*Versi Ramadhan * Kenangan Budak Nakal Bersama Mercun Roket

Assalamualaikum w.b.t

Harinie HH nak menceritakan satu kisah seram   lawak di malam ramadhan. Kejadian ini berlaku sendiri kepada budak nakal yang dirahsiakan namanya atas kehendaknya sendiri.

Walaupun kisah ini sudah lama berlalu namun budak nakal masih tidak dapat melupakan kenangan tragis ini.

Suatu malam di bulan ramadhan,

Kelihatan budak nakal dan adiknya sedang berjalan di dalam kegelapan dengan memegang satu plastik yang berisi mercun.

Sambil memerhatikan keadaan sekeliling terus mereka mencari tempat yang agak strategik untuk menyorok supaya kelibat mereka tidak dilihat orang.

Terus mereka mengeluarkan satu mercun roket yang dibeli di kedai Pak Mokhtar siang tadi dan terus jugak menyucuh sumbu mercun roket tersebut dengan penuh rasa keterujaan seperti baru mendapat kereta CAMRY.

Korang nak tau mereka halakan mercun roket tersebut ke mana?

ke atas langit ? ?

ke atas pokok ? ?

Ke atas atap rumah diorang ??

Ok semua salah . Diorang nak halakan  mercun tersebut ke rumah jiran mereka. Konon nak main perang-perang lah ngan anak jiran diorang 2 kan.

Sumbu telah dicucuh. Masing-masing ke belakang bagi menjamin keselamatan. Safety first ok. Haha. Lau mercun roket 2 x naik n then terus meletup x ke naya budak nakal ngan adik dia tuh.

Kena plak pada waktu tersebut jiran mereka langsung tidak menutup pintu besar rumah mereka. Nak dijadikan cerita langsung jugak mercun roket tadi terbang dengan begitu bergaya lantas terus memasuki rumah jiran mereka yang pintunya tidak ditutup tersebut.

Budak nakal dan adiknya sudah gelabah. Kelihatan asap berkepul-kepul di dalam rumah jiran mereka. Anak jiran pula cepat-cepat mencari kain lalu mengibas-ngibas kepulan asap tersebut.

Kemudian anak jiran keluar rumah dan melilau sekeliling rumah mencari dari manakah datangnya mercun roket tersebut ? Turun dari langitkah ? Hahaha.

Bannnggggg!!!!!   Anak jiran menutup pintu rumah dengan agak rakus . Marah mungkin kerana tak tau asal usul mercun roket tersebut.

Budak nakal ngan adiknya kelihatan sungguh cuak sekali. Cepat-cepat diorang angkat kaki seribu lalu pulang ke rumah dengan beribu sesalan.

“ dik, ko jangan gtaw sesiapa taw pasal mercun roket tadi taw?? ko janji ngan aku” sempat lagi 2 mengikat janji .

Keesokannya cepat-cepat diorang p umah jiran diorang semata-mata nak memastikan keadaan rumah jiran diorng baik-baik sahaja. Boleh plak diorang pikir umah jiran diorang terbakar akibat mercun roket malam tadi. Hahahaha.

Lega betul hati budak nakal.

“ Naseb bek mercun roket malam tadik tak meletup. Kalau meletup mungkin dah terbakar umah Mak The ( Nama jiran ) . Aku mungkin dah masuk lokap pastu beraya kat dalam lokap”

Moral of the story : Sila halakan mercun roket di langit apabila hendak menyucuh ia.

Nilai murni : biar pecah di mulut jgn pecah di mulut.

8 Komen untuk "*Versi Ramadhan * Kenangan Budak Nakal Bersama Mercun Roket"

biar pecah di mulut, jangan pecah diperut.

mak the tuu makde ehh? ;D

hahah.... nakalnyewwwwwwwww

eyda : mak teh lah... ejaan BI menjadi mak the haha

yad'z : kan kan.. rase mcm nak lempang budak 2 laju2..

HH:
ejaan BI mak teh bukan mak the,tp mak tea...hahaha

kalau ko bakar rumah ak , ak bako ko balik je . haha

haha...nakal bebenor...siapa la yang nakal tu kan ;D

fai : Hahaha.. ok fine.. aku salah.. okbaii..


syapik : x cakap pun nak bako umah ko.. wekk..


lynda : selamat ary rayee..

AA : ntah dia.. sapelah kan.. lau dapat memg HH cepuk dia..

Back To Top