Hafiz Hafizol | Bukan Sekadar Rupa

Blog mengenai tempat-tempat menarik ketika bercuti, pengalaman percutian yang best, tempat makan best, kedai makan yang popular, resepi masakan yang mudah, tips untuk lelaki dan sebagainya.

10 August 2012

TARIKH MELIHAT ANAK BULAN SYAWAL 2012

  Hafiz Hafizol       10 August 2012

 

Assalamualaikum semua. Salam 21 Ramadhan =p. Jum tengok anak bulan.

KAD RAYA

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Sabtu, 18 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hari ini.


Menurut kenyataan itu Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.

Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara; Telok Kemang, Port Dickson; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Kuala Langat; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang).


Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Star; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu; Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu.

 


Tempat lain ialah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan; Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan; Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). – BERNAMA

 

 

Bukan main aku BOLD Bukit Besar, Kuala Terengganu. Tempat aku tu woi. Hehe. =p

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LihatanakbulanSyawal18Ogos/Article/


 

 

Klik Nuffnang skali boh =p

logoblog

Thanks for reading TARIKH MELIHAT ANAK BULAN SYAWAL 2012

Previous
« Prev Post

2 comments: