Kalau kaum wanita suka menggayakan tudung dengan pelbagai fesyen, kaum lelaki pula suka menggayakan fesyen rambut supaya kelihatan smart kacak bergaya apabila keluar bekerja atau jalan-jalan atau keluar dating. =D
Aku sebenarnya sering menghadapi masalah apabila nak gunting rambut. Bila tukang gunting tanya nak style macam mana, kemain memeras otak nie fikir fesyen rambut apa yang aku nak buat sambil mata melilau tengok contoh style rambut yang biasa diorang tampal dekat kedai.
Kalau tersalah pilih style, rambut kau juga yang hodoh kan? Last-last suruh dia nipis tepi + atas dengan belakang gunting pendek + layer + jangan cukur sideburn (cliché!). Kalau aku cakap nak style rambut Zizan atau Awal Ashaari kan takut dia pulak yang tak tahu.
Btway, aku selalu gunting rambut dekat traffik light Kampung Tok jiring menghala ke Padang Air. Kalau dari Kampung Batu Enam, kedai tu sebelah kanan, sebelah kedai frame gambar. Kalau nak tengok lawa ke tidak dia gunting, boleh try gunting rambut dekat sana. RM7 harga dewasa. Nak murah pergi sana pakai baju sekolah haha. Malas nak gunting rambut jauh-jauh. Gunting rambut je pun. Gunting depan rumah sudah =.=
Fesyen Rambut Lelaki Terkini
Rupanya banyak gila fesyen rambut lelaki terkini yang sangat smart sekarang. Kebanyakan fesyen ini sering digayakan artis-artis tempatan.
Gaya Spiky
Gaya ini paling senang untuk digayakan. Letak gel sikit di rambut, buat pacak-pacak guna jari je. Siap! Aku selalu buat gaya ini zaman belajar. Sampai ke anak-anak buah aku terikut dengan gaya spiky(lah sangat) aku tu. Nak buat gaya ini, kena gunting layer baru lawa. Paling tak best bila buat gaya spyki, kalau pakai helmet. Habis rosak gaya spyki kau. Membazir masa pulak nak kena pergi toilet buat balik blergh!
Gaya Korea (K-pop)
Bila rambut aku terlalu panjang, aku lebih suka menggayakan ala-ala artis korea(k-pop). Letak hair cream, tarik rambut ke depan biar menutupi bahagian dahi. Guna jari pun boleh. Siap! Suka style nie sebab kalau pakai helmet rambut pun tak terjejas. Lelaki jambu macam aku nie sebenarnya tak sesuai sangat buat gaya rambut korea. Ramai member yang kabo aku macam tomboy lol.
Gaya Mohawk
Tak pernah lagi buat gaya mohawk dan tak rasa nak buat pun. Nak buat style mohawk mesti kena pakai gel yang banyak(kan?). Aku dah tak pakai gel rambut sekarang. Aku pakai cream hair Follow me je. Paling murah tapi wangi haha.
Gaya Zayn Malik
Nak sangat gunting rambut style gini tapi aku tak tahu nak cakap camne dekat tukang gunting tu. Nak cakap buat macam rambut Zayn Malik tapi aku takut dia tak kenal siapa Zayn Malik. Gaya rambut Zayn Malik sering digayakan oleh artis-artis Malaysia. Kemas!
Gaya Zizan Razak
Sekilas pandang, gaya rambut Zizan Razak memang diambil dari gaya Zayn Malik. Malah Zizan kelihatan lagi segak dan bergaya dengan gaya rambut ini. Kembanglah Zizan kalau baca blog aku nie(konon) haha.
Gaya Awal Ashaari
Awal Ashaari merupakan ikon fesyen yang sering mengikuti perkembangan fesyen semasa tidak kiralah gaya rambut dan cara berpakaian. Adik-adik yang masih bersekolah tu jangan buat gaya gini ye nanti tak pasal-pasal kena gunting di guru disiplin. Rugi bayar mahak-mahal haha.
