15 Hotel & Penginapan Best di Cameron Highland

Kalau ke Cameron Highand, mesti pening fikir nak check in di hotel mana sebab memang banyak betul hotel best di Cameron Highland. Ada satu hotel yang dah beberapa kali aku menginap. Dapat bilik yang tinggi. Memang layan gila view dia yang berkabus & sejuk. 


Sometimes kabus tebas sangat sampai tak nampak pemandangan sekeliling. Hotel itu ialah Copthorne Hotel yang terletak di Brinchang, Cameron Highland. Kalau korang pulak biasanya menginap di mana? 


Hotel Best di Cameron Highland


hotel best di cameron highland


Jom kita tengok beberapa hotel best di Cameron Highland yang boleh dijadikan penginapan indah dan pengalaman yang manis serta bermakna buat korang sekiranya korang bercuti di Cameron Highland. Chewah! -.-




1. Copthorne, Brinchang (★★★★)


hotel best cameron highland


Dah beberapa kali aku menginap di Copthorne. Walaupun hotel ini agak lama berbanbanding hotel-hotel mewah yang lain, tapi aku suka betul dengan pemandangan di sana. Pilih bilik tinggi yang ada beranda tau. Confirm dapat feel kabus tebal dan kesejukan di sana. 


Sometimes kabus memang agak tebal sampai tak nampak langsung pemandangan sekitar hotel. Jalan kaki ke kalau nak ke tapak pasar Brinchang tu. 


hotel best cameron highland


Harga yang ditawarkan pun agak murah dan sarapan disediakan. Memang banyak pilihan sarapan yang disediakan. Harga dari RM166 sahaja bergantung kepada tarikh korang booking.





2. Heritage Hotel, Tanah Rata (★★★)


hotel best di cameron highland


Kalau korang nak bermalam di Tanah Rata, boleh cuba menginap di Heritage Hotel. Macam aku lagi suka bermalam di Brinchang sebab nak pergi pasar Brinchang tu hehe. Heritage Hotel juga menjanjikan pemandangan yang indah buat korang. 


Nanti booking bilik yang tinggi sikit baru dapat feel udara sejuk berkabus dan pemandangan menghijau di Cameron Highland. 


hotel best di cameron highland


Harga yang ditawarkan dari RM193 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga disediakan. Tak perlu bersusah payah pagi-pagi drive dalam jammed sebab nak makan nasi lemak strawberi tau =P




3. Century Pines, Tanah Rata (★★★★)


hotel best di cameron highland


Kalau ingin merasai penginapan di hotel 4 bintang, korang boleh menginap di Century Pines. Hotel yang mewah dikelilingi pokok pines yang menghijau & taman yang indah. Harga sedikit tinggi berbanding Heritage Hotel. 


penginapan best menarik cameron highland


Harga yang ditawarkan dari RM208 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan turut disediakan.





4. De'la Ferns, Tnh Rata (★★★)


penginapan best menarik cameron highland



Kalau drive ke Tanah Rata, mesti korang perasan kewujudan hotel De'la Ferns yang tersergam indah ditepi jalan kan. Suka tengok combination color putih & petak hitam pada design hotel. English style gitu. 


penginapan best menarik cameron highland


Harga yang ditawarkan dari RM225 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan pagi turut disediakan. 





5. Rosa Passadena, Brinchang (★★★)


penginapan best menarik cameron highland


Hotel ini terletak di tengah pusat bandar Brinchang. Kelebihan menginap di sini sebab banyak kemudahan di sekitar hotel seperti bank, kedai makan, kedai serbaneka, etc. Harga pun lebih murah berbanding semua hotel di atas tau. 


penginapan best menarik cameron highland


Harga yang ditawarkan bermula RM149 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan. Sarapan juga turut disediakan. 





6. Zenith Hotel, Tanah Rata  (★★★★★)


penginapan best menarik cameron highland


Hotel mewah bertaraf 5 bintang yang tersergam indah ini terletak di Tanah Rata. Pelbagai kemudahan disediakan di hotel termasukkan swimming pool, gimnasium, sauna & keindahan kehijauan di Tanah Rata. Semestinya harga yang ditawarkan pun lebih tinggi berbanding hotel-hotel yang disenaraikan di atas. 


Korang yang mempunyai bajet lebih, ingin menikmati keindahan di Tanah Rata dari balkoni hotel yang privasi, boleh menginap di sini okay! Pasti memberikan kenangan yang indah. Chewah -.-


penginapan best menarik cameron highland


Harga yang ditawarkan dari RM425 bergantung kepada tarikh penginapan korang. Breakfast semestinya ada disediakan. 



7. Avillion, Tnh Rata (★★★★)


penginapan best menarik cameron highland


Hotel ini sesuai untuk mereka yang bercuti dengan anak-anak & keluarga kerana menyediakan bilik suite yang luas & selesa. Terdapat juga kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak turut disediakan di sana. Pemandangan dari sini juga cukup indah. Pemandangan pergunungan sekitar Tanah Rata. 


penginapan best menarik cameron highland


Harga yang ditawarkan bermula RM236 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan. Sarapan pagi juga ada disediakan. 





