Salam.

Baru-baru ini Zakwan mintak tolong sahkan jemputan majlis konvokesyen ke-41 UKM dia. Aku selaku sahabat yang caring terhadap kawan-kawan sangat ini terus bukak website Sistem Maklumat Majlis Konvokesyen UKM. Log masuk akaun Zakwan. Tekan butan sah kehadiran. Settle !
sistem maklumat majlis konvokesyen Tekan gambar

Korang yang masih samar-samar mengenai majlis konvokesyen, nak tahu mengenai perbarisan graduan, pakaian graduan, urusan pinjaman jubah, pengambilan skrol ijazah & transkrip dan sebagainya boleh masuk website sistem maklumat majlis konvokesyen. Apa yang korang nak tahu mengenai majlis konvokesyen, semua dah diperincikan di sana ye =p


Yang tak sahkan kehadiran lagi, jangan lupa sahkan kehadiran anda. Kang tak pepasal tak boleh konvo sebab tak sah kehadiran. Rugilah tak konvo. Kata nak naik pentas ambil skrol ijazah dengan disaksikan orang-orang tersayang terutama mama dan papa korang. Bila lagi nak tengok diorang tersenyum bangga dengan korang kan. =p
pengshan
Macam mimpi jadi kenyataan pulak bila dapat jemputan majlis konvokesyen ke-41 UKM. Dulu masa zaman sekolah bukan dalam kategori pelajar yang pandai. Nak kata rajin pun memang bukan Apijol lah. Mungkin berkat doa aku serta doa-doa orang yang tersayang, Alhamdulillah tercapai juga salah satu daripada impian aku untuk menggenggam segulung ijazah. Ehem. Nervous ! haha =p


Rasa macam sekejap sangat tiga tahun. Tak sempat pun nak cari awek dekat UKM, dah nak konvo pun. Kita nak rasa jugak dating sambil study dekat fakulti dengan awek wakakaka. Korang yang masih belajar tu, belajar elok-elok la biar dapat 1st degree. Baru berbaloi-baloi baloi korang bertapa di universiti masing-masing. Enjoy your campus life. Jangan sakitkan hati kawan-kawan. Jangan malas. Jangan selfish. Jangan individualistik. Jangan materialistik (semua macam tujukan dekat diri sendiri bahaha!) Jangan suka sangat dating dekat fakulti nanti ada mulut yang mengumpat. wakaka =p
borang pengesahan konvokesyen
Aku tanya mak, mak nak datang tak majlis konvokesyen aku. Laju je mak cakap naklah! Jaja memang wajib pergi sebab Jaja kena jadi driver dengan photographer aku. Takde dia memang tak bergambar mana aku nanti. So, Jaja dah boleh buat surat cuti nie. Tengok tarikh betul-betul ye Jaja. 26 Oktober 2013 (Sabtu) =p

Guys, kita jumpa 26 Oktober 2013 (Sabtu) di DECTAR !
704668_564707860223760_360093113_o