Rasanya ramai yang dah mengabadikan kenangan bergambar di Laman Seni 7, Lorong Belakang Seksyen 7 Shah Alam. Aku ketinggalan sikit. Baru sekarang berpeluang ke Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam ini. Sampai sana dalam pukul 5.30 pm camtu. Hoi ramai gila orang dekat Lorong Belakang ini macam pesta pulak. Siap ada jualan baju, buku, tudung, etc.
Memang meriah. Mujur aku nie jenis tak tahu malu, banyak mata yang memandang pun still watlek wat peace je bergambar lol. So tak kisah sangat posing sakan dekat Lorong Belakang ini. Lagipun entah bila lagi aku boleh sampai kat sini. Alang-alang dah sampai jom kita bergambar banyak-banyak di Lorong Belakang Seksyen 7 Shah Alam ini.
Sedikit info mengenai Laman Seni 7 Shah Alam :-
Program Pengindahan Lorong Belakang merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung dan serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti yang bermanfaat.
Lukisan mural ini dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu ‘3D Painting’, ‘3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site’. 10 penyertaan terbaik dari setiap kategori dipilih ke peringkat akhir untuk dinilai dan diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 Shah Alam. Konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti Shah Alam atau ‘Shah Alam community’, tarikan pelancongan atau ‘tourist attraction’ dan berkonsepkan kehijauan atau ‘green concep
Lokasi Laman Seni 7 pula di kawasan komersial Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam. Tak nampak lagi? Jakel Seksyen 7 Shah Alam yang besar gedabak tu tahu? Ha, Laman Seni 7 area situ sahaja. Belakang bangunan Jakel. Area situ memang banyak sangat butik-butik popular macam Radiusite, Bella Ammara, etc. Firstime tengok butik Bella Ammara depan mata. Sebelum nie tengok dalam Instagram je. Ok dah jom sambung balik mengenai Lorong Belakang. -.-
Jom cuci mata dengan gambar-gambar cantik kitorang di Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam.
Nak tengok lagi banyak gambar kitorang di Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam, boleh tengok di instagram aku ye. Blog ini bukan boleh letak gambar banyak-banyak. Nanti berat duk loading gambar je bwaha. Korang yang belum berkunjung ke Laman seni 7 ini, boleh berkunjung sana time weekend. Memang meriah sangat penuh dengan anak-anak muda. Haih malu pulak dekat diorang yang bawak DSLR gedabak masing-masing. Kitorang bergambar pakai phone je. =p
Sempat singgah di Kreatif Kufi Seksyen 7 Shah Alam.
17 Comments
fuh jauh abang nsem kite gie jalan
ReplyDeleteXde jauh mana pun. Sblah kg nie nie
Deletetak berkesempatan lagi nak ke sana. ^_^
ReplyDeleteInshaallah nati free boleh g sana.
Deleteamboi date ke tuh... hihihih...larikkks
ReplyDeleteOrg x date sining. Sesak sangat dgn anak muda hihi
DeleteSalam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
ReplyDeleteJika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)
Tempat lama Papaglamz study. FSG student. Tp dlu 2010 xde lg laman seno 7 ni. Tiap2 hari ad xtvt ke kt sini dear??
ReplyDeleteXsure la plak hari2 ad xtvt ke x sbb g time weekend
Deletex ajin g lagi sini..semard gambar2.. :) huhu
ReplyDeleteThanks
Deleteakak baru pegi dengan family 2 minggu lepas. Haha xsedar pn ada benda ni sebenarnya padahal dok sini lama jugak. haha
ReplyDeletedah jadi trend sekarang ye.....
ReplyDeleteOkeh, cantik. Tak pernah sampai ke situ wpun da berkali2 pegi shah alam.
ReplyDeletecantik mata
ReplyDeletelawwah...
ReplyDeleteMeronda ye dik..nanti bawa cik akak pula meronda ok..hihi
ReplyDelete