Assalamualaikum w.b.t.
Mak : nak, nanti kat sana belajar rajin-rajin. Jangan ponteng kelas taw
Kita : alamak, bangun lambat lagi. Memang xla aku pegi kelas harinie
: kelas ni aku tak ponteng lagi. So, harinie aku nak ponteng la
Mak : nak, mak hantar kat sana nak suruh belajar taw,bukan belajar mengorat anak dara orang
Kita : feewiiittt,lawanya awek tu. Aku nak adjust biar dapat
: Aku jeles tengok orang lain ada awek. So, aku pun nak ada awek jugak
Mak : nak, nanti duit PTPTN guna elok-elok taw. Buat beli buku pelajaran
Kita : wah, ada YES la. Jum p shopping jum
: Weekend nie jum tengok wayang. Ada cerita baru la. Hantu Kak Limah
: Asyik baju sama je aku pakai p kelas. Jum la beli baju baru banyak-banyak baru nampak HOT”
Mak : nak, kat sana jangan sesekali tinggal solat sebab solat tiang agama tak berkat pelajaran kalau solat
pun tak jaga
Kita : Harini bangun lewat lagi. Hari-hari bangun lewat. Memang sah-sah la tertinggal Subuh
: Penat la balik kelas. Nak tido dulu pastu baru solat la
: Jap lagi aku solat. Aku nak online kejap. Nak update status facebook lagi
Mak : nak, tidur kena cukup taw,jangan tidur lewat nanti badan letih belajar pun tak masuk”
Kita : esok kelas lewat, so malam nie aku nak tido lewat. Nak online. Nak download movie lagi.Nak lepak
kat kedai mamak tengok bola lagi
: Aku dah janji nie ngan awek aku nak tengok midnight malam nie
Mak : Nak,nanti kat sana jangan lupa taw telefon kat kampung nak tanya khabar.
Kita : Kena jimat kredit nie. T nak call awek lak. Tak payah call la mak.
: Aku tunggu mak jela call aku. Asyik aku je yang call mak.
Sebenarnya, entri ini lebih terarah kepada student universiti khususnya.
Jangan kata anda tak pernah menerima pesan-pesan seperti di atas walaupun satu daripada emak anda. Bagaimana dengan anda? Adakah anda seperti ‘kita’ atau sebaliknya.
Jika begitu, marilah kita berubah kearah yang lebih baik. Tidak mengatakan saya insan yang baik yang tak pernah melakukan perkara-perkara seperti di atas. Kita manusia, masing-masing tidak sempurna. terdapat kesilapan, dosa dan noda di mana-mana.
Peringatan ini sebenarnya untuk diri sendiri supaya tidak menjadi seperti ‘kita’. Ikutlah segala pesanan mak kerana itu merupakan antara resipi kejayaan kita wahai saudara. Di mana jua kita berada, restu ibubapa merupakan sesuatu yang penting.
Maka, fikir-fikirkan dan selamat beramal.
P/s : Termenung sejenak memikirkan dosa semalam.
15 Comments
emak kita lagi penting dari gf..so jgn abai kan mom kita..^^
ReplyDeletebetullah tu.. yam paling betul sal duit elaun. berjuta-juta aku bwak pi shopping serata negeri dlm malaysia
ReplyDeleteadoi...terkena batang hidung,,,
ReplyDeletehehe
hehe. selalu terjadi. tapi bukan kat aku la. haha. :P
ReplyDeleteibu : ni, nanti dapat duit ptptn tu gune elok2... jgn smpai ta makan lak kt psis tu...
ReplyDeletenani : ye bu.. makan tu penting..
p/s : makan mcm bela hantu raya..! tp gemok nye tak pown..
good entry !
ReplyDeletekim ; betol
ReplyDeleterin : haha.. aku gatw mak ko nanti.. pasni ko kene rotan
Dzu : sama2lah berubah kearah yg lebih baek..
Hizami : mustahil x ada satu pun sal ko.. tipu tipu..
nani : kite makan megi jee.. save budget sebb terlebih shopping.. muahahahha...
amir : tenx.. sharing is caring..
mak aku lagila kaki shopping. die yang ajar aku~
ReplyDeletenasib da kerja .
ReplyDeleteboleh tolong mak .
okbai
haha terasa2 !! specially pasal allowance. kui3
ReplyDeletekawan2 n aweks datang dan pergi.tapi mak tetap dihati.
ReplyDelete=)
mak : nak, nanti takyah la balik kalau cuti. buat habis beras mak je.
ReplyDeleteHH : alaa,, nak balik nak balikk *hentak2 kaki* KAHKAHKAH
hafiz : awk jgn mkn megi salu taw! nanti da tue nanti sakit teruk... nanti rmbut awk bnyk gugur... da ta ensem langsung nty.... wkakakakkaka
ReplyDeletehafiz : mane entry baru?? update la... bosan ler...
ReplyDelete*mestiterharugilerkan?
emak lagi penting dari segala-galanya.
ReplyDelete