10 Hotel & Penginapan Murah di Cameron Highland

Sebelum ini aku dah share mengenai hotel best Cameron Highland. Harini nak share mengenai hotel & penginapan yang murah di Cameron Highland pulak. So korang yang merancang bercuti ke Cameron Highland but bajet tak tebal, boleh la jadikan post ini sebagai rujukan okay.😀


10 Hotel & Penginapan Murah Cameron Highland 


hotel murah cameron highland


Untuk booking, korang boleh tekan link agoda atau booking.com yang aku share disetiap hotel okay. Korang boleh juga masukkan nama hotel beserta date dekat widget agoda dalam blog aku tu. Harga hotel yang aku sebutkan ialah harga sekitar penghujung Mei 2023 tau. Harga hotel mungkin berbeza beza mengikut tarikh. 


1. Zetter Suites 


Zetter Suites terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. Bilik yang disediakan ialah bilik jenis studio & apartment. Banyak kelengkapan yang disediakan termasuk dapur & alatan dapur. Boleh masak terus okay. Just beli barang-barang nak masak je yeay. 


hotel murah cameron highland


Memang sesuai sangat booking hotel murah ini kalau bercuti ke Cameron Highland bersama anak-anak. Harga pula memang reasonable serendah RM97 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan. 





2. Play Residence at Golden Hills


Penginapan murah ini terletak di Brinchang, Cameron Highland. 


hotel murah cameron highland

 
Penginapan ini mempunyai studio, suite & jenis apartment yang cukup besar sehingga boleh memuatkan kira-kira 12 penghuni. Sangat sesuai untuk keluarga besar bercuti ke Cameron Highland. Siap dilengkapi dengan balkoni tau. 😍



hotel bajet murah cameron highland



Harga yang ditawarkan serendah RM110 sahaja tau. Sarapan pagi tidak disediakan. 





3. Snooze Too Hotel


Hotel yang bajet murah ini terletak di Brinchang, Cameron Highland.


hotel bajet murah cameron highland


Terdapat bilik double, bilik quadruple & suite yang korang boleh tempah mengikut bajet & bilangan penghuni. Bilik suite & quadruple boleh memuatkan sehingga 6 orang penghuni tau. Terdapat juga cafe untuk korang bersantai minum kopi & tea. 😎


hotel bajet murah cameron highland


Harga yang ditawarkan serendah RM112 sahaja tau bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi tidak disediakan. 




4. Hotel Double Stars 


Hotel ini terletak di Brinchang, Cameron Highland. 


hotel bajet murah cameron highland


Ada pelbagai jenis bilik dari bilik single (katil single) sehingga bilik apartment tau. Harganya pula memang sesuai untuk korang yang tidak mempunyai bajet yang lebih & inginkan percutian yang menjimatkan. 


hotel bajet murah cameron highland



Harga yang ditawarkan serendah RM67 sahaja bergantung kepada jenis bilik & tarikh tempahan. Sarapan turut disediakan buat para pelanggan. 




5. Wan Alyasa Hotel 


Hotel murah ini terletak di Brinchang, Cameron Highland. 


hotel bajet murah cameron highland


Hotel ini dari luar memang nampak cantik betul dengan kombinasi warna putih, kelabu. Dalamnya pun cantik tau. Biliknya selesa & lokasi yang strategik. 


hotel bajet murah cameron highland


Harga yang ditawarkan serendah RM115 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi tidak disediakan. 😁





6. Sam Jade Guest House


Penginapan murah ini terletak di Brinchang, Cameron Highland. 


hotel bajet murah cameron highland


Terdapat bilik standard double, bilik deluxe quadruple juga. Malah boleh memuatkan sehingga 6 orang penghuni. Dengan harga yang murah, memang sangat sesuai buat korang yang merancang percutian bajet di Cameron Highland. 


hotel bajet murah cameron highland


Harganya serendah RM66 sahaja tau. Bergantung kepada jenis bilik & tarikh tempahan korang. Sarapan pagi tidak disediakan.




7. Gerard Backpackers Roomstay 


Roomstay murah ini terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. 


hotel bajet murah cameron highland

 
Ada beberapa jenis bilik di sini dengan konsep bilik air berkongsi. Jika korang nak bilik air privasi juga turut disediakan bilik sekali dengan bilik air. Bilik ada beranda & taman landskap yang cantik. 


hotel bajet murah di cameron highland



Harganya hanya serendah RM103 sahaja bergantung kepada jenis bilik & tarikh tempahan. 





8. Sleepbox Hotel


Hotel bajet yang murah ini terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. 


hotel bajet murah di cameron highland


Korang ini merasai pengalaman bermalam di hotel konsep dorm, boleh cuba menginap di Sleepbox Hotel. Kalau ada geng sekepala, memang syok bermalam di sini. 


hotel bajet murah di cameron highland


Harga yang ditawarkan bermula RM36 sahaja bergantung kepada jenis bilik & tarikh tempahan korang. 





9. The Cocoon Capsule Hotel 


Konsep hotel yang sama dengan Sleepbox Hotel. Terletak di Brinchang, Cameron Highland. 


hotel bajet murah di cameron highland



Ada banyak bilik yang korang boleh pilih. Dari bilik seperti dorm yang berkongsi bilik air sehinggalah bilik yang mempunyai bilik air serta balkoni. Harga juga berbeza beza mengikut jenis bilik. 



hotel bajet murah di cameron highland


Harga yang ditawarkan serendah RM30 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan korang. 





10. Suria's Backpacker Hostel 


Hostel murah ini terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. 


hotel bajet murah di cameron highland


Terdapat bilik double & bilik quadruple bilik air berkongsi. So, korang yang jenis tak kisah untuk berkongsi bilik air dengan pelanggan lain cubalah menginap di sini okay. Harganya memang murah & sangat berpatutan. 


hotel bajet murah di cameron highland



Harga serendah RM44 sahaja tau bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan korang. 




Itu sajalah antara 10 hotel dan penginapan yang murah di Cameron Highland yang boleh korang cuba sekiranya bercuti di Cameron Highland. Selamat bercuti semua. Jangan lupa shopping jagung madu dan sayur banyak banyak tau. Dengar cerita sayur dekat sana murah murah 😍

0 Komen untuk "10 Hotel & Penginapan Murah di Cameron Highland "

Back To Top