Perkhidmatan Bas Nadi Putra Putrajaya

Warga Putrajaya memang tidak asing lagi dengan Perkhidmatan Bas Nadi Putra. Lagi-lagi yang hampir setiap hari pergi kerja dengan Perkhidmatan Bas Nadi Putra. Kena tunggu bas sejam awal. Kalau masuk kerja pukul 8.00am, seeloknya pukul 7.00am dah tercongok depan bustop. Lambat sikit confirm bye bye la kau sorang-sorang di bustop tu dengan muka yang macam mintak pelempang sob.

 

Bas Nadi Putra

 

Haritu masa balik kerja, ketua pemandu bas ada buat spot check terhadap semua penumpang. Dia mintak kitorang semua keluarkan tiket. Ada sorang penumpang takde tiket, dia bagi alasan tak ambil tiket. Apa lagi, kena marah la dia. Garang kot ketua pemandu bas tu. peh. Lepas buat spot check, dia ada bagi briefing sikit la pasal pentingnya simpan tiket bas. In case kalau ada barang korang tertinggal dalam bas, diorang akan trace menggunakan tiket tu la. TAKE NOTE ye para penumpang bas Nadi Putra.

 

 

Bas Nadi Putra kan sejuk, selesa dan nyaman sekali. Manatahu bad luck korang tertidur dalam bas kemudian wallet dan handphone tercicir dalam bas. Tiket tu boleh dijadikan rujukan untuk mendapatkan kembali wallet yang hilang itu. Faham ? Panjang juga briefing dia tapi aku tak berapa clear sangat sebab berdiri di belakang bas yang sesak gila dengan mat banglanya /:

 

 

Lepas kejadian breafing tu, aku selalu pegang kemas-kemas tiket bas aku siap bawak balik rumah baru buang dalam tong sampah. Biasa kita gumpal kecik-kecik kemudian letak celah-celah kerusi bas wakakaka =p

 

 

Baru-baru ini aku ada buat pas bulanan bas Nadi Putra. Alasan pertama buat pas bulanan sebab selalu takde syiling 50sen. So terpaksa korbankan RM1.00 dengan hati yang berat sekali. T__T Berbaloi juga buat pas bulanan nie tapi boleh guna untuk ke lokasi sekitar Putrajaya jela. Nak guna pas untuk ke Cyberjaya memang tak boleh. Lepas buat pas, tak pernah pun top up. Pas hanya hiasan dalam wallet haha.

 

harga pas bulanan bas nadi putra

 

Nak tahu lebih lanjut mengenai Perkhidmatan Bas Nadi Putra boleh rujuk sini. =D

8 comments:

  1. Amik gambar selfie sekali dalam bus nadi...

    ReplyDelete
  2. Lama xnek bas benti2x ni...putrajaya lgla.mmg jln nek kete je

    ReplyDelete
  3. Oh macam murah lagi kalau pakai kad ek?

    ReplyDelete
  4. Nk tnya..kalau dr presint 9b nak ke mof presint 2 naik bas apa..

    ReplyDelete
  5. assalam..nak tya..ko bwt klw maw ambik borang prmhonan kad tue..kena pegi Depoh Putrajaya tue ke jgk?..pastu sampai jam brpa depoh putrajaya tue buka?..hehehe..iyelah aq balik jam 5..tkut pulak smpi depoh tue jam 5.30pm..prkhidmatan drng tutup sdh..

    ReplyDelete
  6. Bas lambat lbih dripada 30 min pernah tunggu dkt nk 2 jam.. kenapa dulu okey je sekarang kurang..

    ReplyDelete