Assalamualaikum.
Harini nak tulis entri panjang. Lama dah tak tulis panjang-panjang. Busy punya pasal. Korang baca tau sampai habis.(hehe) Aku dapat info dari orang kampung, sekarang kat kampung selalu hujan. Boleh dikatakan setiap hari hujan. Biasa la musim tengkujuh kan.
Musim Banjir Kuala Terengganu
Gambar diatas sekitar pukul 11-12 tengahari. Ada budak kampung kasi kat aku. Langit gelap gelita. Memang lebat gila la hujan time nie katanya. Takde apa yang aku fikir bila kat kampung hujan lebat camnie melainkan banjir.
Motif ejaan Terengganu jadi Terenggani.
Dungun dah banjir. Kuala Terengganu aku rasa tak banjir lagi. Kalau banjir pun aku tak bimbang sangat sebab kawasan rumah aku kalau banjir tak pernah air naik atas rumah. Paling teruk pun jalan masuk ke rumah dinaiki air paras betis.
Then air naik sampai 2 3 anak tangga sahaja. Masalah sekarang nie cuma masalah kami nak kena alih kenderaan depan jalan besar jela. Ni yang aku tak sabar nak balik kampung nak tengok air banjir nie. kahkah.
Musim Banjir di Kampung
Suka la pusing-pusing kampung orang tengok banjir.Tapi yang paling aku suka bila musim banjir kat kampung aku adalah
- Makan ubi rebus dengan air kopi sambil tengok budak-budak main air banjir. Belakang rumah kami ada ubi kayu. Kitorang memang dah tanam siap-siap lagi ubi kayu tu untuk stok musim banjir. Bila musim hujan nie mulalah perut lapar nak makan je. So, time nilah ubi kayu sangat berjasa. Pergi belakang rumah cangkul ubi kayu then rebus makan bersama air kopi dengan family dekat luar rumah. Seronok. Sambil makan sambil gosip.
- Makan ikan darat. Biasa makan ikan laut je. Tapi bila musim banjir boleh makan ikan darat. Ikan haruan gulai fevret aku kot. Apatah lagi belut yang dipanggang garing-garing memang sedap. Biasa aku tak ambik port pun tangkap ikan darat ini. Abang aku yang suka tangkap. AKu suka makan. Kadang aku yang sembelih. Aku suka sembelih belut. Ambil pisau tajam pastu kerat 10. Siap. kahkah. Keli aku gerun sikit nak sembelih pasal ada sengat.
Aku download kat facebook abang aku.
- Main rakit buluh @ rakit batang pisang. Zaman muda-muda haritu banjir je terus pergi belakang rumah cari buluh dengan batang pisang nak buat rakit. Selagi tak siap rakit, selagi tu tak naik atas rumah. Padahal banjir depan rumah tu paras dada je pun. Bukan main nak buat rakit bagai kan. Suka hati kita la. !! kahkah.
Rasa macam sekarang nie jugak nak balik kampung. Nak mengharung air banjir and nak buat benda yang aku sebut kat atas.
22 Komen untuk "Musim Tengkujuh di Kuala Terengganu"
tadi mak suruh abah beli ubi kayu . kehkeh
wahhh . beluttt . ikan keli . sedap >_<
terenggani yer ? hehe kat sini pun tiap2 hari hujan , risau banjir je . urghhh .
Nasib baik rumah kau tggi :)
musim banjir mmg best :)
part buat rakit tu gile bestt . haha
assalamualaikum hafiz...macam mana boleh salah eja tu...:)
uiiiiiiiiiiiiiiiiii besarnye ikannnnnnn!!!!! belut!!! perghhhh semua ikan2 tersebut sy tak makan tapi sehat2 sungguh ikan2 tu ye.... huhuhuhuhu
Bunyi macam seronok jer... siap sembelih ikan tu... hahaha..
kat selangor pon hujan selalu,kesian orang yang buat kenduri..
best2, aku suka part makan ubi kayu makan ngan tea o or kopi panas. Nak2 cicah dengan kelapa parut.. perghh..
best kot time sejuk2..
kampung aku bajir jugak, tapi air tak naik lah rumah aku. tengok rumah orang tenggelam jelah..
cepat balik wes..rakit pisang standby dah..hehe..
kadang2 bila fikir balik, suasana banjir tu best dan meriah sebenarnya..hahaha.cuma penat bila air dah surut sebab nak kena basuh rumah balik..hehehe
terenggani pun boleh..kah3
fuhh..memang voila pekena ubi rebus time hujan2...
rumah kau banjir tak???
jom join segmen ni..takde syarat pape..cuma letak url entry je..entry pape pun aku terima asal tak lucah,racism etc..thanks
http://www.jeritpekik.my/2012/12/segmen-bebas-syaratentry-terbaik-untuk.html
sori la bro..promote kat sini..wat semak je..tak jumpe shotbox plak
banyaknyaaa ikannnnnnnnn syoknya memancing :D
Depan rumah sy banjir tapi air xde naik sampai atas rumah.. cecah 1 / 2 anak tangga jelaa.. haha... Air cepat surut sebab ada parit besar yg mengalirkan air ke sg..
terenggani ngn manga...hahahahaha...xkan xpersan taip slh cmni?hahaha...owh kau org tgnnu upanya...blh lah bw ak jejln sna... :p
uish..besarnya ikan haruan tu.
masa banjir dulu pernah jugak ikut kawan2 pegi memukat ikan darat ni..sekali kena berlambak ikan haruan ngan keli..huhu
untunglah boleh main rakit hahaha....saya dulu try buat rakit guna batang pisang kat sungai...seksa betul nak buat sbb xda pengalaman huhuhuhu
ada baek nya ada buruk nya juga jika terjadi banjir seperti itu.
visit us