8. Strawberry Park Resort,Brinchang (★★★★)


penginapan best menarik cameron highland


Resort yang cantik ini juga sesuai untuk mereka yang bercuti bersama keluarga & anak-anak kerana ada menyediakan suite luas dan selesa yang mempunyai balkoni yang dihiasi pokok bunga kertas. Memang sangat cantik. T_T Harga pun cantik juga T_T


hotel menarik best cameron highland


Harga yang ditawarkan bermula RM304 sahaja bergantung kepada tarikh korang menginap. Sarapan juga turut disediakan ya. 





9. Smokehouse Hotel,Tnh Rata (★★★)


hotel menarik best cameron highland


Penginapan ini antara yang menarik perhatian aku di Cameron Highland. Penginapan ala English cottage ini memang lawa betul dikelilingi taman dan pokok menjalar yang menghijau pada dinding sehinggalah ke atap. Petang-petang lepak dekat taman sambil makan scone + teh strawberi panas memang nikmat kan? T_T


hotel menarik best cameron highland


Harga yang ditawarkan dari RM370 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan korang. Sarapan pagi turut disediakan. 





10. Nova Highland Hotel,Brinchang (★★★)


hotel menarik best cameron highland


Menariknya penginapan ini terletak di pusat beli belah Cameron Square. Dari hotel, terus boleh akses ke Cameron Square. Bilik yang disediakan dari suite room sehingga family suite. Memang sangat sesuai buat korang yang mempunyai keluarga besar. 


hotel menarik best cameron highland


Harga yang ditawarkan dari RM175 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. 





11. The Bala's Holiday Chalet,Tnh Rata (★★★)


hotel menarik best cameron highland


Korang yang tak mempunyai bajet untuk menginap di Smokehouse Hotel, boleh cuba merasai pngalaman menginap di The Bala's Chalet juga berkonsepkan ala English cottage. Chalet ini dikelilingi taman yang menghijau sangat menyejukkan mata korang.


hotel menarik best cameron highland


Harga yang ditawarkan bermula RM209 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. Sarapan juga turut disediakan. 




12. Kea Garden Guest House, Brinchang (★★★)


hotel menarik best cameron highland


Penginapan ini berhadapan taman bunga yang sangat cantik dengan bunga-bungaan yang berwarna warni sejuk betul mata memandang. Korang yang jenis suka bunga tu eloklah menginap di sini terus hati berbunga-bunga =P Kalau ke Cameron Highland, selalu jugak bergambar dekat sini. 


Mostly perabot bilik dari kayu palet. Memang cantik & lawa betul. Bilik untuk family yang besar juga ada disediakan di sini tau. 


hotel menarik best cameron highland


Harga yang ditawarkan bermula RM145 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. 




13. Casa Loma, Tnh Rata


hotel menarik best cameron highland


Casa Loma dikelilingi taman-taman berlandskap yang cantik dan menghijau. Balkoni yang luas juga turut disediakan disetiap bilik. Boleh la petang-petang lepak membawang sambil makan strawberi yang dibeli di pasar Brinchang hehe. 


hotel menarik best cameron highland


Harga yang ditawarkan dari RM174 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan korang. 





14. The Lakehouse,Ringlet (★★★★)


hotel menarik best cameron highland


Kalau korang nak menginap di Ringlet, boleh cuba menginap di The Lakehouse. Rumah desa ala warisan English ini dikelingi rumput & pokok menghijau. Memang cantik dan sejuk mata memandang. Harganya juga boleh tahan. 


Korang yang inginkan suasana ketenangan, ingin lari sekejap dari kesibukan dunia dan tekanan kerja dengan menikmati kehijauan alam, boleh cuba menginap di sini. Kalau yang bajet tak berapa nak tebal tak payah la menginap di sini ya T_T Kang balik dari bercuti stress duit dah habis -.-


hotel menarik best cameron highland

 
Harga yang ditawarkan ialah RM622 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. Sarapan juga turut disediakan. 




15. Cameron Highland Resort,Tnh Rata (★★★★★)


hotel menarik best cameron highland


Antara hotel 5 bintang termewah di Cameron Highland. Bangunan berkonsepkan bangunan kolonial yang menghadap taman golf yang menghijau luas mata memandang serta bukit bukau sekitarnya. Bilik-bilik berdinding putih & perabot yang mahal serta eksklusif dan balkoni disetiap bilik menampakkan lagi kemewahan penginapan ini. 


hotel menarik best cameron highland


Harga yang ditawarkan dari RM676 bergantung kepada tarikh penginapan korang. Sarapan juga ada disediakan. 





Inilah antara 15 hotel dan penginapan best di Cameron Highland yang boleh dijadikan penginapan korang sekiranya bercuti ke sana. Actually ada banyak lagi penginapan yang menarik, yang lebih murah mengikut bajet korang. 


Kalau diberi peluang, aku teringin menginap di Cameron Highland Resort & Smokehouse Hotel. Aku suka tengok senibina bangunan diorang yang unik & mewah, pemilihan warna yang menarik yang dikelilingi pokok menghijau. Dengan cerita makanan dekat sana pun sedap-sedap tau hehe. =P
0 Komen untuk "15 Hotel & Penginapan Best di Cameron Highland "

Back To Top