Bergambar di Laman Seni 7, Lorong Belakang Seksyen 7 Shah Alam

Rasanya ramai yang dah mengabadikan kenangan bergambar di Laman Seni 7, Lorong Belakang Seksyen 7 Shah Alam. Aku ketinggalan sikit. Baru sekarang berpeluang ke Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam ini. Sampai sana dalam pukul 5.30 pm camtu. Hoi ramai gila orang dekat Lorong Belakang ini macam pesta pulak. Siap ada jualan baju, buku, tudung, etc.

 

 

lorong belakang shah alam

 

 

Memang meriah. Mujur aku nie jenis tak tahu malu, banyak mata yang memandang pun still watlek wat peace je bergambar lol. So tak kisah sangat posing sakan dekat Lorong Belakang ini. Lagipun entah bila lagi aku boleh sampai kat sini. Alang-alang dah sampai jom kita bergambar banyak-banyak di Lorong Belakang Seksyen 7 Shah Alam ini.

 

 

Sedikit info mengenai Laman Seni 7 Shah Alam :-

 

Program Pengindahan Lorong Belakang merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung dan serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti yang bermanfaat.

 


Lukisan mural ini dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu ‘3D Painting’, ‘3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site’. 10 penyertaan terbaik dari setiap kategori dipilih ke peringkat akhir untuk dinilai dan diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 Shah Alam. Konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti Shah Alam atau ‘Shah Alam community’, tarikan pelancongan atau ‘tourist attraction’ dan berkonsepkan kehijauan atau ‘green concep

t’. sumber

 

 

Lokasi Laman Seni 7 pula di kawasan komersial Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam. Tak nampak lagi? Jakel Seksyen 7 Shah Alam yang besar gedabak tu tahu? Ha, Laman Seni 7 area situ sahaja. Belakang bangunan Jakel. Area situ memang banyak sangat butik-butik popular macam Radiusite, Bella Ammara, etc. Firstime tengok butik Bella Ammara depan mata. Sebelum nie tengok dalam Instagram je. Ok dah jom sambung balik mengenai Lorong Belakang. -.-

 

 

Jom cuci mata dengan gambar-gambar cantik kitorang di Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam.

 

laman seni shah alam_2

 

 

 

lorong belakang seksyen 7

 

 

 

laman seni seksyen 7

 

 

Nak tengok lagi banyak gambar kitorang di Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam, boleh tengok di instagram aku ye. Blog ini bukan boleh letak gambar banyak-banyak. Nanti berat duk loading gambar je bwaha. Korang yang belum berkunjung ke Laman seni 7 ini, boleh berkunjung sana time weekend. Memang meriah sangat penuh dengan anak-anak muda. Haih malu pulak dekat diorang yang bawak DSLR gedabak masing-masing. Kitorang bergambar pakai phone je. =p

 

 

kreatif kufi seksyen 7

 

 

Sempat singgah di Kreatif Kufi Seksyen 7 Shah Alam.

17 Komen untuk "Bergambar di Laman Seni 7, Lorong Belakang Seksyen 7 Shah Alam"

fuh jauh abang nsem kite gie jalan

tak berkesempatan lagi nak ke sana. ^_^

amboi date ke tuh... hihihih...larikkks

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

Tempat lama Papaglamz study. FSG student. Tp dlu 2010 xde lg laman seno 7 ni. Tiap2 hari ad xtvt ke kt sini dear??

x ajin g lagi sini..semard gambar2.. :) huhu

akak baru pegi dengan family 2 minggu lepas. Haha xsedar pn ada benda ni sebenarnya padahal dok sini lama jugak. haha

Xde jauh mana pun. Sblah kg nie nie

Inshaallah nati free boleh g sana.

Org x date sining. Sesak sangat dgn anak muda hihi

Xsure la plak hari2 ad xtvt ke x sbb g time weekend

Okeh, cantik. Tak pernah sampai ke situ wpun da berkali2 pegi shah alam.

Meronda ye dik..nanti bawa cik akak pula meronda ok..hihi

Back To Top