Senaman Mudah Dalam Bilik Depan Laptop

Sekarang ini kehidupan seharian dah berubah 360 darjah. Sabtu – Khamis kerja dari 8.30 am hingga 5.00 pm. Balik kerja makan, mandi, layan cerita indonesia TV9, layan Drama Melayu TV3, dah malam. Malamnya sambung tengok tv lagi, online kejap kemudian tidur. Bangun pagi, mandi, gosok baju, breakfast then pergi kerja. Inilah rutin harian aku. Bosan kan?

 

Mujur Jumaat cuti *cuti pun sehari je sob* boleh rehat puas-puas. Walaupun busy dengan kerja, aku tak mungkin sama sekali mengabaikan kesihatanku. Nak sihat generasi aktif hebat. Cekap bijak tangkas dan kreatif. Kita nak sihat pasti nak sihat. Sihat jiwa raga lalala. Terus teringat dekat lagu Nak Sihat yang selalu main kat tv =P

 

Nak jogging malas betul sekarang so aku ambil langkah mudah dengan buat senaman ringkas dalam bilik. Senaman apa aku buat? Aku buat zumba. Aku download video zumba di youtube, aku pasang dalam bilik aku. Aku ikut rentak penari zumba dalam video tu. Habis bergegar rumah papan aku nie kakaka. Ulang 4-5 kali sehingga badan rasa berpeluh.


Aku ada survey banyak juga gerakan zumba dekat youtube. Kau nak zumba stail slow, ganas, terkinja-kinja semua ada. Tapi video dekat atas nie merupakan antara video yang aku suka. Gerakan tak complicated dan senang nak ikut. Kalau complicated sangat pun kau malas jugak kan nak zumba zumba bagai nie kan? hahaha.

 

Sedikit Info & Kelebihan Zumba

 

Berikut adalah info tentang senaman Zumba dan kelebihannya sebagai aktiviti senaman kardiovakular, fitness dan lain-lain.

 

zumba group
  1. Apa dia? Zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang choreography pada tahun 1990-an sebagai program kecergasan di Colombia dan dari itu, Zumba telah menjadi popular.

  2. Dance workout: Tarian kecergasan Zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan anda juga disamping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya.

  3. Bakar kalori: Jangan tak percaya, satu sesi Zumba boleh membuatkan anda membakar 500 – 1000 kalori pada satu satu masa(45-60min). Sangat baik jika diamalkan oleh orang yang banyak lemak diluar sana.

  4. HIIT? Zumba sesuai diamalkan untuk ‘interval training’ bagi membakar lebih kalori dan meningkatkan endurance(ketahanan fizikal)

  5. Mood down? Jgn risau, anda boleh berhibur, dan bersosial bersama rakan rakan lain dengan cara yang lebih ‘enjoy’ dan santai.

  6. Seronok tak? Zumba adalah salah satu cara yang menyeronokkan untuk exercise, mungkin bagi sesetengah orang, ia lebih seronok daripada usual workouts. Taklah anda setiap masa buat workouts yang sama dan membosankan itu.

  7. Seksi! Pergerakan dance Zumba workout itu memang seksi dan membuat wanita-wanita berasa cantik dan menarik. Goyang gitu.

  8. Senaman kardio: Tambahan lagi, intensity tinggi dan rendah yang diselang-selikan dalam senaman Zumba ini seolah olah memberi anda latihan kecergasan yang lengkap, juga satu latihan cardiovascular yang baik.

  9. Kuatkan abs dan pinggang! Menari ala-ala latin ini memang sering melibatkan pergerakan “gelek-gelek” pinggang yang secara tak langsung kuatkan bahagian core (abs, oblique anda.

 

Kevin Zahri Zumba jugak ke? Tak haha. Saya kurang mahir dalam bab-bab menari dan aerobik tapi itu bukan bermakna senaman Zumba itu tak sesuai untuk lelaki. Yang penting, carilah senaman fitness yang sesuai dengan jiwa dan minat anda. Saya lebih suka bersukan.

 

Tadi ada terbaca di google seorang pengamal zumba telah berjaya turunkan sehingga 8 kilogram hanya dengan 2 bulan tarian zumba. Saya yang kurus kerempeng nie pun zumba dalam bilik senyap-senyap nampaknya sekarang dah kantoi dengan Jaja haha awak yang banyak lemak tu taknak cuba zumba ke? Kalau nak lebih mantap, boleh try pergi kelas zumba. Tapi sayang dekat Kuala Terengganu ini takde kelas zumba. Maybe lepas nie saya la yang bukak kot lol.  =p

 

 

Sumber : Kevin Zahri

20 Komen untuk "Senaman Mudah Dalam Bilik Depan Laptop"

mula2 zumba dah penat jadi zombi..ehhe

Amboi hahahhaahahha mudah gitu kau. Kemain gila hahahahahha
Thanks share hafizzzzzz :D

Adakah zoumba akan menjadi senasib dengan tarian pocho2 atau gangnam style yg dikatakan bias yahudi..? Kita tunggu je la. Pe pon memang best tengok depa berzumba.. Nak try jugak.. ^^

ko boleh cuba jugak senam seni malaysia :D haha (sila search di youtube)

aku ingat ko buat menari kpop dah depan laptop :P *imagine haha

hana pernah ikut jugak tarian senaman pakai lagu nie. tp bukan yang nie. yang perempuan semua tu. haha :D

thanks pijo ! sgt membantu :D

ingat nie zombi kampung pisang ke haha :P

try la akeyla . nanti boleh slim macam saya wkwkwk

Kita betulkan dia. zumba utk nak sihat. yeace yo!


try la . awk mesti dh lama x bersenam nie haha :P


Ok bro.. thanks nanti aku buat senam seni malaysia plok dlm bilik haha. mu mesti selalu buat ork

Welcome. selamat membakar lemakakaka.. :D

yg perempuan semua banyak sngt gelek. sy x pandai lol haha

sungguh teruja kalau ler dapat mengikuti kelas zumba nie.....hoho....

dulu selalu exercise cmni

skrg dh malas..

zzzzz

ohh... kat terengganu xde lg ek??? kt kedah duk ikot kelas zumba. nanti kalo balik transfer terengganu, xde kelas zumba.. x best la =(

Salam kenal Gan
apakah dibolehkan menggabungkan antara senam zumba dan senam aerobik untuk bertujuan menurunkan berat badan secara cepat? menurut Gan baju senam terbaru dengan merk apa ya yang bahannya nyaman dipakek senam zumba? makasih :)

Tak pernah berzumba.. hehe

Kalau saya pulak, biasanya saya amalkan minum minuman tenaga sebagai pelengkap nutrisi dalam badan especially kalau nak bersukan..

http://miaqaisarah.com/2015/05/20/minuman-tenaga-terbaik/

Kawan kawan yang nak download lagu zumba free, saya temukan linknya di
http://www.mp3crispy.com/search/zumba.
Boleh download Lagu zumba sebanyak banyak nya

Back To Top