batuk kan. Aku pun kalau batuk, selalu juga beli air asam jawa. Batuk kali ini aku tak minum air asam jawa, aku makan terus asam jawa tu campur dengan gula. Wahaha. Tengoklah betapa malasnya aku nak buat air asam jawa kan. Alhamdulillah bila ratah asam jawa campur gula, batuk beransur hilang. Masa tidur pun kurang sikit batuk.

 

Teh O Limau Suam


teh o limau suam Credit gambar

 

 

Kebetulan mak dari kampung nak datang sini, so aku terus kirim limau nipis dekat mak. Limau nipis memang banyak kat kampung. Ada 2 pohon limau nipis. Petua ini memang aku selalu amalkan kalau batuk. Lagi-lagi bila dekat kampung. Pagi, petang & malam memang tak miss minum tea o limau suam. Memang sangat mujarab inshaallah. Aku perah sebiji terus limau nipis dalam teo o limau suam. Kalau pergi makan dekat kedai time batuk pun, memang akan order tea o limau suam nie memanjang sampai batuk beransur hilang.

 

 

Itu sajalah cara menghilangkan batuk yang dapat aku kongsikan dengan korang semua berdasarkan pengalaman aku sendiri. Testimoni dah ada nie. Boleh lah korang cuba kalau mengalami batuk okey. Yang penting, jangan minum ais dan banyakkan minum air kosong.

 

 

Haritu sembang lah dengan member aku pasal batuk aku nie, sambil sembang sambil batuk. Dia pun buka cerita pengalaman dia dijangkiti tibi. Dia cepat-cepat suruh aku pergi klinik ambil darah takut aku dijangkiti tibi. Cuak aku. Then hari berkenaan juga aku mintak halfday dengan bos kemudian pergi klinik leulz. Nasib hasil test darah aku normal. Alhamdulillah.

 

 

Jpeg

 

P/s : Sakit itu penghapus dosa.