TEMPAT MAKAN BEST DI PUTRAJAYA

Susah tahu nak cari tempat makan best di Putrajaya. Lagi-lagi tempat makan yang best dan murah. Aku jarang sebenarnya makan di tempat makan area Putrajaya. Lebih suka makan di rumah melainkan ada orang yang ajak makan atau memang tiada makanan untuk dimakan dirumah. Itupun kalau ada duit la ye hiks. 


Antara Tempat Makan Best Putrajaya



Sepanjang duduk di Putrajaya, selalu juga jalan-jalan cari makan dekat sana. Siap dah letak dalam kepala tempat makan mana yang murah, sedap dan best kalau nak bawak kawan pergi makan di Putrajaya. 


1. Food Court Presint 9


Terletak bersebelahan Klinik Putrajaya Presint 9 dan Pusat Kejiranan Putrajaya Presint 9 dan merupakan tempat makan pertama yang aku dating di Putrajaya. –.- Paling dekat dengan rumah. Boleh pergi Food Court Presint 9 jalan kaki je. Banyak pilihan makanan yang terdapat di Food Court nie. Kebanyakan makanan pula sedap-sedap dan murah. =D


food court presint 9 putrajaya


 Kalau lunch hour & dinner, memang penuh orang. Sampai tak cukup meja. Last-last kita makan dekat mamak kembar bawah tu je kakaka. Antara menu menarik yang terdapat di Food Court Presint 9 ialah :-

- Nasi Lemak
- Nasi Ayam
- Aneka Sup
- Soto
- Yong Tau Fu
- Satay Tok Ayah
- Western
- Nasi berlauk
- Thai Seafood
- Burger
- Roti John
- Roti Canai
- Char Kuey Teow
- Rojak Buah
- Aneka Lempeng
- Otak-Otak
- Tauhu Bakar
- Sate ikan



 Bukan kata aku dah makan semua makanan-makanan yang disenaraikan di atas. Baru pernah makan 3 4 jenis makanan je pun. Kalau nak makan sini, kena datang awal tau especially waktu puncak. Takut nanti penuh semua meja. Kesian kau!


Boleh baca entri makan di food court presint 9 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan-makanan yang dijual di sana.


2. Umai D’ Lake Café, Presint 2


Umai Cafe Putrajaya_1

Umai D’ Lake Cafe beroperasi di Bangunan Anjung Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya. Bangunan ini terletak diantara Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) dan Monumen Alaf Baru.


Umai Cafe menyediakan pelbagai jenis masakan panas seperti masakan thai, masakan melayu, mee rebus Umai, laksa utara, bihun sup utara, nasi lemak, western, pelbagai jenis bubur dan yang paling menjadi kegemaran pelanggan umai cafe adalah jemput pisang, cucur udang, lempeng kelapa dan pisang. 


Sambil makan, boleh menikmati pemandangan indah di sana yang betul-betul menghadap Tasik Putrajaya. Makanan juga murah-murah. =D


Boleh baca entri blogger review mengenai makanan di Umai Café di sini. Untuk keterangan lanjut mengenai menu istimewa di sana, boleh lawati http://www.umaicafe.blogspot.com/.

3. Food Court Taman Warisan Pertanian, Presint 18


Kali terakhir datang sini pada tahun 2012 kalau tak silap. Makan Sate Kajang Haji Samuri yang sangat popular di Taman Warisan. Antara lain yang popular ialah Roti John dan Nasi Ayam. Ramai member yang memuji Roti John di sana sedap.


Medan Selera Taman Warisan Pertanian baru lepas renovate. Tak berkesempatan lagi nak pergi sana. Baru-baru ini ada juga ajak member lunch di sana semata-mata nak tengok apa yang best sebab nak buat entri tempat makan best di Putrajaya nie la. 



Malangnya hujan lebat sangat so ambil keputusan makan di RASA Alamanda je. Nanti bila kita pergi sana, kita buat entri lain. Mungkin dah banyak yang berubah berbanding pada tahun 2012.


taman warisan Putrajaya


Haritu ternampak kain rentang Medan Selera Taman Warisan Pertanian yang sudah mula beroperasi. So, warga Putrajaya jom serbu Medan Selera Taman Warisan Pertanian ramai-ramai. Mesti menjanjikan aneka makanan yang lebih sedap dari sebelum ini.

4. Mamak Kembar .Presint 9


Mamak Kembar Presint 9 terletak di sebelah Pasaraya Darussalam juga bersebelahan Food Court Presint 9. So, kalau Food Court dah penuh dengan orang, boleh lah lepak di Mamak Kembar Presint 9 kan.




Rasanya Mamak Kembar ini merupakan tempat makan mamak paling popular di Putrajaya. Sebut je Mamak Kembar Presint 9, confirm warga Putrajaya tahu lah. Kenapa dinamakan Mamak Kembar? Sebab terdapat 2 buah restoran mamak yang sebelah menyebelah di situ, Restoran Naz Maju dan Darussalam.



Aku biasa kalau datang makan sini, pakat duduk je kerusi merah @ biru. Takde pulak nak fikir dulu mana nak duduk. Tengok kosong, terus duduk. Kedai mamak ini selalu ramai orang. Kalau nak makan segala macam roti, boleh try makan dekat sini. Takdelah sedap gila pun. Tapi boleh lah sambil lepak sap kok lu sambil makan roti canai ye. =D


5. Medan Selera RASA Alamanda


Kalau nak save budget, sila jangan makan di Medan Selera RASA Alamanda sebab kebanyakan makanan yang disediakan memang agak mahal berbanding kedai makan biasa. Korang jangan terkejut tau kalau korang makan nasi putih ambil sedikit lauk pun boleh mencecah hampir RM10.00.


medan selera Rasa Alamanda


 Mahal-mahal pun ramai je pengunjung memilih Medan Selera ini untuk menjamu selera. Bila weekend memang penuh orang sehinggakan aku pernah menunggu meja kosong disebabkan semua meja penuh. Serious beb tak tipu haha. Mungkin sebab makanan yang disajikan enak walaupun agak mahal kan. Antara makanan yang terdapat di sana ialah :-


- Ayam Penyet
- Penang
- Thai Cuisine
- Chicken Rice
- Portuguese Grill
- Kelantan
- Nasi Kandar
- Little Wok
- Asam Pedas
- Teppayanki
- Sizzling
- Noodles
- Western
- Nasi Campur
- Crispy Popiah
- Waffle Stop


Pendek kata, makanan ringan-ringan, makanan berat, makanan Barat, makanan kampung, semua ada di Medan Selera RASA Alamanda nie. Tapi aku biasa makan di Nasi Kandar tu je. Nasi putih + Ayam goreng + sayur = RM5.00 sahaja. Kalau rasa nak makan murah, ambil lauk tu je ok wakaka.



medan selera rasa alamanda


Bila google, banyak lagi sebenarnya tempat makan best di Putrajaya. Nanti mungkin  boleh cuba menjamu selera di Selera Putra, Putrajaya Seafood Taman Botani dan Selera Laman Perdana pula. =D


Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. dalam banyak2 tempat makan ni, taman warisan je aku penah pergi. hehehe.. layan roti john dia. terbaik dari ladang woo..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi lmk di tmn warisan.ni bnyk.semut..dlm sepinggan tu boleh jumpa lbh dr 5 ekor semut..minta tukar..pun ada lg...katanya kwsn situ bnyk semut..tp rasanya masa basuh beras tu diorg dh nmpk.bnyk.semut tp msk juga..sbb dh terlalu bnyk.

      Padam
    2. Nsi lmk bnyk semut..dah minta tukar pun masih bnyk semut pd nsi tu...bole jupe lbh dr 7 ekor sepinggan..

      Padam
    3. Nsi lmk kt tmn warisan ni bnyk semut.boleh jupe lbh dr 7 ekor dlm sepinggan nsi lmk tu...lps minta tukar pun ada lg..mgkin masa basuh beras dh nmpk.semut bnyk pun..masak je..sy amik 2 pinggan..dua pinggan tu de semut

      Padam
    4. Dah dkt 10 tahun duk Putrajaya ni, rupanya bnyk lagi kawasan yg tak pernah pergi 🤣 asyik gi alamanda jee, tu pun sbb 5 minit je dari rumah

      Padam
  2. macam dah bertahun tak pergi putrajaya, walaupun sekarang dah highway skve untuk mempercepatkan perjalanan..hahaha.. Pernah pergi Alamanda jelah..tu pun tahun bila tahh..

    BalasPadam
  3. Putrajaya ni ayut pegi tang medan selera je. ...tmpt lain tu xingt dh arahnya

    BalasPadam
  4. selalu jugak makan kt foodcourt prsnt 9 tu sbb dkt ngn umah. tp kalau kt mamak kembar tu saya x suka p sana, makanan x sedap huhu

    BalasPadam
  5. try g Selera Laman Perdana..sebelah opis lama saya.. time lunch sy n de gang slalu gak pegi.. ade air special kt situ, nama air tu..Jus Cinta.. haha.. lau nak tau sdp ke tak, baik g terjah!

    BalasPadam
  6. Nak tnya..tahu x mana2 restoran di putrajaya yg ada hall tertutup dgn something like cermin utk 30-40 orang? Nak buat reunion la..pleasee helppp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama03 Jun, 2014

      kelab tasik putrajaya n maritim putrajaya

      Padam
    2. Orite.. tq so much for d info :)

      Padam
  7. Assalammualaikum....salam perkenalan
    Good info dan good job!
    Jom visit blog saya http:\\sihat-cantikmulus.blogspot.com

    BalasPadam
  8. banyaknya tempat makan di Putrajaya nih, tak tahu pun, selalu makan di Alamanda je

    BalasPadam
  9. Semi D @ Cyberjaya
    * Free Hold 2 & 3 storey
    * Gated & Guarded
    * Clubhouse facilities
    * Complete soon
    * fr RM 1.8 million
    Call Carolyn 012 - 9393 486

    BalasPadam
  10. Terima kasih sebab sudi share tempat makan yang best di putrajaya.. akan cuba ke Medan Selera Taman Pertanian Warisan :)
    CeritaMama

    BalasPadam
  11. thanks for sharing. pasni dh tau la nk mkn kt mane di Putrajaya

    BalasPadam
  12. Putra Giants27 Oktober, 2014

    Mamak Kembar Sebnarya Terbahagi Kepada 2 Category,

    Table Biru Mahir Dalam Masakan Goreng, Dimana Table Merah Mahir Dalam Masakan Lauk-Laukan,

    Dari Segi Air Tiada Pebezaan,

    Layanan Dari Table Biru Dengan Merah, Ada Beza Jika 5-10+ Orang,
    Dari Segi Pendapat Layanan Table Biru Lebih Baik Dari Table Merah, Jika Inggin Makan Beramai-Ramai, Table Merah Adew Sifat Kurang Percaya Kepada Pelanganya Sikit.

    BalasPadam
  13. akm..sape2 yang mencari bekalan ayam kg segar dr ladang blhlah sms/hubungi sy di 01115671854

    BalasPadam
  14. Dulu masa kerja kontrak selalu laaa jgk lepak2 makan area putrajaya. skrg nak dtg sesekali pn rasa jauh jgk putrajaya tu dari puchong. har2..

    BalasPadam
  15. Putrajaya skrg dah sesak... Semak otak dtg sini... hahaha

    BalasPadam
  16. Rindu tmpat keje saya huhuhu

    BalasPadam
  17. Restoran cina Muslim kat mana? Ada siapa yang tahu?

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama23 April, 2015

    salam Admin..tumpang wall ya..saya sedang mencari sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar atau menjual produk sejukbeku seperti otak-otak daun, sata daun, otak-otak gulung, sata gulung dan pau di sekitar putrajaya..berminat boleh menghubungi saya di 0123346846

    BalasPadam
  19. Masih bertahan lagi ke semua tempat makan best ni. Dengar kata ada yang dah tutup..

    BalasPadam
  20. RASA tu je yang pernah pergi. boleh tahan la harga tapi sedap la jugak.
    yang lain tu next time inshaAllah.macam menarik je.

    BalasPadam