Jum Jana Pendapatan dengan Churp Churp dan Says

 

Sory la korang sebab aku memang jenis ketinggalan sikit ke belakang. Orang dah cash out duit Churp Churp dengan Says nie aku baru gedik-gedik nak p sign up. Betapa jakunnya diriku ini. Korang pun dah daftar website pengiklanan baru dah kan. Dah tak layan dah Churp Churp dengan Says ini kan?

 

 

Harinie aku nak ajak korang yang lagi ketinggalan daripada aku itu daftar Churp Churp dengan Says ini. Ah malunya baru sekarang nak ajak. Ada lagi tak yang belum ada akaun Churp Churp dengan Says ini? Jangan kata aku ye yang baru terhegeh-hegeh nak buat akaun itu. Kahkahkah. Lawaknya diriku. Buta IT sangat ! Bukan blogger je yang boleh daftar, semua orang boleh daftar. Nanti kalau takde blog, korang boleh je promote iklan dengan facebook, twitter, skype, myspace blablablaa.. .

 

 

Bagi yang tak tahu churp churp dan says itu apa sangat mendukacitakan. Baik korang daftar sekarang. Disamping anda 24 jam duk mengadap laptop, apa kata anda promote iklan churp churp dengan says ini. Boleh juga lepas bayar bil internet bulanan korang itu. Kalau korang rajin promote, boleh shopping sakan lagi dengan income tersebut. Hebat kan !

 

Churp churp

 

DAFTAR CHURP CHURP

Gambar atas contoh kempen yang sedang berjalan di churp churp. 20 sen per klik ? Murahnya murahnya murahnya. Amboi bukan main kau nak mahal-mahal. 20 sen pun kau malas nak promote ada hati nak iklan mahal. Takpelah murah pun. Bukankah kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Nak tunggu jadi bukit tu depends on korang punya tahap kerajinan la pulak. Semua bukit memerlukan kerajinan ok ! Tak rajin takde la bukit itu. eh

 

churp 40sen

Ni rewards dari churp churp. 40 sen perklik. Maknanya bukan semua iklan 20 sen. Kadang-kadang ada juga iklan yang berharga 40 sen sekali klik. Tapi iklan 40 sen mungkin tak lama. Sekejap je haa. =p

 

Says

DAFTAR SAYS

 

Ini pulak contoh iklan di churp churp. Bagi aku iklan says lagi best dari churp churp sebab income says aku lagi banyak daripada churp churp. Hekhek.

 

 

Perbezaan Says dengan churp churp?! Says bagitau iklan tersebut running sampai bila. Dua hari lagi ke . Empat hari lagi ke. So memudahkan pengguna. Iklan churp churp takde pulak bagitau. Dahlah iklan pun kejap ada kejap takde. Dasar chipsmore kan memang camtu. Hari ini ada, esok takde tetibe minggu depan pulak iklan tersebut running. Susah betul nak promote. Kalau iklan says ini dia maintain je. kalau kata dah completed, memang dia akan bagitau. So tak perlu nak promote dah iklan tersebut.

 

says 40sen

 

Says pun ada juga iklan 40 sen perklik sama macam Churp Churp. Pendek kata memang lebih kurang je Says dengan Churp churp ini. Tapi aku lebih suka promote iklan Says berbanding Churp churp sebab iklan-iklan Says best ! Tapi iklan churp churp pun kekadang lebih kurang je dengan Says nie. So baik korang daftar jela dua dua. Hikhik.

 

 

Bagi blogger yang ingin meletakkan iklan says dalam blog sila berwaspada kerana anda mungkin diperhatikan oleh pihak Nuffnang. Churp churp dengan Nuffnang kan satu kompeni. Nanti jangan bising-bising pulak kalau status glitterati korang hilang. Siapa suruh letak iklan says dekat blog sangat. Aku tak suruh. Nak letak kena pandai-pandai la. =p

 

 

Nak tahu lebih lanjut pasal Churp churp dengan Says ini bolehlah google search apa yang korang nak tahu. Aku nak cerita banyak-banyak pun tak tahu juga. Aku pun baru daftar. Lambat lagi boleh cash out sebab aku malas promote sama macam korang. Kahkahkah. =p

4 Komen untuk "Jum Jana Pendapatan dengan Churp Churp dan Says"

x nk la.menyemak je.

xtahu bila nak naik income churp2 nie..hu2

apa yg menyemaknye mastuera? xsemak pun.

ang x promote mmg la x naik ijam.ha3

cpt try skrg razfira =p

Back To Top