Download Applikasi Free Sempena Merdeka

Korang sudah download applikasi free sempena merdeka? Apalah best sangat applikasi free merdeka. Kalau download game ke best la jugak kan. Bukan main nak download game je kan. Ni aku nak bagitahu dekat Google Play & App Store ada satu applikasi khas sempena kemerdekaan negara iaitu CITRA MERDEKA.

 

applikasi merdeka

 

Applikasi CITRA MERDEKA merupakan applikasi yang dibangunkan oleh pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersempena hari kemerdekaan pada tahun ini. Applikasi ini menceritakan mengenai kemerdekaan negara bermula tahun 1946 – 2014 secara grafik. Apa kata korang pergi masuk Google Play/App Store - search CITRA MERDEKA – install. Bila korang bosan, korang uninstall la balik wakaka.

 

applikasi merdeka free

 

Applikasi ini sangat bermanfaat bagi mereka yang buta sejarah kemerdekaan negara (termasuk daku sendiri lol). Pelajar sekolah yang ambil matapelajaran Sejarah sangat digalakkan install applikasi ini. Manatahu jawapan dalam exam nanti ada dalam applikasi ini. Mesti ada punya nie haha. Cikgu Sejarah boleh download applikasi ini tunjuk dekat anak-anak murid ok?

 

applikasi merdeka 2014_1

 

Hai kalau zaman sekolah haritu ada applikasi camnie, memang betul semua la soalan Sejarah pasal kemerdekaan aku. Ingat sejarah dengan baca buku teks je korang boleh ingat ke? Antara cara mudah mengingati peristiwa-peristiwa penting dalam subjek Sejarah ini melalui pembacaan dalam bentuk grafik macam CITRA MERDEKA ini la beb!

 

 

minggu merdeka

 

Oh ya, Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM) ada membuka booth Laman KKMM dari 28 Ogos – 1 September di KL Sentral aras KFC. Banyak booth under KKMM seperti Mdec,MSC,Bernama,Finas,RTM dan seumpamanya dekat sana. Ada banyak aktiviti menarik seperti persembahan artis, tayangan filem, pertandingan mewarna, dan banyak lagi.

 

 

Yang bercadang ke KL, jangan lupa singgah di Laman KKMM di KL Sentral ok. Kalau nak mintak tolong download applikasi CITRA MERDEKA atau sedikit review mengenai applikasi tersebut, boleh singgah di booth Mdec ok!

 

 

applikasi free merdeka

 

Selamat menyambut bulan Kemerdekaan semua. Tema Bulan Kemerdekaan tahun ini – Disini Lahirnya Sebuah Cinta. Nanti kalau datang Laman KKMM diorang tanya soalan quiz apa tema kemerdekaan, at least korang dah tahu kan haha!

10 komen

oh baru ku tahu. nice entry merdeka

Salam, haaaa camni lah bagus,kalau lah dulu subjek sejarah guna medium cam ni, senang aku hafal..haha tp ku rasa aku akan uninstall balik kot sbb err...boring..haha

Pasal gam tadi tu, imaginasi ko lebih hebat sebenarnya, aku cuma terbayang, mata tertutup xleh bukak, kau imagine lak mata terbukak xleh tutup...imaginasi kau lagi hebat, haha

Done uninstall applikasi tu. haha

tunggu merdeka tahun depan plak install balik hahaha

Selamat hari merdeka Azwar.
Semarakkan sambutan kemerdekaan anda dengan download applikasi CITRA MERDEKA . kahkah

jangan lupa download applikasi CITRA MERDEKA ok.. haha

seronok kan applikasi tu. dia cerita details pasal kemerdekaan negara . =D


EmoticonEmoticon