Gaya Rambut Apih Apijo
Gaya rambut yang bakal popular suatu hari nanti mestilah gaya rambut Apih Apijo. Letak hair cream sikit. Senang digaya pakai jari pun boleh. Kalau nak buat style gini, kabo ke tukang gunting nak gunting tepi + belakang dengan atas gunting pendek kemudian layer + sideburn tak payah kerat. Ok? wkwk.
Semoga dengan sedikit sebanyak info dari entri fesyen rambut lelaki terkini akan dapat memberi inspirasi untuk korang semua dalam menggayakan rambut dan apabila hendak menggunting rambut. Rambutku mahkotaku lol.
32 Comments
ce terjah sini,,mcm ade blog hafiz je :D
ReplyDeletehttp://syiralokman.blogspot.com/2014/01/blog-syira-lokman-dalam-majalah-remaja.html
Thanks sebab bagitau.. hehe
Deleteapa maksud layer ?
Deletewow...... laki pn nk bfesyen gk kn
ReplyDeleteMestilah kak. Baru ade orang nak eh eh
DeleteKate org biar tak hensem tapi bergaya hehe :)
Deletesaya suka lelaki bergaya rambut spiky. entah, nama kemas. gaya mohawk tu nampak mcam nakal je. =3
ReplyDeletei <3 kim bum. rambut mcm tu okay jugak ^^
kalau saya buat rambut Kim Bum tu, nampak jambu sangat nati hi hi
DeleteRambut ala2 kpop tu yang smart!! hehehe..
ReplyDeletep/s: Bloglist dah okay! sebelumnya blogspot sekarang .my
rambut awal mcm rambut stacy.. haha
ReplyDeleteKahkahkah yg gaya Apih Apijol tu yg taktahan , berdekah aku . ingat retis mana tdi .
ReplyDeleteHahaha..ok2x..gaya apih apijo kompem best :p
ReplyDeleteHye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com
ReplyDeletegambar sendiri pun nak juga..haha
ReplyDeletehehe..hensem bro wat gaya rambt camtu.
ReplyDeletenak tggu rambut lebat dulu la.
tiru gak gaya camne..huhu
rambut apih apijo tu mmg smart..
ReplyDeleteurghhh..
hahaha yang spiky tu ! hana mmg minat lelaki rambut spike ! errr apijo tu boleh la. haha :P
ReplyDeletehahaha..dah macam peminat kpop aku tgk..
ReplyDeleteaku senstitip pada hair cream sebab berminyak, menyumbatkan kulit muka lantas berjerawat dengan banyak...hak3
ReplyDeleteKalau nak buat rambut gaya david beckham,nak cakap aku kat penggunting rambut tu? Pendapat?
ReplyDeleteslicked back undercut or disconnected undercut .. slalu buat rambut camtuh hihi
DeleteKalau nak buat rambut gaya david beckham,, nak cakap ape kat penggunting rambut tu? Pendapat?
ReplyDeletetunjuk jela gambar rambut David Beckham tu ke dia. haha
Deletehehhe .. bwh pon ade
ReplyDeleteAku pun klau nak gunting rambut mesti taktau nak suruh dia potong cam ne..last2 nipis tepi kiri kanan,belakang,atas layer buat cam spiky...sideburn kata bagi kemas tu je huhuhu -_-
ReplyDeletebutikoi hap loi cam luiu ikoa
ReplyDeleteAlum pkah kn jambu muha mu tu wang ..prasn hntp
ReplyDeletesaya suka gunting rambut anak lelaki saya ala-ala Mohawk hehe
ReplyDeleteKalau nk rambut gaya zayn malik,,nk ckp camner r bro kt penggunting?haaa
ReplyDeleteAyo kasi tunjuk gambar Zayn Malik ke dia laaa
DeleteApih Apijo tu sapa? hahahaha
ReplyDeleteBaru mau masuk kursusu gunting rambut...tunggu fesyen baru wa...mau kasi gempak
ReplyDelete